KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU
Tuesday, 12 November 2013
ANCAMAN KOMUNIS DALAM NEGARA!!!SIAPA SALAH???
Monday, 21 October 2013
DBKL MENAJA PUAK KOMUNIS!!! MAMPUS LA GINI!!
Kadang-kadang MB pelik dengan Pihak Berkuasa Keselamatan Negara ini. Sudah banyak brader Hishamuddin Rais melakukan Onar dalam negara dengan kenyataan ternyata menghasut.Tetapi malangnya tidak ada hukuman yang diambil ke atasnya. Malah usaha menyebarkan ideologi komunis bagi membangkitkan sentimen revolusi telah lama giat dijalankan hinggakan mereka berjaya rekrut peserta-peserta PLKN di dalam kem PLKN sendiri seperti mana MB pernah dedahkan sebelum ini. Apa sudah jadi wahai pemimpin yang kami harapkan?
Terbaru!!! Hishamuddin Rais dan kumpulan komunisnya sedang merancang provokasi besar-besaran terhadap Akta Tahanan Baru Penjenayah Kongsi Gelap yang ternyata mengerunkan puak komunis ini. Akta ini dijanjikan tanpa tahanan politik. Hanya penjenayah sahaja yang terlibat. Tetapi malangnya Hishamuddin Rais telah spin akta ini 300% dengan pelbagai fitnah mengatakan ia tidak berperikemanusiaan.
Gambar yang MB sertakan dalam post ini ialah gambar latihan yang dilakukan puak komunis ini bersama beberapa orang daripada PRO MAHASISWA UM. Latihan apa??? Latihan bagaimana mereka ini akan melakukan provokasi dan lakonan semasa demotrasi nanti. Malah mereka merancang akan melakonkan aksi dan provokasi ini di shopping kompleks sekitar KL dan Selangor nanti.
Lebih mendukacitakan puak komunis dan Pro M ini menjalankan latihan ini di sebuah bilik sulit yang dimiliki DBKL!!! Apakah DBKL turut bersubahat dengan puak komunis ini??? Jangan ingat MB tidak tahu.
AWAS!!!! ANDA DIPERHATIKAN!!!!
Tuesday, 1 October 2013
ENDIKOUP DIPUKUL DAN DIPAKSA??? PRO M HILANG TARING!!!
Wednesday, 25 September 2013
GERAKAN KOMUNIS DI UPM
Dua kenyataan daripada mufti yang berbeza. Seorang mufti Kedah di mana Barisan Nasional yang memerintah. Dan seorang lagi daripada mufti Kelantan di mana PAS yang memerintah.
Bila melibatkan isu agama dan umat ISLAM, kita harus bersatu. Di UPM, ideologi komunis semakin merebak. Malah ia telah mula meresap di kalangan Pro Mahasiswa. Adakah GAMIS dan PMI selaku gerakan mahasiswa ISLAM masih ingin mendiamkan diri dan bersama mereka ini?
UPM DI HUJUNG TANDUK!!! PRK BAKAL KECUNDANG!!!
Dalam post sebelum ini, MB ada nyatakan bahawa MB akan dedahkan pergerakan jentera mahasiswa di UPM. Sebelum MB pergi lebih lanjut ingin MB dedahkan satu isu yang mungkin dirasakan kecil atau isu terpencil.
Di saat rakyat Malaysia menyambut hari Malaysia pada 16 September yang lalu, ditakdirkan seorang penganas komunis Raja segala penganas di Malaysia satu masa lalu telah mati. Pelbagai presepsi dan cerita di dendangkan oleh segelintir masyarakat terutamanya puak-puak DAP dan Melayu bertopengkan Iblis yang ingin menjadi hero komunis. Itu disudut negara.
MB ingin mengajak rakyat melihat di sudut anak muda terutamanya mahasiswa. Pada 16 September juga seawal pagi telah digantung banner ini Wilayah PRO M bersama bendera komunis. Bendera komunis ini digantung setelah mendapat perkhabaran kematian CHIN PENG pada pagi itu. Sahabat MB kebetulan melalui kawasan tersebut untuk menikmati sarapan pagi telah terserempak dengan kumpulan ini. Sahabat MB telah mengintip mereka daripada awal sehingga abis. Setelah mereka beredar,dengan beraninya sahabat MB telah menurunkannya.
Isu disini ialah sejauh mana perkaderan yang dilakukan oleh komunis di dalam kampus-kampus seluruh Malaysia? Di mana agensi dan jabatan yang sepatutnya memainkan peranan dalam membasmi ideologi komunis pada mahasiswa dan anak muda ini? Hilangnya semangat pendekar oleh anak melayu sendiri tanpa di pulihkan kembali mereka ini ke jalan yang benar.
Ikuti pendedahan lebih lanjut tentang kejatuhan ASPIRASI di UPM dalam post MB nanti. Sedar atau tidak mereka yang terlibat dengan gerakan PRK pada tahun ini akan bahaya sebenar yang melanda UPM.


















