Bukan niat MB nak mempromosikan mereka ini. Tetapi terasa geli hati dengan sandiwara mereka ini membuatkan MB menulis artikal ini. Berapa ramai yang hadir pada speaker conner sebentar tadi? Anggaran MB tidak sampai 100orang yang datang. Itu pun di kira bersama dengan penunggu bas yang TERPAKSA mendengar tipu mereka ini.
Sandiwara apa yang mereka bakal lakukan tahun ini? Kalauntahun lepas pelbagai sandiwara dilakukan termaksud 1001 konspirasi yang akhirnya bila didesak mendedahkan bukti-bukti nyata dan saksi yang terlibat, mereka GAGAL melakukannya. Hinggakan di saat akhir mereka melakukan sandiwara Endikoup dipukul yang akhirnya didedahkan bukti oleh MB bahawa itu adalah agenda terancang mereka sendiri.
Mengelikan hati MB dalam poster ini, Kenapa Presiden PMIUM berada paling hujung sekali? Adakah ia sekadar jawatan dan dijadikan boneka oleh tangan-tangan ghaib ini? Naib presiden lebih mendahului Presiden. Ini suatu yang luar biasa.
Persoalan disini yang ingin MB timbulkan, jika mereka ini pertikaikan atau cuba mengaitkan komplot antara HEP, UMNO dan Penggerak, bagaimana komplot mereka dengan Brader Anwar Bin Ibrahim, Izzah, Rafizi, PEMUDA PAS, AMK, dan DAP serta talibarut-talibarut Syiah yang lain? Jika mereka dihalalkan komplot tersebut, bagaimana komplot yang lain?
No comments:
Post a Comment