KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Tuesday, 24 April 2012

PAS SEKUTU MAKSIAT MAHASISWA???


Jelas kelihatan di dalam video ini betapa rosak aklak generasi muda sekarang. Persoalan yang MB utarakan di sini, inikan sebenarnya perjuangan PERSATUAN MAHASISWA ISLAM cuba bawakan? Terpanah hati kecewa melihat gelagat-gelagat mahasiswa yang rata-ratanya daripada PERSATUAN MAHASISWA ISLAM yang bertudung labuh di perbodohkan oleh SMM. 

Info yang MB dapat mengatakan Unit Amal Pas pun sudah tidak sebulu dengan AMK dan mahasiswa ini tetapi terpaksa mempertahankan mahasiswa ini atas arahan individu tertentu. MB rasa sudah sampai masanya Ahli-Ahli Pas yang menjadi 'bodyguard' ini kembali ke pangkal jalan.


MB di sini menyuarakan sekali lagi bahawa sudah sampai masanya Dato' Dr Harun Din memainkan peranan untuk memperbetulkan kembali Parti Islam Semalaysia (PAS) ke jalan perjuangan yang sebenar. Adakah Dato' Dr Harun Din sanggup melihat PAS dirosakkan oleh Dato' Sri Anwar Bin Ibrahim ini?

MB merindui saat Dato' Dr Harun Din berjuang sebenar-benarnya berlandaskan perjuangan ISLAM.
MB harap Dato' Harun Din tidak diam seribu satu bahasa dengan kepincangan yang dilakukan oleh DSAI. Marilah bersama-sama dengan Dato' Hassan Ali memperbetulkan akidah umat Islam kita.

Jika mereka berganding bahu, nescaya segala kekufuran dapat di hapuskan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...