KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 4 July 2012

KENYATAAN YANG HARUS DINILAI!!!


Sejak Kebelakangan ini MB melihat keyakinan rakyat kepada BN kembali pulih dimana masyarakat India telah kembali menyokong barisan Nasional dan masyarakat Melayu turun kembali yakin dengan kepimpinan Dato Sri Najib. Bagi kaum Cina juga sudah menunjukkan perubahan untuk kembali mengundi BN pada PRU 13 nanti.

Jika kita mengikuti perkembangan harian PM, setiap hari bertungkus lumus PM ke sana ke mari turun ke akar umbi menyelesaikan masalah rakyat. MB pernah berjumpa secara berhadapan dengan PM pada satu majlis. Sebelum majlis yang MB hadiri ini,PM datang dari satu majlis yang lain. Dari rauk wajahnya ternyata PM kelihatan lesu kerana kekurangan rehat. MB dapat melihat betapa gigihnya PM ini memulihkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan BN.


Apa yang MB ingin mengulas disini adalah tentang musuh di dalam selimut di peringkat kepimpinan PM sekarang. Jika di analisis pergerakan Pakatan Rakyat sekarang, boleh dikatakan setiap perancangan yang telah di aturkan PM telah di ketahui oleh Bang Anwar Bin Ibrahim. Sebagai contoh banyak maklumat-maklumat sulit kerajaan telah didedahkan mereka. Malah minit mesyuarat yang mungkin ada kebenarannya turun didapati oleh mereka ini. Hal ini tidak akan terlepas ke tangan pembangkang sekiranya tiada biawak hidup yang PM pikul di dalam kementerian berkaitan.

Lebih menambahkan keburukkan ini ialah apabila pengkhianat ataupun biawak hidup ini menerima kenaikan pangkat dan diletakkan di dalam agensi yang cukup penting. Malah ada kakitangan kerajaan yang menjalankan kerja dengan penuh didikasi dan amanah telah di sekat pergerakannya dan ditukarkan ke bahagian yang tidak sepatutnya ia berada. Hal ini perlu diambil serius oleh PM bagi mengekalkan kemenangan.


Malah sangat ada kemungkinan ada pengawai khas yang rapat dengan Ketua Pengarah dan PM yang menjadi musuh di dalam selimut. Kesemua ini penting di kaji dan dianalisis kerana apa yang MB lihat hari ini dari segi ketirisan maklumat sangat membarah. 

Dari khabar-khabar angin yang MB dengar, terdapat juga bekas-bekas pelajar yang semasa di IPTA dulunya PRO Mahasiswa yang sangat aktif mengecam kerajaan di ambil bekerja di dalam kerajaan malah berada di agensi yang penting. Malah jawatan yang di sandang antaranya PTD, pegawai khas, SU khas dan sebagainya. 

Terdengar rintihan daripada jentera Aspirasi sendiri bahawa mereka ini tidak langsung diberi tempat apabila tamat pengajian. Malah terdapat ramai ahli politik yang menjanjikan pekerjaan di dalam kerajaan atas JASA mereka membantu pihak kerajaan yang mana akhirnya INDAH KHABAR DARI RUPA. Tidak dinafikan terdapat antara mereka yang di beri peluang untuk bekerja. Tetapi ada yang bekerja tetapi statusnya tidak dijelaskan seperti hanya untuk MELEPASKAN BATUK DI TANGGA.

MB disini menyeru kepada kepimpinan PM untuk menganalisis musuh didalam selimut di peringkat kepimpinan PM dan mengantikan mereka ini dengan bekas-bekas  pemimpin pelajar yang menyokong BN dan PM khususnya. Ini adalah salah satu pendekatan yang boleh digunakan bagi meraih kembali golongan muda kerana MB lihat pemimpin pelajar ini mempunyai pelbagai idea yang boleh digunakan. Tetapi biarlah mereka ini dipilih kerana kelayakkan mereka bukannya kerana campur tangan ahli politik tertentu.

Demi Agama,Bangsa dan Negara. Marilah kita bersatu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...