KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday 9 May 2012

PERCANGGAHAN KEBENARAN MAJLIS PEGUAM TERKANTOI


MB mendesak pihak Majlis Peguam menjawab segala percanggahan dan persoalan yang di timbulkan oleh salah seorang ahli Majlis Peguam iaitu Mr. Ranjit Singh Dhillon. Terlalu banyak keraguan yang MB perhatikan berlaku sejak kebelangkangan ini yang ditimbulkan oleh Majlis Peguam.

MB mendesak agar Majlis Peguam menjadi satu badan yang adil dalam memartabatkan keadilan di negara ini bukan menjadi "Pak Turut" kepada Bang Anwar Bin Ibrahim serta sekutu-kutunya yang hendak menghancurkan negara. Tidak cukup lagikan Majlis Peguam melihat segala yang Pakatan Pembangkang lakukan dalam menimbulkan ketegangan dan ketidaktenteraman di negara Malaysia tercinta ini.

Ayuh Majlis Peguam bangkit mengikut landasan sebenar ia ditubuhkan. MB berharap semakin ramai ahli di dalam Majlis Peguam ini bangkit menyatakan bantahan terhadap ahli-ahli yang merosakkan nama Majlis Peguam ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...