KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Tuesday, 26 February 2013

DEDAH DUIT BR1M ITU KOTOR!!!


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya agak terganggu dengan posting yang begitu angkuh berbicara perihal hak dan wang cukai yang dibayar oleh ibu bapa mereka kepada Kerajaan Persekutuan. Ya, BR1M, baucer buku itu memang duit rakyat, tetapi ia bukan duit ibu bapa kamu sahaja. Bertambah kepelikan saya melihat apabila golongan yang angkuh ini adalah majoritinya golongan bawahan atau pertengahan. Yang mungkin ibu bapa mereka sendiri terkecuali dari pembayaran cukai pendapatan

Kamu, saya, dan semua perlu ingat, sumber terbesar pendapatan negara datang dari cukai pendapatan persendirian, syarikat dan cukai petroleum. Usah terlalu angkuh walaupun pendapatan ibu bapa kamu mencecah RM 10,000 sekalipun, dengan pendapatan tahunan RM120,000 setahun setelah ditolak dengan pelbagai potongan sara diri dan keluarga (max:8000) sara anak yg masih belajar(max:4000/org) sara perubatan mak ayah yang dah tua (max:5000) potongan premium insurans yang keluarga kamu ambil lagi, KWSP, pelbagai potongan lagi. kamu fikir jumlah cukai yg kamu bayar itu besar sgtkah wahai saudara?

Saya berani kata dgn pendapatan tahunan RM120,000 setelah ditolak dengan pelbagai potongan, pendapatan itu mungkin berbaki RM90,000. Berapa kadar cukai kamu? 24% untuk 70,000 pertama. RM 7125. Campur 24% untuk 20,000 berikutnya.. Ini masih belum ditolak dgn nilai zakat. Saya hanya beri gambaran kasar buat kamu yang tak faham ekonomi tu. Tambahan, contoh yang saya beri tu, jika ibu dan ayah kamu bergaji RM10,000. Kalau jauh lebih rendah? Berbicara usah terlalu angkuh kawan.. Tuhan benci manusia yang angkuh.. Tolongla bersederhana..

Mungkin wang cukai yang kamu banggakan itu jumlah besarnya dtg dari golongan kaya raya yang cukup kamu bencikan dan selalu kamu hina-hinakan itu. Kerana kita golongan sederhana dan makan gaji nie, tak banyak pon yang kita bayar.. Teringat saya pada Siti NurHaliza, cukai pendapatan beliau mencecah jutaan ringgit. Tapi beliau tak pernah mengungkit:)

"Golongan kaya yang bersyukur itu lebih tinggi martabatnya dari golongan miskin yang sabar" kerana manfaat yang banyak dari mereka:)

Saya rasa saya miskin harta. Kamu?

P/s : buat kamu yang kurang jelas mengenai ekonomi tu, cukai yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan hanya cukai pendapatan ibu bapa kamu. Cukai tanah, cukai harta, cukai pintu tu semua untuk Kerajaan Negeri. Tak sama ye:)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...