MB mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Najib kerana berjaya memberi durian runtuh RM 1.69 bilion kepada 112,000 peneroka Felda di seluruh negara. MB merasakan betapa untungnya menjadi peneroka Felda.
Dalam suasana yang masih panas dek pengumuman ini, ternyata ia telah memberi kesan kepada Pakatan Rakyat kerana mereka telah mengeluarkan kenyataan dalam malaysiakini dengan mendesakkan kerajaan Barisan Nasional memberi RM50ribu kepada peneroka. Inilah yang dikatakan orang tidak bersyukur dengan nikmat yang dikecapi.
Satu masa dulu semasa kerajaan hendak menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH), mereka dengan lantangnya mempersoalkan dan membantah perkara ini hingga menyuruh 'kuli-kuli' mereka berdemo membantah hal ini. Tetapi hari ini mereka merintih meminta lebih pula.
MB harap peneroka-peneroka Felda di Seluruh Malaysia mula sedar tentang pembohongan yang dimainkan oleh Pakatan Pembangkang ini dan apa yang mereka cuba lakukan untuk menghancurkan negara.
No comments:
Post a Comment