KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 16 January 2013

TIPS PEMILIHAN CALON UMNO UNTUK PRU


Apabila DS Najib mengumum kan bahawa beliau hanya akan memilih mereka yang boleh menang sahaja atau pun “winabble candidate” maka keraguan melanda ahli UMNO khas nya dan rakyat sekelian yang menyokong UMNO khusus nya. Keraguan ini bukan lah atas sebab DS Najib tetapi keraguan terhadap ahli UMNO itu sendiri.

Ada kah di kalangan ahli UMNO yang sedang menyandang jawatan parti di bahagian masing masing mahu istihar diri tidak lagi berada di dalam kategori layak di golongan kan sebagai calon boleh menang? Tentu sekali yang sudah tidak lagi di perlukan pun masih kuat berpolitik untuk mengukuhkan kedudukan masing masing.Pendek kata tetap menganggap diri masih releven dan “winnable candidate”.

Setakat ini hanya YB Tajol Rosli sahaja yang sudah faham maksud pucuk kepimpinan dan telah pun memberi laluan untuk kepimpinan memilih siapa sahaja kerana telah istihar tidak akan menerus kan memegang jawatan yang sedia di sandang nya .ADUN Pengkalah Hulu ini dapat membaca kehendak parti.Ini pasi nya memudah kan kerja pemilihan yang di tanggung oleh pucuk kepimpinan UMNO.

Jika di Sabah beberapa ahli yang senior yang sudah dapat menghidu diri tidak akan di calon lagi untuk PRU 13 telah pun membaca situasi ini dengan membuat tindakan keluar parti dan menganggotai parti lawan.Ini jalan terbaik bagi mereka.Siapa pun akan berbuat demikian jika walau pun sudah usang usia nya tetapi ada peluang di tawar kan pihak lain tentu tidak akan lepas kan peluang ini.

Transformasi di jalan kan oleh DS Najib sebenar nya bukan sahaja kepada kerja pembangunan Negara tetapi juga kepada parti UMNO.UMNO mesti di lihat releven dengan rakyat dan keadaan semasa.Maka menukarkan mereka yang sudah lama memegang jawatan ada lah salah satu dari tranformasi parti UMNO.Tetapi amat malang kerana jawatan dalam parti bukan lah seperti jawatan dalam pekerjaan, di mana cukup tempoh kakitangan harus bersara

UMNO kini menghadapi musuh kedua bila berhadapan PRU 13, selain musuh sedia ada , musuh kedua ini bakal datang dari dalam UMNO sendiri.Apa tidak nya ahli ahli UMNO yang sudah menanam benih begitu dalam di akar umbi tetapi enggan undur diri pasti nya akan datang kan masalah jika tidak di calon kan.
Malah, ada di antara mereka seperti sudah menghidu diri tidak akan di calon tetapi masih bercita cita mahu di calon kan telah bekerja semakin gigih dan kuat untuk merapat kan diri dengan ahli UMNO supaya kesan mereka itu tidak di pilih pasti nya memudarat kan.Pasti ada protes kecil kecilan jika tidak besar besaran.

Di PAU yang lalu ahli ahli UMNO telah berikrar akan setia bersama pucuk kepimpinan walau apa pun terjadi,kini kita bakal saksi kan sejauh mana ikrar sumpah setia itu akan di patuhi atau janji hanya akan tinggal janji. Amat ramai mereka yang sandang jawatan dan masih berkuasa di bahagian terasa diri di perlu kan , walau hakikat nya tidak, malah siapa sahaja pasti akan merasa diri mereka lah yang sebenar nya calon boleh menang.Ini Tentu merumitkan kepimpinan UMNO.Jika mereka kata akan akur dan terima sahaja kehendak pucuk kepimpinan walau tidak di calon kan, pasti sahaja kerja belakang tabir oleh pengikut mereka akan terjadi.Ketika di PRU 12 lalu pembangkang menang hasil dari kerja sabotaj oleh mereka mereka ini.Kesilapan pentadbiran Pak Lah yang terlalu menonjol kesilapan nya membuat kan UMNO kehilangan banyak kerusi.tentu sekali pengalaman ini tidak akan mahu lagi di lalui UMNO.

Kini ada bahagian bahagian tertentu UMNO yang di lihat sebagai potensi bakal terjadi perkara sabotaj ini.Apa tidak nya bila yang lama tidak mahu turun dan yang baru tidak sabar lagi maka pasti lah terjadi petembunganini.Dan yang tersepit ada la parti UMNO itu sendiiri kerana ahli di bahagian tertentu terbagi dan berpihak di dalam memberi sokongan.

Segera lah mereka yang sudah lama memegang jawatan itu istihar mengundur kan diri supaya UMNO tidak berada di dalam keadaan bahaya jika mereka tidak lagi di pilih.Ini dengan jelas boleh membuat ahli di bahagian mereka sudah awal awal faham dan menerima nya.Jangan UMNO terpelusok di dalam keadaan sama ketika PRU 12 lalu kerana DS Najib telah berkerja keras untuk memulih kan UMNO yang tercedera di zaman Pak Lah.

Kepada mereka mereka itu segera lah undur diri dan istihar tidak mahu di calon kan lagi, kepada pengikut akur sahaja lah jika orang yang di sokong selama ini tidak lagi berkuasa.belajar lah melihat gambaran yang luas dari sudut Negara dan orang Melayu Islam dan jangan hanya berpolitik sekadar menyokong ketua bahagian atau pun individu tertentu, kerana UMNO lebih utama dan penting dari seorang individu.



Artikel sahabat MB yang harus di baca di sini dan sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...