KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Sunday, 9 September 2012

PRESIDEN PRO-M DILANTIK ATAS KETIDAK TELUSAN!!!


Tahniah diucapkan kepada Edikoup Lakip Sediyanto kerana berjaya menipu semua orang untuk menjadi Pengerusi Pro-M Nasional. MB berkata begitu kerana selama ini Pro-M memperjuangkan ketelusan, tetapi hari ini di konvensyen dapat dilihat tidak ada ketelusan dalam perebutan kerusi Presiden. Calon-calon sendiri telah diaturkan untuk menjadi kambing hitam yang mana sengaja diletak sebagai syarat ia berjalan seperti berdemokrasi. Sedangkan siapa YANG AKAN MENJADI Presiden telah diaturkan. Ini penipuan yang harus di jelaskan.

Peruntukan dana??? MB merasakan apa yang cuba dibawa ini adalah suatu pengaruh yang sangat negatif. Apabila melibatkan dana ini ia menjurus kearah politik wang. Adakah ini yang diperjuangkan selama ini oleh PRO-M??? MB mendengar dari seorang sahabat di selatan tanah air bahawa boleh dikatakan jentera-jentera PRO-M disebuah universiti tanahair mendapat sumbangan Smart HP. Wah... banyak betul duit jentera-jentera PRO-M sekarang walau sebagai pelajar. Jika tidak mempercayai MB, sila la check sendiri. Mungkinkah sebab itu PRO-M disana mampu bergerak lebih tangkas dari lembah klang ini. :)

Di post akan datang MB akan dedahkan kepincangan yang lebih jelas di dalam Pro- Mahasiswa ini.



1 comment:

Prince Righty 1 said...

Salam Bro.
Dalam menghentam diorang ni, kena diingat juga, Aspirasi jangan selesa. Apa-apa boleh jadi pada PRK nanti. Mahasiswa ni kadang-kadang menyokong sebelah pihak hanya kerana manifesto. Sampai sekarang, manifesto Pro-M tak ada satu pun yang selesai. Aspirasi mesti belajar dari kesilapan. Belajar dari kekalahan. Jangan terlalu ego apabila ada yang ikhlas mahu membantu. Teruskan Perjuangan. Best of Luck. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...