KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday 19 September 2012

TSUNAMI BERMULA DI SELATAN!!!


Tahniah buat Aspirasi UTHM!!! MB terkejut apabila membaca berita di akbar ini. Sebelum ini dengan lantangnya Pro-Mahasiswa melaungkan akan memenangi Pilihanraya Kampus di UTHM. Kata-kata ini MB dengar dari mulut orang kuat Farhan Razi di sebuah warung di Parit Raja semasa MB menghadiri rumah terbuka di Batu Pahat tempoh hari. MB terus mengkaji betul ke kenyataan akhbar ini



Ini yang MB perolehi dalam salah satu page di dalam FB yang mana maklumat-maklumat terbaru dan benar di salurkan. Setelah MB selidik lagi rupa-rupanya Pro-Mahasiswa telah menipu untuk memenangi PRK kali ini dengan membuat rakaman kempen tanpa kebenaran. Didalam Perbicaraan tersebut ke 11orang calon Pro-Mahasiswa turut mengaku kesalahan tersebut. Segala pengakuan mereka telah direkodkan supaya tidak timbul isu pada masa akan datang. 

MB melihat HEP telah berlaku adil didalam menghadapi Pilihanraya Kampus ini kerana terdapat calon Aspirasi yang turut digugurkan Pencalonan ini. Bagi MB tidak timbul isu HEP berat sebelah didalam Pilihanraya Kampus ini. MB menasihatkan Pro-Mahasiswa UTHM supaya tidak lagi menabur Fitnah terhadap HEP dan kepimpinan Pentadbiran UTHM. Nak tahu cerita lebih lanjut pasal UTHM, sila lihat disini.

Sama-sama kita menjaga keamanan IPT di negara kita ini daripada agenda jahat individu tertentu dalam mengejar kepentingan peribadi.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...