KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label umb. Show all posts
Showing posts with label umb. Show all posts

Tuesday, 25 September 2012

SIRI PENDEDAHAN KONSPIRASI PRO-M


Seperti yang maklumat yang MB perolehi, ternyata ia benar. Sedara Edikoup telah membuat laporan polis pagi tadi. Tapi sayangnya laporan tersebut telah terbukti lebih mendedahkan penipuan yang sedang dirancangkan.


Menurut laporan yang dibuat mengatakan pada jam 12malam, sedara Edikoup telah diekori dan ditahan serta telah di beri amaran. Paling menarik sedara Edikoup berkata tidak memahami apa yang mereka katakan. Beberapa soalan MB ingin bertanya kepada saudara Edikoup :

1) Bahasa apa yang digunakan sehingga sepatah pun sedara tidak fahami maksudnya?
2) Gangster tersebut bangsa apa?
3) Apa tindakan saudara selepas kejadian pertama berlaku?

Jika anda perhatikan pergerakan Pro-Mahasiswa ini, mereka sentiasa update segera setiap apa yang berlaku di semua media maya yang mereka miliki. Hasil pemerhatian MB selepas kejadian pertama tidak ada walau sepatah pun yang bermain di media maya Pro-Mahasiswa tentang kejadian itu. 

Jika anda mengikuti pergerakan Pro-Mahasiswa ini, disaat genting ini kenapakah keselamatan saudara Edikoup ini tidak dititik beratkan? Renung-renungkan.

Ada juga sumber cerita MB mengatakan yang memukul saudara Edikoup ini adalah rakan-rakan di dalam Persatuan Mahasiswa Islam(PMI) disebabkan PMI dan Pro-Mahasiswa ini berlaku pergolakkan dalaman yang semakin meruncing. Cerita ini berkata budak PMI telah membelasah Pro-Mahasiswa disebabkan kebiadapan Pro-Mahasiswa yang keterlaluan. Selepas kejadian itu mereka telah mencipta cerita ini agar ia dapat menutup isu dalaman mereka.



Cerita kepincangan dalaman ini dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh SU AGUNG yang mengatakan PMI tidak sama dengan Pro-Mahasiswa ini.  Adakah kenyataan SU AGUNG ini menuang minyak di atas api yang membara???


Persoalan-persoalan MB ini ditujukan kepada semua untuk berpikir sendiri kebenaran apa yang terjadi. MB yakin pihak Pro-Mahasiswa tidak berani menjawab persoalan ini!!!



"KONSPIRASI BERSIH KAMPUS KANTOI"

AMARAN AMUKAN MB UNTUK MEREKA!!!


MB tertarik dengan poster ini yang dimainkan oleh pencacai Pro-Mahasiswa ini berhubung post amaran tentang Edikoup pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional di pukul. MB ingin tegaskan disini bahawa maklumat yang MB terima adalah daripada orang kanan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang terlibat dalam mesyuarat tergempar bersama otai-otai Pro-Mahasiswa untuk merancang konspirasi ini. Namun orang tersebut tidak mahu masuk campur dengan konspirasi ini.


MB disini ingin tegaskan disini bahawa MB bukan Blogger atau Cybertrooper dibawah UMNO-BN!!! 


MB TIDAK PERNAH SESAAT PUN BERSAMA UMB UMNO MAHUPUN MENERIMA SEBARANG DIDIKAN DARI UMB UMNO!!! BAHKAN MB TIDAK PERNAH MENGANGKAT SUMPAH UNTUK TAAT SETIA KEPADA SESIAPA PUN DALAM MENDEDAHKAN KEBENARAN!!!


MB TIDAK MEMBENARKAN SESIAPA PUN MELIBATKAN ATAU MENGKAITKAN BLOG MB INI DENGAN MANA-MANA PIHAK!!! HARAP MAKLUM!!!



Wednesday, 19 September 2012

GILIRAN ASPIRASI UM MENGHANTAR MEMORANDUM!!!!


MB mendapat berita sebentar tadi bahawa Otai Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya telah menghantar memorandum kepada Polis Diraja Malaysia bagi menuntut jaminan keselamatan setiap calon-calon yang akan dihantar oleh Penggerak Mahasiswa dalam Pilihanraya Kampus yang akan berlangsung di UM beberapa hari lagi.

MB merisik khabar berita tersebut daripada sahabat-sahabat di UM tentang kenapa sampai begitu sekali tindakan yang mereka lakukan. Setelah mendengar penjelasan dari mereka-mereka ini, MB rasa memang patut Penggerak Mahasiswa ini mengambil langkah tersebut.

Antara sebab yang dilakukan tindakan ini adalah kerana Pro-Mahasiswa ini telah nekad untuk mempertahankan kemenangan mereka walau dengan apa cara sekali pun walaupun ia melanggar undang-undang dan hukum agama. Pro-Mahasiswa ini sanggup berdemo dan merempuh serta mewujudkan suasana tidak tenteram yang mana secara tidak langsung seperti mengugut mahasiswa supaya mengundi calon Pro-Mahasiswa. Sebagai contoh baru-baru ini Pro-Mahasiswa telah melakukan FITNAH dengan mengatakan Penggerak Mahasiswa ini bachul kerana tidak berani berdebat dengan mereka ini. Sedangkan kenyataannya Pro-Mahasiswa menyebarkan Iklan pasal perdebatan ini tanpa mendapat persetujuan daripada Penggerak Mahasiswa.


Pembohongan demi pembohongan dilakukan oleh Pro-Mahasiswa ini. Saban tahun ada tindakan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa ini yang sangat keterlaluan. Anda boleh lihat di sini. 


Jika kes calon ghaib yang berlaku sebelum ini, secara jujurnya MB merasakan Pro-Mahasiswa kena turut menghantar memorandum tetapi bukan kepada PDRM. MB berpendapat supaya mereka harus menghantar kepada PAWANG-PAWANG kerana Pro-Mahasiswa ini selalu bermain dengan perkara-perkara ghaib. :)


MB berjanji disini akan melondehkan kejahilan Pro-Mahasiswa kepada mahasiswa.

Tuesday, 18 September 2012

ASPIRASI UM MENGEGARKAN ASTRO AWANI DENGAN AGENDA MAHASISWA!!!!


Kali ini MB melihat Pengerak lebih ke hadapan berbanding Pro-Mahasiswa di UM. Sumber risikan MB mendapati mahasiswa sekarang sudah sedar permainan yang dimainkan oleh Pro-Mahasiswa yang terang-terang menipu mahasiswa atas kepentingan peribadi Bang Anwar Bin Ibrahim. Malah mahasiswa sudah mula beralih arah menyokong kepimpinan Pengerak kerana agenda perjuangan yang di bawa Pengerak lebih rasional dan benar-benar memperjuangkan mahasiswa. 

Isu Debat antara Pengerak dan Pro-Mahasiswa di UM ternya dimanipulasikan oleh Pro-Mahasiswa apabila Pro-Mahasiswa menjadi munafik dengan memfitnah Pengerusi Pengerak penakut kerana menolak pelawaan Debat mereka.Ada kisah di sebaliknya. 

MB akan bongkar satu-persatu penipuan Pro-Mahasiswa ini nanti.

Monday, 9 July 2012

PRO-M UM BERDUSTA LAGI!!! KANTOI!!!


Indah khabar dari rupa. 

Apa yang MB ingin bicarakan di sini ialah kata-kata kejian yang dilemparkan oleh Pro-M UM yang dahulunya mempersoalkan segala percutian-percutian yang dilakukan oleh MPP Aspirasi yang konon-kononnya menghabiskan wang pelajar. 

Tapi bulan Julai 2012 ini pula adalah bulan percutian Mantan MPP Pro-M UM sesi 2010/2011. Inikah yang dikatakan meludah ke langit lalu jatuh ke muka sendiri ataupun menjilat ludah sendiri???


Dimanakan ketelusan janji-janji MPPUM dalam sesi yang lalu dalam menyuarakan dan menepati manifesto yang diagungkan selama ini???

Sedarlah wahai warga UM betapa jahilnya mereka ini dalam menyuarakan janji-janji manis tapi tidak ditepati....

Renung-renungkan...

Monday, 25 June 2012

DAP KECUT PERUT LIHAT SOKONGAN BELIA CINA KEPADA PM!!!



 MB tertarik untuk mengulas Program yang berlangsung di UM iaitu Majlis Dialog Belia Cina Bersama Perdana Menteri. Banyak khabar angin menyatakan Majlis ini tidak akan mendapat sambutan kerana "orang cina" dah tidak sokong BN dah. Perghhh.... Mari MB tunjukkan benar atau tidak kenyataan itu.

MB rasa cukup dengan sekeping gambar ini. Anda boleh menilai sendiri adakah Orang Cina sekarang tidak menyokong BN lagi???

Paling best MB nak kongsi disini ialah terdapat cubaan dari pihak tertentu dalam memalukan Perdana Menteri dalam Majlis tersebut tetapi berjaya di patahkan oleh pihak polis. Dengar kata, perancangan yang di buat adalah untuk menimbulkan provokasi seperti yang dilakukan oleh puak DAP dalam satu majlis Perdana Menteri di London tempoh hari. 


Ditengah ini adalah pelajar yang di rancang akan memulakan provokasi dalam Majlis tersebut. Tetapi polis berjaya mematahkan cubaannya sebelum kedatangan Perdana Menteri. 

Mari MB dedahkan siapa pelajar ini. Pelajar ini baru tahun 1 dan belajar di fakulti sains sukan. Berasal dari Bandar Baru Kangkar, Pulai, Johor. 

Baru tahun 1 tapi dah terpengaruhi oleh mereka yang hanya mengejar kepentingan peribadi. Selepas ditahan, terus ada peguam yang datang untuk menjamin. sungguh hebat perancangan mereka ini. Selepas itu keluar di Malaysiakini pula. Anda boleh menilai sendiri samada ia di rancang atau tidak...

Paling geli hati MB baca mengenai tangkapan mamat ini ialah ada orang yang mengutuk tindakan polis ini sebagai salah guna kuasa. Katanya mamat ini tidak patut ditangkap. Orang jika boleh ditangkap bila melakukan jenayah seperti membunuh, merompak, mencuri dan lain-lain. 

Apa yang MB analisis sebenarnya mereka ini sengaja cuba menimbulkan provokasi bagi membuatkan rakyat membenci Polis. Pelajar tersebut ditahan untuk soal siasat. Takkan nak tunggu jenayah berlaku baru boleh tangkap kut. Mencegah itu kan lebih baik. Renung-renungkan wahai rakyat Malaysia.


Akhir sekali apa yang MB ingin ulaskan disini, terdapat pelbagai keinginan dan tuntutan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kita boleh meminta pelbagai perkara tetapi yang paling penting bagaimana penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang bakal timbul daripada tuntutan tersebut. Dan dalam menuntut sesuatu itu, MB mengharapkan jangan tuntutan tersebut menyentuh sensitiviti di dalam kontrak sosial.

:)

Monday, 14 May 2012

PRU-13 TELAH DIDEDAHKAN TARIKHNYA???



PANAS!!! Pilihanraya umum kian terasa bahangnya. Masing-masing telah mengeluarkan keringat dan tenaga dalam menambat hati rakyat Malaysia. Secara peribadi MB merasakan pilihanraya kali ini pasti sangat sengit. Jika dilihat dari ke dua-dua belah pihak. Pihak kerajaan menggunakan pendekatan Aman yang mana rata-rata rakyat menyukainya. Manakala pihak pembangkang banyak melakukan provokasi yang merosakkan negara sehinggakan rakyat takut untuk keluar ke jalanan kerana acap kali mengadakan demontrasi jalanan hingga merosakkan pelbagai harta benda awam dan perniagaan.
Dari gambar di atas dapat dilihat 2 imej yang berbeza iaitu perhimpunan merah sempena ulang tahun UMNO dan perhimpunan kuning iaitu BERSIH. Antara kedua-duanya rakyat sudah boleh menilai yang mana satu pilihan hati mereka dalam keyakinan untuk memerintah negara.


VS      

Untuk pilihanraya kali ini MB terpikir siapa lawan siapa yang sebenarnya. Adakah Barisan Nasional melawan Pakatan Rakyat??? Atau....

         VS                 

UMNO melawan Pakatan Rakyat???

Secara peribadi MB melihat sekarang ini seperti hanya UMNO sahaja yang bersiap sedia untuk melawan Pakatan Rakyat. Dimanakah ahli barisan nasional yang lain seperti PPP,MCA,MIC, GERAKAN dan lain-lain...??? 

Apapun MB yakin hasil kebijaksanaan Perdana Menteri Dato Sri Najib pasti sudah ada senarai calon yang akan dipertandingkan. Dan sumber secara tak rasmi (Borak-Borak sambil minum kopi) kemungkinan calon yang dipilih itu adalah sesuatu yang diluarjangkaan. 

MB mengharapkan YB-YB yang melobi untuk menjadi calon tu sekiranya tidak dipilih dapatlah menerima dengan hati yang terbuka malah membantu 200% untuk memenangkan calon yang terpilih. Sekarang bukan masanya untuk kita mengejar kepentingan masing-masing tetapi sekarang adalah masa untuk kita pertahankan tanahair kita dari pengkhianat negara yang telah terang-terang kita tahu mereka ini didalangi oleh puak YAHUDI.

Marilah bersatu wahai rakyat Malaysia menolak Pengkhianat Bangsa yang diketuai oleh DAP ini yang mana sebenarnya menjadikan Parti Keadilan dan Pas sebagai boneka untuk mencapai impian mereka. 

Renung-renungkan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...