KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday 17 January 2013

TUGAS PAS MASIH BELUM SELESAI!!!


Ikatan Pakatan Rakyat mula rapuh setelah PAS menarik balik kenyataannya membenarkan Kristian menggunakan Khalimah ALLAH. Pelbagai tohmahan dilakukan DAP terhadap kesetiaan PAS memenuhi permintaan mereka. MB melihat PAS perlu menjernihkan balik perjuangan dalam memartabatkan ISLAM. Penarikan kebenaran tersebut tidak cukup untuk menebus segala kesalahan dan kemungkaran yang di lakukan PAS. MB mencabar PAS mendesak Majlis Kristian menarik balik kenyataan yang pernah di buat sebelum ini.

MalaysiaKini pula telah melaporkan kenyataan Majlis Gereja Malaysia (CCM) tentang kalimah Allah dengan kesemua gereja. 
Majlis Gereja Malaysia (CCM) mengumumkan bahawa kesemua gereja akan menggunakan kalimah Allah walau Sultan Selangor mengeluarkan titah yang menghalang golongan bukan Islam daripada menggunakannya. 
Setiausaha agungnya Rev Hermen Shastri berkata para ketua gereja CCM, semasa permukiman di Ipoh, mengambil maklum berhubung perbincangan mengenai penggunaan kalimah berkenaan untuk golongan bukan Islam. 
"Kami ingin mengulangi pendirian bahawa (penganut) Kristian Malaysia menggunakan perkataan Allah dalam Injil bahasa Melayu dan pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya," katanya dalam satu kenyataan.

 sumber di perolehi di sini.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...