KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday, 7 February 2013

ADAM ADLI BAKAL BERDEMO TIDAK LAMA LAGI!!!



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan.

Perdana Menteri berkata kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian.

“Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran skim tersebut di sini, Rabu.

SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.

Pelaksanaan SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar dan program luar negara.Perdana Menteri menjelaskan, melalui cara itu membolehkan ramai lagi pelajar berpeluang meneruskan pengajian dan mungkin kepada yang sebelum ini tidak mampu belajar di luar negara boleh berbuat demikian.

“Sebanyak dua buah bank akan menawarkan pinjaman iaitu Maybank dan RHB Bank dengan kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam adalah lebih rendah berbanding biasa,” katanya. Perdana Menteri berkata cara itu adalah sesuatu yang unik dan belum pernah dilakukan kerajaan sebelum ini dan beliau menaruh keyakinan skim tersebut dapat memberi faedah kepada rakyat dalam kalangan pertengahan. “Ia juga dapat menambahkan lagi bilangan pelajar menyambung pengajian di universiti terkemuka di luar negara,” katanya.

SPP1M yang dikendalikan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) menawarkan tempoh pinjaman selama 20 tahun (15 tahun pembayaran balik), faedah semasa tempoh pengajian dipermodalkan dan pembayaran balik bermula enam bulan selepas tamat pengajian atau akhir pengajian.

Sumber-Mstar Online




2 comments:

Unknown said...

Ni lagisatu budak bangsat ni. Perangai tak guna otak. Ni contoh otak macam babai. Maaf ler aku nak cakap, kalau anak aku dah lama aku kerjakan. Dia ni ingat di pandai. Ni aku nak bagi tau ni mahasiswa yang macam paandai. Kau org assignment pun buat salah, peksa pun salah jawab nak cerita pasal negara. Jangan pandai2 nak tunjuk pandai. Aku tak kira yang pro kerajaan ker atau pembangkang. Mahasiswa jangan ingat dah cukup pandai. Di luar ramai ada ijazah pertama yang banyak terkial2 kau oraang nak capai, master dan phd. Tak pun tunjuk lagak pandai. Ni aku cakap kau ingat mamat orng no satu PKR tu pandai sangat. Temberang. Otak macam tahi babi pun kau org ikut. Adam kau dengan kawan2 kau aku ingatkan jangan buat huru hara. Nanti kau rasa nak masuk kain atau perut mak kau balik atas perbuatan ikut otak macam najis babi. Kau org sedarlahhhh. KAU ORG TU BODOH LAGI.

Malaysia Bangkit said...

hahahaha...panjang lebar nya post tuan... tq... yg MB benggang tu, dia dok hasut bdk2 turun bersama dia tu. habis gadis2 yg xreti keluar malam, dh pandai dh keluar mlm. tgk saja masa tahun baru ari tu. berapa ramai mahasiswi kita keluar mlm sbb ikut puak2 ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...