Tahniah brader Kamarul StopAli kerana telah menarik minat MB untuk mempromosikan brader ke seluruh tanahair. MB tidak sanggup melihat mahasiswa saban hari di tipu dan diperkotak katikkan oleh kumpulan mahasiswa yang di gelarkan nama sebagai Pro Mahasiswa. Setiap tahun mereka melakukan sandiwara dan konspirasi terancang dalam memenangi Pilihanraya Kampus secara jijik.
Pada tahun 2013 ini, sandiwara yang Pro Mahasiswa lakukan ialah mengaitkan pentadbiran dan kumpulan mahasiswa yang memperjuangkan kebajikan mahasiswa dengan mereka serta memfitnah mereka ini berkomplot dengan UMNO. Begitu jahil permainan Pro Mahasiswa ini. Pro Mahasiswa ini terlupa untuk mencerminkan diri sendiri.
Mungkin ramai mahasiswa tidak sedar bahawa kumpulan Pro Mahasiswa ini telah di taja oleh Brader Anwar Bin Ibrahim dan kepimpinan PKR, PAS, DAP dan Komunis bagi mengucar kacirkan kampus-kampus di seluruh Malaysia khususnya di Lembah Klang. MB tidak gemar bila mereka ini berbicara tanpa bukti yang SAH. Segala dokumen-dokumen yang dinyatakan mampu di buat sendiri. MB yakin dan amat yakin segala dokumen yang konon-kononnya bocor itu sebenarnya dicetak sendiri bagi memfitnah pentadbiran universiti serta segelintir mahasiswa.
Jahil permainan mereka ini. Dalam artikal ini MB dedahkan Video konspirasi PRO MAHASISWA dan kepimpinan tertinggi PKR. Adakah konspirasi mereka ini dihalalkan? Anda ada jawapannya.
Lebih mengemparkan, MB telah memperolehi rakaman yang dipercayai kepimpinan tertinggi PMIUM yang sedang melaksanakan ibadat seiras-iras SYIAH. MB masih dalam proses menganalisis dan memperincikannya. Tunggu pendedahan MB nanti. Malah yang paling menarik sumber risikan MB ialah skandal diantara Pro Mahasiswa dan PMIUM yang menyebabkan perpecahan antara dua kumpulan ini yang menanti menjadi bom nuklear.
No comments:
Post a Comment