Penulisan Pak Zad yang lepas ada mengulas mengenai strategi Guan Eng mengunakan perkataan "Allah" yang dicadangkan supaya BN membenarkan pengunaan perkataan "Allah" untuk digunakan didalam "bible" kristian di Semenanjung Malaysia. Pak Zad nyatakan ini satu strategi bijak Guan Eng untuk mengaturkan satu suasana "polimik" panas dikalangan masyarakat terutamanya"Melayu" dan "Islam" yang berkrisis "pemahaman" dan " ilmu"dalam menyatakan pendirian yang tepat. Guan Eng tahu "politik" melayu akan pastinya menjadi penghalang kepada "pemahaman" dan "ilmu" yang ada ,yang sepatutnya "pemahaman" dan "ilmu"menjadi benteng yang menghancurkan kenyataan dan cadangan "Guan Eng". Tetapi apa yang berlaku orang Melayu dan masyarakat Islam selama satu bulan( sejak perutusan Guan Eng sempena perayaan Krismas(25/12/2012) masih tidak bersatu dalam "pemahaman " dan "Ilmu" mengenai isu perkataan "Allah".
" Politik Melayu " bagi Guan Eng adalah strategi paling berbisa yang sedang digunakan dan ini juga adalah senjata yang paling berkesan untuk " test market " samada "melayu" boleh bersatu ataupun "melayu" akan berpecah. Oleh itu para strategi DAP sudahpun membuat analisa dan kajian apakah impak politik yang akan mereka terima kesan daripada strategi perkataan "Allah " ini. Ia itu mereka akan kehilangan "pengundi melayu dan Islam " . Tetapi akan meningkat peratusan " pengundi Cina dan bukan Islam ". Inilah pilihan yang dibuat oleh Guan Eng dan para strategist DAP,untuk cubaan melihat sendiri strategi "test market " ini. Yang jelas selama satu bulan lebih masyarakat Melayu dan pengundi-pengundi Melayu "berkonfliks pemahaman dan ilmu " yang diujudkan oleh Guan Eng dan impaknya cukup jelas melayu masih berpecah antara Melayu Pro Kerajaan dan melayu Pro Pembangkang.
Apa yang ada dalam "minda Guan Eng " ialah DAP perlu maju ke depan dan duduk di depan,bukannya kerusi penumpang. DAP perlu menjadi "pilot " dalam Pakatan Pembangkang . Ini kerana pada ketika ini mahu tidak mahu samada PAS atau PKR perlu "respect" DAP kerana DAP lebih stabil daripada kedua-dua parti tersebut. Malah dari segi pengaturan " strategi politik" nya adalah lebih kedepan daripada kedua-dua parti tersebut. Jadi tidak hairan mengapa PAS dan PKR pada masa ini sentiasa akan tunduk kepada DAP dalam semua perkara termasuk dalam isu perkataan "Allah " ini . PAS dan PKR bersetuju supaya perkataan " Allah " boleh digunakan oleh agama-agama lain. Inilah bukti bagaimana PAS dan PKR terlalu lemah dalam pakatan pembangkang ini, bagi PAS dan PKR matlamat menghalakan cara adalah sangat penting daripada mempertahankan " prinsip " dan perjuangan mereka.
Yang penting matlamat untuk ke Putrajaya harus menjadi "perjuangan" utama dan DAP buatlah apa pun PAS dan PKR akan terus menyokong, yang perlu di dahulukan ialah kemenangan dan menduduki Putrajaya. Buat masa ini DAP sudahpun menjadikan PAS dan PKR sebagai permainan "puppet" mereka. DAP lah yang mengerakkan "Puppet" tersebut . Inilah yang sebenarnya Pak Zad katakan perertian DAP sebagai "pilot" dalam Pakatan Rakyat. Strategi "test market " telah mendatangkan impak yang jelas bagaimana dalam isu-isu yang di bawa oleh DAP sebenarnya memberi kemenangan kepada DAP. Malah dalam persekitaran politik dalam negara kini juga DAP masih juga masih kedepan untuk menyaingi dengan UMNO. Maknanya lawan DAP adalah UMNO bukan nya Gerakan ataupun MCA. UMNO saja yang di takuti oleh DAP kerana strategi DAP pada masa kini terutamanya isu perkataan " ALLAH" ialah untuk "attack " UMNO bukan PAS. Tetapi oleh kerana UMNO lebih bersedia untuk melawan strategi DAP, dan PAS tidak bersedia, jadi kena jatuh terlentang lah PAS. Manakala UMNO terus melawan DAP dengan sejak 25 Dec 2012 dan peperangan ini masih berlangsung .
UMNO terus menerus "attack" DAP dengan isu "Allah",apakah ini strategi terbaik untuk UMNO ? Bagi Pak Zad , ini strategi terbaik kerana DAP bermain politik ,maka UMNO perlu bermain politik untuk berdepan dengan DAP dalam isu "Allah". Sedangkan PAS dan PKR tak mampu untuk mempertahankannya. PAS telah berpecah 2 ,kumpulan PAS bukan Ulamak ( HJ Hadi) menyokong Guan Eng dan Kumpulan Ulamak PAS (Nik Aziz) menolak Guan Eng . Bagi PKR ,mereka tunggu DSAI untuk bersuara dan apabila DSAI bersuara untuk menyokong Guan Eng, ahli PKR "terbisu" terkejut kaku. Bagi Pak Zad, ada yang tak kena dalam keadaan ini. Lojiknya tak kan strategi Guan Eng dalam isu "Allah" ,Guan Eng dan DAP nak pecahkan perpaduan Pakatan Rakyat ,sedangkan PRU 13 makin hampir. Tidak lojik perkara ini berlaku . Jadi Pak Zad rasa ada strategi besar yang sedang dirangka oleh Guan Eng,DSAI,HJ Hadi dan Nik Aziz,dengan isu yang sedang bermain ini. UMNO dan BN perlu melihat suasana ini bukan sebagai satu keadaan "mudah" tapi melihat lebih mendalam untuk melihat keadaan yang lebih sukar lagi. Pak Zad yakin strategi Pakatan Rakyat bukan isu "Allah" tapi ia hanya satu strategi "test market " mungkin untuk melihat pertahanan UMNO dan BN .
Sumber : di sini
No comments:
Post a Comment