KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label TUN. Show all posts
Showing posts with label TUN. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

IDEA TUN M DALAM BIDANG KEJURUTERAAN


Menara Berkembar Petronas @KLCC yang mula dibina pada tahun 1993 mengambil masa selama 6 tahun sahaja berbanding tempoh jangkaan 8 tahun. Kerahan tenaga memerlukan pekerja bekerja 24/7 dan berlakunya pertandingan di antara pembinaan Menara 1 (Bob Pratt) dan Menara 2 (Jon Dunsford). Alasannya, Tun M percaya adanya persaingan mampu memastikan projek siap tepat pada masanya. 

Pembinaannya melibatkan pakar-pakar dari serata dunia. Pelbagai masalah & rintangan dihadapi dalam pembinaan. Antaranya, Menara 1 didapati condong 25 milimeter dan disedari semasa dalam pembinaan tingkat ke 72, menara terpaksa dipindahkan daripada lokasi asal disebabkan faktor tanah, penghasilan ramuan baru campuran konkrit bagi mengantikan besi keluli, faktor cuaca dan macam-macam lagi.

Percaya atau tidak, Tun M bukan sahaja memberikan idea untuk membinanya bahkan Tun M sendiri yang mengilhamkan rekabentuk tapak KLCC dengan konsep Islam.

Untuk sebuah menara, terdapat 16,000 tingkap kaca yang mengambil masa selama sebulan untuk siap dibersihkan. 2 Mercu menara yang berukuran 60 meter (15 tingkat) dihasilkan daripada luar negara, Jepun dan Korea. Pada peringkat akhir, Menara 2 yang diketuai Jon Dunsford yang siap terlebih dahulu.

Pembinaan menara pencakar langit disifatkan sebagai keegoaan & dahulunya didominasi oleh Menara Sear's Chicago. Nah, lihatlahlah Menara Berkembar Petronas dengan ketinggian 450 meter (88 tingkat) tersegam gah, beridentitikan Malaysia serta Islam bukannnya lambang keegoaan sebaliknya inilah titik tolak dunia mengenali Malaysia.

Terima kasih Tun M. Saya bangga menjadi Anak Malaysia =)

Friday, 15 February 2013

#PLAN JAHAT ANWAR KE ATAS TUN M DI DEDAHKAN




Suatu masa dulu kepimpinan Tun Dr Mahathir pernah dikeji dan dihina. Pernah digelar MAHA FIRAUN. Namun selepas peletakkan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, barulah rakyat sedar betapa hebat dan gagahnya kepimpinan serta idea-idea yang di centuskan oleh Tun Dr Mahathir.

Tidak dinafikan bahawa ramai rakyat mengharapkan Tun Dr Mahathir kembali memimpin negara setelah melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara. Ada dakwaan yang menyatakan bahawa yang mampu mengalahkan Bang Anwar Bin Ibrahim ini hanyalah Tun Dr Mahathir sahaja. Dakwaan risikan dalaman menyatakan Bang Anwar Bin Ibrahim sentiasa memantau pergerakan Tun Dr Mahathir apabila Tun turun berceramah. Bang Anwar Bin Ibrahim sangat khuatir segala fitnah yang di lakukannya dapat dipatahkan oleh Tun Dr Mahathir.


MB mendapat maklumat mengatakan ada perancangan jahat yang sedang di usahakan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi membunuh karakter Tun Dr Mahathir kerana ketokohan dan kata-kata dari Tun Dr Mahathir bisa mengugatkan kedudukan Bang Anwar Bin Ibrahim ini. 

Perancangan yang di buat oleh Bang Anwar Bin Ibrahim adalah mendesak Tun Dr Mahathir bertanding semula di dalam PRU 13 ini bagi menutup desakan rakyat dan akar umbi PAS yang meminta Nik Ajis meletakkan jawatan. Awas dengan desakan ini!!!


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Thursday, 24 January 2013

ANWAR KANTOI TIDAK BERANI BERTANDING DI PERMATANG PAUH


Ini jawapan kenapa Bang Anwar Bin Ibrahim menyatakan hasrat tidak akan bertanding di Permatang Pauh. Untuk pengetahuan rakyat, sekarang ini mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir telah acap kali turun ke Permatang Pauh menjelaskan siapa Bang Anwar Bin Ibrahim ini dan menjelaskan segala penipuan yang Bang Anwar Bin Ibrahim lakukan. 



Anda dengar dan anda nilai.

GEMPAR!!!PENGUMUMAN TARIKH PRU DARI TUN!!!


PILIHANRAYA
1. Kemana sahaja saya pergi, di Malaysia atau luar Negara, saya akan ditanya bila pilihanraya akan diadakan.
2. Saya harap saya tahu jawapannya tetapi Perdana Menteri tidak memberitahu saya apa-apa, dan lazimnya hanya Perdana Menteri yang boleh menentukan tarikh tersebut. Sudah tentu tarikh itu tidak boleh melangkaui tempoh 5 tahun hayat Parlimen.
3. Soalan seterusnya ialah samada Barisan Nasional akan menang. Jawapan saya ia akan menang. Tetapi sebesar mana kemenangan itu sangat penting. Malaysia tidak boleh ditadbir oleh Parlimen yang berbelah-bahagi (hung Parliament) atau sebuah Kerajaan yang lemah. Keduanya tidak baik untuk Malaysia kerana semua akan tumpu kepada politik dan ekonomi serta pembangunan akan diketepi.
4. Ramai yang berkata Perikatan/Barisan Nasional telah berkuasa terlampau lama. Benar. Saya percaya bahawa sesuatu pemerintahan tidak boleh terlalu lama. Tetapi sekarang saya tidak begitu yakin pandangan saya boleh digunapakai untuk semua keadaan.
5. Ini kerana alternatif kepada Barisan Nasional adalah sesuatu yang menakutkan Ia dipimpin oleh seorang yang obsesi hanya hendak jadi Perdana Menteri tidak kira bagaimana sekalipun. Dulu saya tertanya-tanya mengapa ia menyertai UMNO dan bukan PAS. Sekarang saya faham. Ia akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Menyertai UMNO dan tidak PAS, yang pemimpinnya tidak pernah jadi Perdana Menteri, ia akan menjadi Perdana Menteri hanya dengan memanjat tangga kepimpinan UMNO. Sebaik sahaja menyertai UMNO ia bertanding jawatan Ketua Pemuda. Kemudian ia bertanding Naib Presiden seterusnya Timbalan Presiden. Langkah selanjutnya ialah menjatuhkan Presiden dan menjadi Perdana Menteri. Ia amat mudah.
6. Tetapi Perdana Menteri kelihatan tidak mahu berundur. Maka ia memulakan gerakan sulit memburukkan Perdana Menteri. Apa yang berlaku sudah menjadi lipatan sejarah.
7. Sekarang ia menerajui pembangkang dengan harapan akan dinobatkan di Putrajaya sebagai Perdana Menteri selepas pilihanraya ini. Saya berpendapat ini tidak baik untuk Negara. Begitu juga dengan koleksi caca-marba Pakatan yang cuma berpakat untuk tidak bertanding sesama mereka tetapi sebaliknya menyokong satu sama lain untuk memenangi pilihanraya sahaja. Selain parti “Saya mahu jadi Perdana Menteri”, turut sama ialah parti yang rasis dan parti yang memperalatkan agama. Mereka akan berbalah sepanjang masa. Mereka bukan satu gabungan. Mereka cuma berpakat untuk membantu masing-masing memenangi pilihanraya. Sekarang pun mereka sudah berbalah berkenaan siapa yang patut jadi Perdana Menteri. Mereka tidak berpegang kepada pendapat bahawa parti yang terbesar harus memimpin.

8. Memang benar Barisan Nasional sudah lama berkuasa. Begitu juga PAS di Kelantan. Tiada siapa boleh nafi kemajuan dan kemakmuran luar biasa yang dikecap di Negara dicapai dalam tempoh pemerintahan Barisan Nasional. Ini tidak boleh dinyatakan mengenai pencapaian PAS di Kelantan.
9. Kepimpinan PAS dan DAP yang sudah berumur tidak bertukar jauh lebih lama berbanding Barisan Nasional dan parti-parti komponennya. Sudah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Barisan Nasional tetapi dalam tempoh itu Ketua DAP masih tetap ditempatnya dan tidak mahu melepaskan jawatan. Dan anaknya akan mengambil-alih. Sebuah dinasti sedang terbina.
10. Kepimpinan PAS juga tidak berubah dalam tempoh kepimpinan empat pemimpin Barisan Nasional.
11. Ketua Keadilan meletakkan dirinya sebagai Penasihat tetapi menobat isterinya sebagai Presiden dan anak perempuannya sebagai Naib Presiden. Teman akrabnya menjadi timbalan. Tidak ada tanda-tanda akan berlaku sebarang perubahan kepimpinan. Dan pasti tiada pemimpin yang akan meletak jawatan.
12. Perubahan mestilah dari dalam dan luar. Perubahan luaran hanyalah untuk mengabui mata. Semasa kepimpinan enam ketua UMNO, polisi agak berbeza diantara satu sama lain. Kerajaan yang dipimpin tidak boleh dianggap sama. Yang pasti prinsip politik dan ekonomi jauh berbeza. Begitu juga dengan dasar luar. Malah boleh dikata walaupun nama adalah sama, Kerajaan setiap Perdana Menteri itu berbeza satu sama lain.
13. Barisan Nasional yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke !3 tidak akan sama dengan Barisan Nasional dibawah kepimpinan lima yang terdahulu. Ia adalah Barisan Nasional yang baru. Dan perubahan akan berlaku.
14. Namun begitu Barisan Nasional tetap berpegang kepada prinsip dan polisi asas yang sama. Parti komponen BN mengamalkan demokrasi di dalam parti dan Negara. BN percaya kepada perdagangan bebas dan inisiatif dari sector swasta. BN berpegang kepada kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa. BN juga percaya kepada agihan kekayaan yang adil diantara kaum. BN mesra perniagaan tanpa meminggir kepentingan anggota masyarakat yang lain.
15. Ia terbuka kepada innovasi dan idea-idea baru serta mengambil-kira pandangan yang dilontar rakyat dan ini membawa kepada perubahan dan transformasi. Cuma yang buta sahaja yang tidak dapat melihat perbezaan antara pemimpin tertinggi Kerajaan BN.
16. Ini bukanlah Negara satu parti. Barisan Nasional itu sendiri adalah gabungan 14 parti yang berlainan. Mereka boleh bersama atau memilih untuk keluar. Banyak parti ditubuh di Malaysia semasa zaman Perikatan dan Barisan memerintah Negara. Setengahnya dapat bertahan walaupun tidak menyertai gabungan Kerajaan.Yang lain seperti Sosialis, terus hilang. Setengahnya berjaya ke Parlimen manakala yang lain gagal memastikan wakil mereka ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.
17. Parti-parti pembangkang yang bertahan tidak pernah gagal untuk memenangi beberapa kerusi di dalam setiap pilihanraya. PAS kekal menerajui Kelantan menerusi beberapa pilihanraya dan pernah memenangi Terengganu dua kali. Sebuah parti tempatan pernah menewaskan Barisan Nasional dan menubuh Kerajaan di Sabah. Pulau Pinang dimenangi Parti Gerakan, ketika itu sebuah parti pembangkang.
18. Pilihanraya di Malaysia tidak pernah membosankan. Dalam tahun 1969, Perikatan hampir kalah dan dalam tahun 2008 Barisan Nasional kehilangan lima buah Negeri, satu Wilayah Persekutuan dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di peringkat Persekutuan. Keputusan pilihanraya di Malaysia tidak pernah melihat parti yang memerintah mendapat sokongan 99%. Hakikatnya parti pembangkang selalu memenangi sebilangan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan peringkat Persekutuan.
19. Sukar untuk memahami bagaimana seseorang boleh menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara pemerintahan satu parti. Memang benar Perikatan dan Barisan Nasional memenangi semua pilihanraya Persekutuan. Negara ini negara demokratik dan jika rakyat memilih untuk mengundi semula parti Kerajaan itu hak demokratik mereka. Mengundi pembangkang untuk memerintah tidak menjadikan Malaysia lebih demoratik mahupun menjadi bukti kita mengamalkan system dwi-parti. Pandangan jika mengundi pembangkang dalam pilihanraya akan datang akan menjadikan Malaysia negara yang mengamalkan system dwi-parti adalah tidak berasas. Parti-parti pembangkang tidak mewakili satu parti, bukan pun satu gabungan. Mereka membantu satu sama lain hanya untuk memenangi pilihanraya. Mereka akan kekal bersendirian, setiap satu dengan dasar dan agenda masing-masing. Mereka mungkin menubuhkan Kerajaan campuran tetapi ia akan menjadi gabungan yang longgar tanpa satupun agenda yang jelas.
20. Barak Obama menjanjikan perubahan bila terpilih. Tetapi ia tidak berdaya untuk menutup Guantanamo Bay ataupun keluar segera dari Iraq atau Afghanistan. Ia terpaksa meneruskan tindakan yang dirancang oleh orang yang digantikannya. Apabila tamat edahnya tiada apa perubahan yang telah berlaku di Amerika Syarikat.
21. Di Jepun kehendak kepada perubahan membawa kepada kekalahan LDP. Sekarang LDP kembali berkuasa menggantikan Parti Demokratik Jepun yang kekal hanya satu penggal. Perubahan Kerajaan tidak meningkat kemajuan Jepun.
22. Pendapat bahawa perubahan semestinya membawa kebaikan tidak selalu benar. Milton Obote dikatakan Presiden yang tidak baik untuk Uganda. Maka Idi Amin merampas kuasa. Ia lebih buruk sehingga terpaksa diturunkan secara paksa oleh tentera yang memberontak.
23. Iraq diperintah oleh Saddam Hussein sebagai diktator. Ia dikatakan amat kejam. Amerika Syarikat membuat keputusan melakukan pertukaran rejim (regime change). Ini melibatkan pembunuhan 200,000 rakyat Iraq yang tidak berdosa selain menghancurkan negara mereka.
24. Terdapat Kerajaan baru sekarang tetapi disangsikan kebaikannya berbanding Kerajaan Saddam. Tidak ada pertelingkahan antara puak Sunnah wal Jamaah dengan Syiah di zaman Saddam, tetapi sekarang pertembungan ganas sering berlaku antara dua pihak ini, masing-masing mengebom dan membunuh pihak yang lain.
25. Terdapat banyak contoh perubahan rejim tetapi kebanyakkannya tiada perubahan yang berlaku hasil darinya. Amat sedikit contoh menunjuk apabila berlaku perubahan keadaan bertambah baik. Sepertimana dikatakan oleh orang Perancis “Plus ca change, plus c’est la meme chose” (lebih banyak perubahan, lebih banyak kekal sama).
26. Tidak perlu menukar Kerajaan semata-mata untuk menegak system dwi-parti. Negara yang mempunyai system dwi-parti tidak berkeadaan lebih baik. Mereka masih menghadapi krisis kekonomi dan kewangan, mereka mengalami kemelesetan, berdepan dengan demonstrasi jalanan dan mogok.
27. Saya telah nyatakan sebelum ini “better the devil you know than the angel you don’t.” Barisan Nasional bukanlah syaitan. Negara ini maju dengan jaya di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Bila kejayaan tidak berlaku, Barisan cepat menukar pemimpin yang gagal.
28. Pilihanraya memberi kita peluang untuk menunjuk kepada parti pemerintah akan perlunya mengubah dirinya sendiri. Mesej ini akan sampai, amaran telah diberi dan tindakan positif akan diambil.
29. Jangan perjudi Negara ini dengan yang tidak dikenali dan yang belum teruji. Beberapa peluang yang diberi kepada pembangkang menunjuk kekurangan kemahiran dan pencapaian. Kelantan jelas tidak maju dengan baik. Pulau Pinang pula, kejayaan yang sedikit disertai dengan kegagalan yang banyak.
30. Pilihanraya bertujuan untuk rakyat memilih parti yang akan memerintah Negara. Ramai percaya majoriti rakyat tahu apa yang baik untuk mereka. Tetapi hakikatnya majoriti rakyat tidak tahu. Mereka mengundi samada berdasarkan kaum atau parti yang propagandanya terdedah kepada mereka. Cuma segelintir yang memahami isu-isu dan kualiti parti yang bertanding.
31. Akibatnya, pilihanraya mungkin menyebabkan parti yang tidak layak terpilih membentuk Kerajaan.
32. Kerana kemungkinan ini, amatlah penting pengundi diberi seberapa banyak penjelasan yang mungkin mengenai parti dan dasar serta rekod mereka supaya pengundi dapat membuat keputusan yang pintar.

sumber di sini

Thursday, 28 June 2012

HEBATKAH TUN DR MAHATHIR???




SINGAPURA – Malaysia dipilih sebagai negara kehormat oleh JEC Asia 2012, apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menerima penghormatan Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat dari JEC.
Industri komposit Malaysia turut diberi pengiktirafan.
Dr Mahathir, yang berkecimpung di dalam arena politik Malaysia lebih 40 tahun, menerima anugerah itu pada majlis perasmian acara tiga hari itu yang bermulai di sini semalam di Pusat Konvensyen Suntec.
Semasa tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, Malaysia mengalami permodenan yang pantas dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Beliau telah memulakan banyak projek mega yang melonjakkan Malaysia di atas peta dunia.
Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat itu adalah bagi pengiktirafan usaha Dr Mahathir yang tidak pernah mengenal penat lelah sepanjang kerjaya politiknya.
Beliau bertanggung jawab mempromosikan produk, teknologi, penyelidikan dan kemahiran profesional di dalam industri komposit Malaysia.
JEC Asia 2012 turut menganugerah Kecemerlangan Perniagaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif CTRM (Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd) Datuk Rosdi Mahmud, dan anugerah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Highpolymer Chemical Products Pte Ltd Tsai Chao Fang.
JEC Asia 2012 adalah satu pemeran antarabangsa berasaskan pertumbuhan kukuh pasaran komposit MEA Asia Pasifik.
Ia merupakan satu-satunya acara di Asia yang menghimpunkan kesemua pemain industri komposit global di rantau ini.
Acara itu disokong oleh persatuan komposit profesional utama dari Australia, China, India, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand.
- Bernama

Tuesday, 15 May 2012

MANTAN PM RAMAL PRU 13



"Tempoh yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya ialah pada pertengahan September iaitu selepas masyarakat beragama Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri." kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

"Apapun ia terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menetapkan tarikh pilihanraya itu," kata beliau di dalam satu sidang media di ibu negara semalam. 

Dari pemerhatian mengatakan kini undi memihak kepada BN, namun terpulang kepada keyakinan Datuk Seri Najib sama ada akan mencapai objektifnya. Objektif Datuk Seri Najib kini adalah meraih semula majoriti dua pertiga BN. Untuk mencapai objektif itu, MB rasakan kini ia tidaklah sesukar seperti dalam pilihan raya 2008.

Secara peribadi pihak pembangkang sebenarnya sudah mula takut dengan bayang-bayang Datuk Seri Najib ini berikutan mahu mengadakan pula Bersih 4.0 yang sengaja mahu mencetuskan ketegangan di dalam negara. Malah kata-kata Mat Sabu mengatakan perhimpunan seperti ini tidak menjejaskan ekonomi setempat adalah BOHONG. Budak sekolah pun mampu pikir kesannya.

APAPUN MB MENGHARAPKAN PRU KALI INI BERJALAN LANCAR TANPA ADA PROVOKASI DARI DAP DAN PUAK-PUAKNYA.





Wednesday, 2 May 2012

SINDIRAN PEDAS TUN DR MAHATHIR KEPADA AMBIGA!!!!


Dah lama MB tidak mendengar pandangan dan pendapat daripada idola pemimpin MB ini.Teruja MB bila mana Tun Dr Mahathir memberi komen tentang Bersih 3.0 ini yang mana menurut Tun ia adalah wajah sebenar "Pakatan Rakyat" itu.

Dalam kenyataannya menyatakan rakyat harus bersedia mendengar pembohongan dalam internet yang mana ini yang diingini dari pihak pembangkang iaitu kebebasan bersuara. Bahkan rakyat sekarang kebanyakkannya sudah lupa dari mana mereka datang.

Malah menurut Tun yang mana MB turut setuju iaitu pemansuhan ISA yang mana ia adalah satu tindakan kerajaan yang 'BAIK HATI dan LEMAH LEMBUT".

MB rasa lepas ini sangat pasti DSAI akan keluarkan kenyataan untuk membidas kata-kata Tun ini.

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...