YB Zulkefli Nordin di Ampang |
Ceramah DSAI di Shah Alam |
Pada 11 April 2012 iaitu pada hari Rabu jam 9 malam telah diadakan 2 ceramah yang pada pandangan MB sangat-sangat hebat penceramahnya. Pertama di Ampang iaitu ceramah "Auta dan Belit" oleh 2 tokoh hebat yang ditakuti oleh Dato Seri Anwar Ibrahim iaitu YB Zulkifli Nordin dan Ustaz Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) . Manakala di Shah Alam oelh Dato" Seri Anwar Ibrahim.
Kehadiran di ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim dianggarkan di antara 400 orang. Begitu juga dengan ceramah YB Zulkifli Nordin dan Ustaz Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) dianggarkan melebihi 400orang. Dari jumlah kehadirin mungkin sama bagi MB. Cuma MB tabik spring kepada YB Zulkifli Nordin dan Ustaz Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) kerana walaupun tempat ceramah yang mereka adakan jauh ke dalam dan sangat terpencil, mereka mampu menarik minat orang untuk datang mendengar apa yang mereka hendak dedahkan. MB sendiri mengambil masa lebih 1jam untuk mencari tempat tersebut. Nasib baik ramai rakyat Malaysia sudi membantu MB memberi panduan jalan ke tempat ceramah tersebut. Jika dibandingkan ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim memang diakui tempatnya strategi iaitu memudahkan orang ramai datang dan mencari tempat itu. MB rasa kalau YB Zulkifli Nordin dan Ustaz Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) yang berceramah di tempat DSAI, mahu 5x lebih hadirin daripada DSAI ceramah rasanya.
MB memang tabik spring la dengan YB Zulkifli Nordin punya penjelasan tentang auta-auta dan belit-belit yang DSAI lakukan ini. Memang A++ MB bagi. MB terharu dengan perjuangan YB serta rakan-rakan seperjuangan YB yang lain. Tahniah YB....
Disini MB ingin memberi penambahbaikkan sedikit tentang ceramah YB Zulkifli Nordin dan Ustaz Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) . Segala isi penjelasan yang YB dan Ustaz lakukan itu memang bagus. Cuma MB rasa dari segi sebaran media tentang apa yang YB dan Ustaz jelaskan itu masih belum sampai dan belum difahami oleh anak muda. Harap YB dan Ustaz dapat mencari jalan bagaimana untuk memberi kesedaran kepada anak muda.
Anda boleh melihat penjelasan yang lebih di sini .
No comments:
Post a Comment