KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Saturday, 12 January 2013

PDRM vs GERILA PR



 
Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #KL112 mempunyai agenda tersembunyi yang cuba mengambil kesempatan melalui Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 untuk memburukkan imej polis.

Selain daripada itu, provokasi yang telah dirancang oleh pemimpin dan ahli-ahli mereka melalui media massa pro pembangkang, sms dan blogger, mereka turut mengingatkan peserta perhimpunan supaya berhati-hati dan bertindak pro aktif dengan menjadikan pihak polis sebagai sasaran.

Antara arahan yang dikeluarkan adalah supaya peserta-peserta jangan lupa mengambil gambar / rakaman seperti di bawah:

1.    Ambil gambar mana-mana anggota PDRM yang membelasah mana-mana peserta
2.    Ambil gambar mana-mana anggota PDRM yang membelasah mana-mana wartawan atau jurugambar
3.    Ambil gambar mana-mana anggota PDRM yang tidak memakai tanda nama dan nombor siri anggota polis.
4.    Ambil gambar mana-mana anggota PDRM yang memakai preman.
5.    Ambil gambar mana-mana anggota PDRM yang memakai topeng muka dan berpakaian preman
6.    Ambil gambar agen provokatur yang menghasut agar melalukan tindakan yang tidak mengikut apa yang diarahkan oleh Urusetia HKR
7.    Ambil gambar agen provokatur yang membalingkan bom asap/ gas pemedih mata jenis lempar tangan
8.    Ambil gambar mana-mana orang yang bertindak merosakkan harta awam dan vandalisma
9.    Ambil gambar mana-mana orang awam yang menggunakan kekerasan
10. Ambil gambar mana-mana orang awam yang membawa senjata (besi, kayu atau batu)
11. Ambil gambar mana-mana perkara yang nampak mencurigakan
12. Ambil gambar mana-mana peralatan telekomunikasi yang mencurigakan (mobile jammer)
13. Ambil gambar mana-mana peralatan telekomunikasi (banyak antena dan sebagainya) serta dapatkan nombor plat kenderaan tersebut
14. Ambil gambar apa-apa sahaja aktiviti yang nampak mencurigakan
15. Ambil gambar sebanyak yang boleh supaya senang dikemudian hari untuk membuat pengecaman
16. Ambil gambar dan juga video



Bagaimana melawan provokasi dan persepsi?
Siapa bakal dilihat paling berjaya dalam strategi ini?

Polis dituduh memulakan provokasi dan memusnahkan harta awam
atau
Pengajur yang mulakan dahulu?

Sekarang perlawanan antara polis vs pembangkang. Pemenangnya persepsi.

MB memperoleh makluman dalaman menyatakan bahawa Hishamudin Rais merupakan kepala pemikir yang memikirkan serta mengatur strategi bagi menunjukkan PDRM ini sangat buruk.

  

“REVOLUSI BUNGA RAYA”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...