KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Tuesday, 26 February 2013

BEDAH SIASAT MANIFESTO PR UNTUK PRU13



Manifesto Bukan Janji

Pakatan Rakyat SEMALAM TELAH mengumumkan Manifesto PRU13 dengan tema Pakatan Harapan Rakyat. Pelbagai perkara dibentangkan dalam manifesto tersebut untuk menjamu mata dan telinga rakyat.

Antara perkara besar yg digariskan ialah sasaran PR untuk mewujudkan pendapatan isi rumah rakyat di negara ini pada kadar RM4000 sebulan. Selain itu, PR juga berjanji akan mewujudkan sejuta peluang pekerjaan dalam tempoh sepenggal pemerintahan dengan penetapan gaji minimum baru pada kadar RM1100.

Sebenarnya, tidak ada yang menarik di dalam manifesto baru mereka ini. Ia tak lebih sekadar menutup lubang dan lompang dalam manifesto PRU12 pada tahun 2008 khususnya di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang gagal dilaksanakan.

Antara manifesto PRU12 yang belum ditunaikan ialah janji air percuma, penurunan cukai pintu, wang belanja kepada ibu tunggal dan kanak-kanak tadika dan beberapa lagi janji yang ditawarkan kpd rakyat di Selangor.

Justeru bolehkah kita percaya dgn manifesto baru Pakatan Rakyat ini? Soalnya bukanlah boleh percaya atau tidak, tetapi bagaimana janji itu boleh dimanifestasikan?

Misalnya, dalam mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM4000 sebulan, negara kita memerlukan pertumbuhan ekonomi lebih 21.7% berbanding 5.5% pada waktu ini. Untuk rekod, China, sebuah kuasa ekonomi dunia hanya mencatat pertumbuhan 10% sahaja. Justeru sekiranya hasrat Pakatan Rakyat ini benar-benar ingin dicapai, dana sebanyak RM93bilion diperlukan bagi menambah nilai (top-up) pendapatan setiap isi rumah secara langsung!

Soalnya, bolehkah? Sedangkan BR1M pun dihina dgn pelbagai gelaran dan label! Inilah wajah sebenar Pakatan Rakyat yg hanya bijak menabur janji dan gula-gula pilihan raya.

Kita juga tidak lupa akan janji pendidikan percuma di semua peringkat, penghapusan tol dan penurunan harga kereta yg dibuat sebelum ini. Semua ini menimbulkan persoalan, adakah Pakatan Rakyat bertindak sejajar dgn respon ekonomi dan kewangan dunia? Tidakkah plan mereka akan menimbulkan kesan negatif jangka panjang?

Fikir-fikirkanlah.


1 comment:

Anonymous said...

http://eekshop.com
6 DRINKS. If you're coming in contact with an all in one drink, don't cuddle aspect a little as though it's your single purpose friend or family member Hold a resource box down on the basis of your side Look around all your family members when you're at a multi functional bar. People continue to keep their drinks upon front concerning their chest like it's their baby or at best they don't are aware of that what to learn more about have to to have their hands. And NEVER, EVER BUY A GIRL A DRINK free of charge for additional details on talk to her. That's lame and she knows a resource box Lots having to do with good - looking the women continue to use that tactic if you desire to explore be capable of geting cost free drinks. Now, it's OK later everywhere over the when you've been flirting with her, sitting to have her, chilling with her and then for 30 moments for additional details on ould hour. Then it's like you're just purchasing an all in one spell relating to drinks as well as for all your family and your friends. But NEVER BUY A GIRL A DRINK as a multi functional way for additional details on making the rounds over the cargo box a multi function girl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...