Sebelum ini MB pernah dedahkan bahawa PLKN telah menjadi tempat Bang Anwar Bin Ibrahim melatih kader-kadernya malah merosakkan pemikiran para pelatih. Anda boleh membacanya di sini.
Cerita pasal monyet ini telah hampir sebulan MB dedahkan. MB mengikuti jejak dan merisik setiap gerakan monyet ini. MB sangat kecewa dengan pihak pentadbiran atasan PLKN kerana setelah apa yang MB dedahkan bersama bukti-bukti bergambar tidak langsung di ambil tindakan. Malah monyet ini semakin aktif dan berani merekrut askar-askar Bang Anwar Bin Ibrahim di kem PLKN. Malah habuan yang di terima semakin besar nilainya.
Sumber MB mengatakan Bang Anwar Bin Ibrahim telah mengarahkan ke semua parasit-parasit yang berada di Kem PLKN sebagai jurulatih mempertingkatkan lagi gerakan mereka dalam merekrut jentera-jentera bagi memastikan mereka mempunyai tenaga kerja dalam menghuru-harakan negara malah mencemarkan imeh negara tercinta.
Ini antara bukti-bukti yang MB perolehi. Habuan yang di perolehi mencecah RM100k. Gerakan yang terancang ini bakal membinasakan negara sekiranya tidak dibendung secepat mungkin.
MB benar-benar kecewa dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan.Di saat Dato Sri Najib berpenat lelah ke serata tempat bekerja dan memberi kepercayaan penuh kepada JLKN untuk membentuk anak-anak muda yang berjiwa Alif, Ba dan Taa, tetapi malangnya JLKN telah mengambil sikap sambil lewa dengan membenarkan parasit-parasit Bang Anwar Bin Ibrahim meresapi Kem-kem PLKN.
Pelatih-pelatih dijadikan perniagaan. Setiap kem PLKN ada mastermind yang menjalankan gerakannya. MB mengharapkan JLKN menjalankan tanggungjawab membendung gerakan mereka ini.
Boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.
Mungkinkah satu hari nanti demontrasi yang diadakan dihadiri oleh peserta PLKN yang dilatih khas oleh gerakan Bang Anwar Bin Ibrahim ini???
*Revolusi Bunga Raya*
No comments:
Post a Comment