MB tertarik dengan satu poster yang MB baru terjumpa didalam fb Pro-M ini. Walaupun Pilihanraya Kampus di UTHM telah selesai. MB merasakan perlu mendedahkan penipuan yang Pro-Mahasiswa UTHM lakukan ini bagi menjaga ketenteraman dan keamanan kampus tercinta.
Dalam poster ini ternyata Pro-Mahasiswa telah berbohong dan menipu secara terang-terangan. Keseluruhan pencalonan yang terbatal adalah 12 orang yang mana seorang daripada Aspirasi UTHM. Ini dapat dilihat betapa telusnya perjalanan Pilihanraya Kampus di UTHM. Kesemua mereka ini dibatalkan pencalonan kerana telah melakukan kesalahan seperti yang telah dilaporkan didalam page dibawah ini.
MB telah mendapatkan kepastian mereka yang terlibat di dalam perbicaraan ini. Kesemua mereka yang dibatalkan pencalonan ini telah mengakui kesalahan mereka semasa dibicarakan. Persoalan disini kenapakah Pro-Mahasiswa bercakap tidak serupa bikin sekarang?
Info MB perolehi daripada dalaman Pro-Mahasiswa ini mengatakan bahawa arahan pihak atas Pro-Mahasiswa sendiri yang meminta Calon-calon ini pergi membuat rakaman ini walaupun calon-calon telah mengetahui ia melanggar peraturan. Persoalan MB ingin timbulkan disini, adakah ini satu konspirasi dalam menimbulkan ketegangan dalam kampus UTHM?
Apabila MB mengkaji isu ini, MB mendapati ada kemungkinan Pro-Mahasiswa di kampus yang sedang menjalani Pilihanraya kampus ini akan memboikot PRK kali ini. Analisis ini dibuat berdasarkan populariti Pro-Mahasiswa ini semakin menurun mendadak. Bagi mengelakkan Pro-Mahasiswa malu teruk dengan kekalahan kali ini, Pro-Mahasiswa telah menimbulkan pelbagai fitnah dan isu sehinggakan isu yang bukan isu pun ditimbulkan untuk memperbodohkan mahasiswa sebagainya isu calon tua di UM. Ini sebenarnya permulaan kepada agenda mereka untuk memboikot Pilihanraya kali ini.
Hati-Hati Mahasiswa dengan Pembohongan Pro-Mahasiswa ini.
No comments:
Post a Comment