KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Sunday 17 February 2013

TIPS JUTAWAN BERNIAGA



Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menjadi kaya bukannya dengan menjual sepotong keknya sebaliknya dengan menambah "nilai" pada sepotong keknya tersebut sebelum mampu memiliki potong kek yang seterusnya. Dalam potongan kek tersebut terdapat 3 perisa utama (MMC, Tradewinds (sebelumnya PERNAS) & DRB-HICOM), menggaji lebih 110,000 orang dan 250,000 orang secara tidak langsung. Bayangkan daripada kek yang kosong, mula dihias dengan krim, berperisa siap ada buah-buah. Kek ini sepastinya lebih mahalkan?

Menariknya, beliau peka dengan budaya dengki. Ini menyebabkan bagi urusan perniagaan, beliau melantik penama pada permulaanya. Ini juga menyebabkan nama Syed Mokhtar Bukhary tidak dikenali pada peringkat awal meskipun beliau telahpun bergelar jutawan. Sememangnya beliau sangat bersederhana dan tidak gemar menonjolkan diri, apatah lagi ditemu ramah media.

Dalam tempoh setahun dalam dunia perniagaan, Bukhary Sdn Bhd telah menguasai 25% daripada pasaran kerajaan dengan rekod pendapatan RM1.2 juta sebulan. Dalam sehari pula, beliau akan menelefon hampir 100 orang, urusan rasmi atau mendapatkan nasihat. Antara individu yang menjadi rujukan beliau sehingga sekarang ialah Tun Dr. Mahathir.

Beliau telah memasuki pelbagai bidang perniagaan seperti pengangkutan, beras, perladangan, hartanah, pembuatan dan bermacam-macam lagi. Beliau bukannya lahir daripada keluarga yang kaya, ayahnya pengembala lembu. Beliau juga daripada sebuah keluarga yang sangat mementingkan pendidikan dan agama. Buktinya, ibunya lebih berminat menghantar beliau dan adik-beradiknya ke sekolah Inggeris. Meskipun tidak cemerlang dari segi akademik (tidak menamatkan persekolahan Tingkatan 5), kejayaan beliau harini adalah sangat dikagumi.

Beliau bukan sekadar seorang ahli perniagaan yang dermawan, bahkan patriotik. Buktinya, berjaya menyelamatkan PERNAS dan PROTON untuk terus kekal membawa identiti nasional. Paling penting, beliau usahawan Bumiputera yang sama sekali alergi dengan pendekatan “Ali-Baba”. Beliau menggunakan sebaiknya laluan yang diberikan Kerajaan kepada usahawan Bumiputera.

"Pendekatan saya mudah. Jika saya hendak buat sesuatu, saya buat dulu & bercakap kemudian".

-Ringkasan Biografi Syed Mokhtar Albukhary.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...