KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday 7 February 2013

STRATEGIK JAHAT ANWAR DENGAN ABIM!!!



Syaiditina Khadijah adalah seorang isteri, ibu dan pejuang Islam malah merupakan wanita Islam yang sebenar iaitu bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran dan status tersendiri. Beliau merupakan contoh yang perlu diikuti oleh setiap kaum hawa.

Malangnya dapat di lihat hari ini kehebatan Syaiditina Khadijah telah dihancur dan dilancurkan apabila ada pihak yang memartabatkan seorang wanita yang munafik yang membela peliwat dan penzina. Malah wanita ini sanggup bersekongkol menggulingkan kerajaan bersama puak yahudi, berbohong kepada rakyat, berkata-kata kesat malah tunduk kepada sesiapa sahaja bagi memastikan kuasa berada di dalam gengaman keluarganya. Lebih malang lagi secara tidak langsung menjual agama Islam kepada yahudi dan tidak melarang anaknya membenarkan orang ISLAM murtad. Inikan wanita yang layak menerima anugerah Syaiditina Khadijah sedangkan keperibadiannya bagaikan langit dengan bumi?



Disaat masyarakat melihat ABIM telah menolak Bang Anwar Bin Ibrahim setelah bekas orang kuat ABIM yang sangat rapat dan akrab dengan Bang Anwar Bin Ibrahim telah menolaknya malah telah pergi ke pelbagai tempat berceramah mendedahkan kejahilan yang berlaku. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustaz Ismail Mina. Keyakinan ABIM bebas daripada pengaruh Bang Anwar Bin Ibrahim ternyata melayang.
Ini ternyata apabila ABIM tiba-tiba telah muncul sebagai organisasi yang kembali mengangkat darjat dan martabat Presiden PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah yang mana popularitinya telah hilang akibat perbuatan beliau yang terbukti sebagai pengkhianat kepada agama, bangsa dan tanahair. ABIM dilihat sebagai sebuah organisasi yang bakal menjadi tulang belakang Bang Anwar Bin Ibrahim ini selepas ini. Penganugerahan gelaran ini PASTI mempunyai agenda tertentu bagi memastikan agenda jahat Bang Anwar Bin Ibrahim tercapai.



Penjelasan ABIM sangat tidak masuk akal menyatakan pengiktirafan ini adalah kerana keberanian Azizah ‘menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’. Benarkah sifat dan sikap ini dimiliki Wan Azizah? Apa tindakan Wan Azizah bila Khalimah ALLAH dipermainkan? Pengedaran Kitab Bibble pada budak sekolah bertujuan menyesatkan anak-anak kecil tidak pernah dikeluarkan sebarang kenyataan oleh Wan Azizah. Tindakan mendesak anaknya menarik balik isu membenarkan orang Islam murtad pun tidak di ambil.



Penganugerahan ini sangat jelas bertujuan menarik balik SOKONGAN rakyat kepada Bang Anwar Bin Ibrahim. Awas semua. Jika perancangan ini berjaya, terdapat ramai orang-orang ABIM di dalam agensi kerajaan terutama JAKIM dan jabatan-jabatan penting di dalam kerajaan. Pasti akan ada pengkhianat yang sangat rapat dengan Perdana Menteri serta mampu mengawal pengaruh segala keputusan kerajaan.
Fikir-fikirkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...