KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday, 23 April 2012

ANWAR BAKAL DI TIBAI DEPAN BELAKANG!!!!

TIBAI Anwar sebagai simbolik Pelancaran Tibai

TIBAI (TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM)

Barisan Pemimpin yang akan tentang Anwar Ibrahim Habis-habisan

MB berkesempatan untuk hadir ke Majlis Pelancaran TIBAI di Kg Baru pada 22 April 2012. Memang MB terpegun melihat sokongan rakyat terhadap TIBAI ini. MB sendiri pun sukar untuk mendapatkan tempat di dalam dewan disebabkan terlalu ramai yang hadir yang dianggarkan melebihi 5000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.




TIBAI dianggotai oleh mereka yang pada suatu ketika dulu merupakan orang-orang yang tersangat rapat dengan Anwar Ibrahim yang mana sanggup sehidup semati dan merupakan perisai kepada Anwar Ibrahim.
Namun pada masa itu mereka belum sedar wayang sebenar yang di mainkan oleh Anwar Ibrahim.


Apa yang paling MB tertarik ialah mereka ini sebenarnya antara orang-orang yang menyebabkan BN kalah teruk pada 2008. Kini mereka telah sedar akan kesilapan yang pernah mereka lakukan kerana diperbodohankan oleh insan bernama Anwar Ibrahim itu. Dan yang paling MB terharu adalah IKRAR mereka untuk menebus kembali kesalahan mereka dulu dengan mendedahkan 1001 siapa sebenarnya Anwar Ibrahim ini. Malah mereka akan turun ke negeri-negeri yang dimenangi pakatan untuk memenangkan kembali BN disana.

Pelbagai pendedahan oleh TIBAI akan didedahkan nanti. Sama-sama kita doakan perjuangan mereka ini. Agak-agak Anwar Ibrahim boleh duduk diam ke???

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...