KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Tuesday 15 January 2013

JAHILNYA PAS DALAM MENJILAT DAP



Isu Khalimah Allah ini benar-benar mengecewakan ramai pihak. Secara jujur bilamana isu ini dibangkitkan oleh DAP untuk menggunakan khalimah Allah di dalam kitab bible oleh penganut Kristian, dengan lantangnya puak-puak keji di dalam PAS menyokong permintaan tersebut bagi menjaga hati puak-puak DAP ni. Baik daripada kepimpinan atas hingga ke bawah mengeluarkan kenyataan menyokong penggunaan ini dari Nik Aziz, Hadi Awang dan pencacai jalanan bawahan. 

Pelbagai episod cerita dikeluarkan menyebabkan umat Islam di Malaysia khususnya di dalam PAS bergaduh dan bergolak sesama sendiri demi menjaga hubungan baik dengan DAP dan Bang Anwar Bin Ibrahim hingga lupa pada perjuangan untuk memartabatkan Syariat Islam. 


Pergolakkan demi Pergolakkan berlaku disebabkan Presiden Pas sendiri menjadi lembu yang ditarik oleh Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Di peringkat akar umbi PAS bergaduh demi mempertahankan pegangan masing-masing. MB kecewa melihat ini berlaku bilamana ini terjadi, Lim Guan Eng dengan rakus dan bongkahnya menyatakan ini bukan masalah DAP sedangkan ia disebabkan permintaan DAP sendiri.


Disebabkan perpecahan dan desakan umat ISLAM terhadap isu penggunaan Khalimah Allah ini, Majlis Syura Pas telah mengadakan perjumpaan tergempar membincangkan isu ini. Lantas menarik balik keputusan membenarkan khalimah Allah ini kepada bukan Islam. 

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, hampir hancur umat Islam di Malaysia ini. Apa yang MB boleh katakan bahawa Nik Aziz berakalkan emosi, sama juga dengan Azizan Razak dan sekutunya bilamana diasak oleh DAP dan erdogan Bang Anwar Bin Ibrahim lagi bertambah emosi mereka ini. Jika tidak di turuti arahan Bang Anwar Bin Ibrahim, dana tidak sampai jawabnya.



Bila Majlis Syura keluarkan kenyataan, pelbagai pihak dari DAP mula menyerang kepimpinan PAS dengan ketidak pendirian PAS untuk menyokong DAP.DAP langsung tidak menghormati pendirian PAS. Masihkah PAS mahu bersekutu dengan DAP ini??

DIMANA MARUAH PAS SEKARANG??? 


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...