KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday, 6 April 2012

APA KATA PAS PASAL PTPTN?


MB disini ingin mengulas secara peribadi apa yang dikatakan oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas(PPP) iaitu Dr Zuhdi Marzuki didalam harakahdaily..  Secara keseluruhannya jelaslah bahawa dengan pemansuhan PTPTN ini, mahasiswa akan menanggung kos hidup seharian. Ini bermaksud segala perbelanjaan makan minum, buku-buku, minyak kereta dan sebagainya akan di tanggung oleh mahasiswa.  Hari ini jika dilihat pada awal semester sekiranya PTPTN memasukkan duit lewat, riuh satu Negara berbunyi terutamanya dari pihak PRO MAHASISWA yang selalu mengeluarkan kenyataan itu dan ini. Apabila duit PTPTN masuk,kamilah JUARA yang mendesak supaya PTPTN memasukkan duit cepat.

MB melihat fenomena ini dan pernah melaluinya satu ketika dulu. Ini berlaku kerana MB bukan orang kaya untuk mengharapkan ibubapa MB masukkan duit. Masa itu jujurnya PTPTN la harapan MB untuk menyara kehidupan seharian.

Dari kenyataan PPP mengatakan dalam cadangan beliau ialah mengurangkan pelajar belajar di luar Negara. Apa yang MB ingin bertanya kembali, kenapa pelajar-pelajar ini dihantar ke luar Negara? Sepanjang pengetahuan MB,mereka yang belajar di luar Negara ini adalah didalam bidang-bidang kritikal ataupun bidang professional yang diperlukan Negara sebagai contohnya bidang perubatan, kejuruteraan dan lain-lain. Bagi MB PPP perlu renung lebih mendalam pasal cadangan ini. Jangan kerana pikiran sempit untuk meraih undi merosakkan Negara.

MB juga ingin memaklumkan kepada PPP bahawa kebanyakkan pelajar yang belajar di luar Negara bukan ditaja oleh kerajaan tetapi di atas tajaan orang perseorangan dan syarikat-syarikat  besar seperti SHELL, Genting dan lain-lain. Setahu MB PTPTN tidak memberi pinjaman kepada pelajar yang belajar ke luar Negara. Disini MB nak bertanya, kenapa mereka ini dikaitkan dengan PTPTN??? Jangan kerana agenda sempit sesorang, rosak satu Negara….

Pelajar Malaysia di University of New South Wales, Australia 

MB melihat kenyataan PPP ini seperti pelajar-pelajar luar Negara ini tidak menyumbang kepada Negara. Adakah PPP tidak menghargai mereka??? Sepanjang pengetahuan MB, ramai pelajar-pelajar yang belajar di luar Negara ini balik ke Malaysia dan menyumbang kepakaran mereka kepada anak bangsa terutamanya di bidang perubatan. Dikesempatan ini, MB mengucapkan terima kasih yang amat sangat kepada mereka. Berbakti seikhlas hati anak bangsa ku…..

Kecuali Fahmi Reza….

*Tunggu cerita menarik berkenaan PTPTN ini di blog ini*

:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...