KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 19 September 2012

GILIRAN ASPIRASI UM MENGHANTAR MEMORANDUM!!!!


MB mendapat berita sebentar tadi bahawa Otai Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya telah menghantar memorandum kepada Polis Diraja Malaysia bagi menuntut jaminan keselamatan setiap calon-calon yang akan dihantar oleh Penggerak Mahasiswa dalam Pilihanraya Kampus yang akan berlangsung di UM beberapa hari lagi.

MB merisik khabar berita tersebut daripada sahabat-sahabat di UM tentang kenapa sampai begitu sekali tindakan yang mereka lakukan. Setelah mendengar penjelasan dari mereka-mereka ini, MB rasa memang patut Penggerak Mahasiswa ini mengambil langkah tersebut.

Antara sebab yang dilakukan tindakan ini adalah kerana Pro-Mahasiswa ini telah nekad untuk mempertahankan kemenangan mereka walau dengan apa cara sekali pun walaupun ia melanggar undang-undang dan hukum agama. Pro-Mahasiswa ini sanggup berdemo dan merempuh serta mewujudkan suasana tidak tenteram yang mana secara tidak langsung seperti mengugut mahasiswa supaya mengundi calon Pro-Mahasiswa. Sebagai contoh baru-baru ini Pro-Mahasiswa telah melakukan FITNAH dengan mengatakan Penggerak Mahasiswa ini bachul kerana tidak berani berdebat dengan mereka ini. Sedangkan kenyataannya Pro-Mahasiswa menyebarkan Iklan pasal perdebatan ini tanpa mendapat persetujuan daripada Penggerak Mahasiswa.


Pembohongan demi pembohongan dilakukan oleh Pro-Mahasiswa ini. Saban tahun ada tindakan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa ini yang sangat keterlaluan. Anda boleh lihat di sini. 


Jika kes calon ghaib yang berlaku sebelum ini, secara jujurnya MB merasakan Pro-Mahasiswa kena turut menghantar memorandum tetapi bukan kepada PDRM. MB berpendapat supaya mereka harus menghantar kepada PAWANG-PAWANG kerana Pro-Mahasiswa ini selalu bermain dengan perkara-perkara ghaib. :)


MB berjanji disini akan melondehkan kejahilan Pro-Mahasiswa kepada mahasiswa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...