KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #BAWANI. Show all posts
Showing posts with label #BAWANI. Show all posts

Thursday, 21 November 2013

MAHASISWA ISLAM UM DIMURTADKAN FAHMI REZA???

Kegagalan Program yang di rancang oleh Hishamuddin Rais dalam membawa masuk Fahmi Reza ke dalam kampus Universiti Malaya menemui kegagalan setelah pihak keselamatan menghalang mereka ini.
Kemuncak mereka tetap menjalankan program ini diluar pagar Universiti Malaya.


Masih belum sedarkah mahasiswa siapa itu Fahmi Reza??? Kenapa Pro Mahasiswa atau hakikatnya mereka ini adalah daripada Persatuan Mahasiswa Islam sanggup bersekongkol dengan perjuangan menyemai ideologi Fahmi Reza ini??? Pengakuan daripada Pro Mahasiswa bahawa mereka akan tetap bersama dan membantu Fahmi Reza ini amat mengecewakan. Penjelasan lanjut siapa Fahmi Reza boleh dilihat disini.


Masih tertanya apa sebenarnya budaya yang cuba dibawa oleh Fahmi Reza ini. Anda boleh google sendiri apa itu Hippies atau baca di sini.


Apakah mahasiswa dapat menerima gejala ini dan ideologi ini?


Sedarkah mahasiswa bahawa bekas Presiden ini telah membawa diri jauh daripada Pro Mahasiswa kerana kegagalan Pro Mahasiswa dan Persatuan Mahasiswa Islam hari ini memperjuangkan Islam.

Say No 2 Hippies!!!

Tuesday, 29 October 2013

PANAS!!!PANAS!!!! UUM GEMPAK HARI INI!!!



Di pagi hari ini suasana yang sejuk telah digemparkan dengan berita panas-panas daripada Utara Tanahair. Secara tersiratnya PERUBAHAN UUM atau Aspirasi UUM yang mewakili pihak kerajaan telah mengalami kejutan dalam Pilihanraya Kampus pada tahun ini apabila menerima tamparan kekalahan yang memalukan. MB yakin kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan nanti bakal menyatakan Perubahan kekal di UUM. Tapi sebaliknya hanya di akar umbi yang tahu.

Beberapa analisis yang MB lakukan menunjukkan kerana terlalu banyak campur tangan politik dan pentadbiran UUM hinggakan mahasiswa di kongkong. Malah penglibatan beberapa kepala cybertrooper yang menggangu gugat gerakan pelajar di UUM membuatkan mahasiswa memberontak. Pelbagai maklumat di bocorkan. Antara page yang menyumbang kepada kekalahan ini ialah page ini.



Pembocoran Maklumat gerakan PERUBAHAN yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku pada tahun ini secara terang-terangan. MB difahamkan tidak semua orang yang memiliki kamera semasa kursus-kursus ini dijalankan. Jadi,siapakah yang mengambil gambar ini? Bagi MB, ini strategik memakan diri namanya.


Benar apa yang di perkatakan oleh saudara Azrinizam. MB mohon kepada pihak luar supaya menghormati kawasan orang. Jangan kamu masuk campur urusan kampus lain. Jangan cuba-cuba mengubah permainan orang lain. Agi Idup Agi Gelaban.





PERUBAHAN UUM DI GELETEK RATU KOMUNIS!!! OH LALALA!!!


Persoalan MB di sini, benarkah Perubahan Menang??? Jika di lihat di atas kertas, memang benar PERUBAHAN UUM menang. Hakikat sebenarnya kekalahan yang amat memalukan kerana anda mempunyai segala sumber yang mempunyai KUASA dalam mengaturkan segala-galanya. 

Macam mana PERUBAHAN UUM mampu membiarkan Bawani menang mudah di UUM? Sedangkan kamu daripada tahun lepas lagi mengetahui bahawa Bawani akan bertanding. Apakah kamu tidak mempunyai cerdik pandai dalam mengatur strategik pada tahun ini? Bukankah kamu mempunyai pakar yang di import Khas dari lembah Klang? Jangan biarkan PERUBAHAN dipegang tangan-tangan ghaib!!!


Tahniah MB ucapkan kepada Bawani yang tahun lepas telah mengemparkan seluruh rakyat Malaysia dengan isu listen....listen.... listen....

Apapun amaran daripada MB kepada puak komunis ini, Jangan bermain dengan ideologi komunis di dalam UUM. MB dan rakan-rakan Alumni pasti tidak akan mendiamkan diri sekiranya ideologi komunis ini tersebar luas di dalam UUM!!!

Kemenangan Transformasi di UUM bukan kerana mereka kuat, TETAPI kerana PERUBAHAN UUM sangat lemah tahun ini.

Thursday, 25 April 2013

MAHASISWA UTARA MULA BANGKIT!!! BAWANI LARI SEMBUNYIKAN DIRI!!!


Tahniah MB ucapkan kepada mahasiswa yang semakin hari telah berani ke hadapan untuk menyuarakan kebenaran sebenar yang berlaku di Malaysia hari ini.

Dakwaan daripada masyarakat setempat MB menyatakan mereka baru sedar hakikat realiti sebenar yang selama ini mereka telah di tipu oleh Puak Brader Anwar Bin Ibrahim. Prepsepsi yang selalu ditimbulkan iaitu kalau apa yang terjadi terus salahkan UMNO itu telah disebut-sebut dan di semai oleh puak Brader Anwar Bin Ibrahim. MB difahamkan juga ada makcik-makcik kampung yang selama ini tertipu, menangis bila mengetahui kebenaran yang di sembunyikan.

Tahniah sekali lagi daripada MB. Cuma nasihat daripada MB kepada mahasiswa ini supaya berhati-hati bila turun ke lapangan dan jangan leka dengan 1001 kemungkinan yang boleh berlaku kerana di fahamkan ada antara siswi ini yang baru sahaja bertunang dan bakal melangsungkan rumah tangga tidak lama lagi. Tahniah kepada siswi tersebut kerana sanggup berkorban demi agama, bangsa dan tanah air. Jiwa suksis terbina teguh dalam diri anda!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...