KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday 4 July 2012

PKR KANTOI LAGI DENGAN KENYATAAN BANGGANGNYA!!!


MB tertarik dengan kenyataan yang dibuat iaitu mempertikaikan pemeriksaan ke atas rakyat. Salahkan pihak polis membuat pemeriksaan ke atas rakyat bagi mencegah jenayah daripada berlaku???

Pertikaian tentang statistik jenayah yang meningkat tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kepada pihak polis. Bagi mengurangkan kadar jenayah, rakyat sendiri harus membantu menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membasminya.

MB secara peribadi melihat kenyataan yang dikeluarkan ini adalah satu lagi provokasi yang cuba diwujudkan bagi menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap pihak polis. Sekiranyanya Pakatan Rakyat serius menangani kadar jenayah ini, mereka harus membantu pihak polis dan mengikut peraturan undang-undang negara yang telah ditetapkan.

MB menyeru rakyat menilai sendiri adakah dengan mengadakan BERSIH tidak menimbulkan atau meningkatkan kadar jenayah daripada berlaku? Berapa banyak kerosakkan yang telah ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat dengan mengadakan perhimpunan BERSIH??? 

Renung-renungkan k...

2 comments:

QalamQabut said...

Bukan saja menjadi tanggungjawab Polis dan lain2 badan penjaga keamanan tetapi juga kita sendiri, samaada sebagai individu, rukun tetangga, persatuan2 NGO malah semua parti2 politik sendiri. Kita bukan saja perlu berganding tangan dan bekerja sama, tetapi juga berterima kasih, menyanjung dan mengenang jasa pihak2 yang bertongkos-lomos menjaga keamanan negara kita ini. Tetapi seperti selalu, semua kekurangan dan kelemahan diletak bulat2 kepada orang lain. Tiada sedikit pun tanggungjawab itu terbeban ke bahu diri sendiri ataupun parti sendiri.

Wan Azizah tidak sedar yang keamanan dan keselamatan negara kita sebenarnya diancam oleh rakyatnya sendiri. Dia tidak memberi gambaran yang tepat dan jelas sekadar menyenaraikan tiga empat kes jenayah semasa sedangkan secara keseluruhannya kes jenayah semakin menurun, walaupun tidak seperti yang kita harapkan. Keamanan dan ketenteraman Malaysia sebenarnya digugat oleh parti pembangkang sendiri. Sebab itulah sebahagian besar tenaga dan tugas penjaga keamanan kita ditumpukan ke situ.

Menurut GlobalPeace Index 2012 (http://www.visionofhumanity.org/gpi-data/), Malaysia di kedudukan ke20, jatuh 2 anaktangga dari tahun 2011. Sebab utamanya ialah skor ‘Violent demonstrations’ naik dari 2.0 (2007)ke 3.5 (2012) manakala indikator2 lain seperti ‘Political instability’, ’Political terror’, ’Terrorist acts’ dan lain2 semuanya turun. (Sengaja saya pilih GPI kerana ianya independent dan thorough, tidak dipengaruhi atau dimanipulasi oleh Kerajaan maupun pembangkang).

Pada saya, PKR/PR yang pelopori keganasan dalam demonstrasi jalanan. Hampir setiap perhimpunan yang disertai mereka akan mencetuskan pergaduhan. Pemimpinnya bukan mengutuk kejadian2 itu malah mengapi-apikan lagi, meletakkan kesalahan kepada pihak lain, malah sanggup menuduh pihak yang menjaga keamanan pula yang melakukan keganasan.

Tindak-tanduk parti pembangkang bukan saja sengaja ingin timbulkan keresahan dan kerisauan di hati rakyat, tetapi sanggup lakukan apa saja demi mencapai cita2 mereka merampas kuasa dan memerintah negara. Mereka bagaikan memperjuangkan hak mereka tanpa mempeduli atau menghormati hak rakyat yang lain.

Jadi tidak hairanlah pihak berkuasa yang menjaga keamanan di negara ini (bukan setakat Unit Cawangan Khas saja) memberi tumpuan yang lebih kepada mereka.

Malaysia Bangkit said...

Terbaik ulasan tuan.... tq tuan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...