KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday, 25 June 2012

DAP KECUT PERUT LIHAT SOKONGAN BELIA CINA KEPADA PM!!!



 MB tertarik untuk mengulas Program yang berlangsung di UM iaitu Majlis Dialog Belia Cina Bersama Perdana Menteri. Banyak khabar angin menyatakan Majlis ini tidak akan mendapat sambutan kerana "orang cina" dah tidak sokong BN dah. Perghhh.... Mari MB tunjukkan benar atau tidak kenyataan itu.

MB rasa cukup dengan sekeping gambar ini. Anda boleh menilai sendiri adakah Orang Cina sekarang tidak menyokong BN lagi???

Paling best MB nak kongsi disini ialah terdapat cubaan dari pihak tertentu dalam memalukan Perdana Menteri dalam Majlis tersebut tetapi berjaya di patahkan oleh pihak polis. Dengar kata, perancangan yang di buat adalah untuk menimbulkan provokasi seperti yang dilakukan oleh puak DAP dalam satu majlis Perdana Menteri di London tempoh hari. 


Ditengah ini adalah pelajar yang di rancang akan memulakan provokasi dalam Majlis tersebut. Tetapi polis berjaya mematahkan cubaannya sebelum kedatangan Perdana Menteri. 

Mari MB dedahkan siapa pelajar ini. Pelajar ini baru tahun 1 dan belajar di fakulti sains sukan. Berasal dari Bandar Baru Kangkar, Pulai, Johor. 

Baru tahun 1 tapi dah terpengaruhi oleh mereka yang hanya mengejar kepentingan peribadi. Selepas ditahan, terus ada peguam yang datang untuk menjamin. sungguh hebat perancangan mereka ini. Selepas itu keluar di Malaysiakini pula. Anda boleh menilai sendiri samada ia di rancang atau tidak...

Paling geli hati MB baca mengenai tangkapan mamat ini ialah ada orang yang mengutuk tindakan polis ini sebagai salah guna kuasa. Katanya mamat ini tidak patut ditangkap. Orang jika boleh ditangkap bila melakukan jenayah seperti membunuh, merompak, mencuri dan lain-lain. 

Apa yang MB analisis sebenarnya mereka ini sengaja cuba menimbulkan provokasi bagi membuatkan rakyat membenci Polis. Pelajar tersebut ditahan untuk soal siasat. Takkan nak tunggu jenayah berlaku baru boleh tangkap kut. Mencegah itu kan lebih baik. Renung-renungkan wahai rakyat Malaysia.


Akhir sekali apa yang MB ingin ulaskan disini, terdapat pelbagai keinginan dan tuntutan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kita boleh meminta pelbagai perkara tetapi yang paling penting bagaimana penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang bakal timbul daripada tuntutan tersebut. Dan dalam menuntut sesuatu itu, MB mengharapkan jangan tuntutan tersebut menyentuh sensitiviti di dalam kontrak sosial.

:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...