KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday 26 April 2012

BERSIH 3.0 Komen Menteri Dalam Negeri Pada 24/4/2012


Komen Dato' Seri Hishammuddin terhadap sidang akhbar Penganjur Bersih tengah hari tadi yang mendakwa pihak DBKL, PDRM dan Menteri KDN sendiri tidak konsisten berhubung kebenaran berhimpun. Komen menteri adalah menegaskan tidak ada percanggahan kenyataan oleh pihak DBKL, PDRM dan beliau sendiri. Ternyata pihak penganjur cuba mengeliru dan mengabui mata rakyat dalam hal ini. Beliau telah nyatakan bahawa kerajaan tidak menghalang mereka untuk mengadakan perhimpunan secara aman. Isunya disini bukan kebenaran untuk berhimpun tetapi lebih kepada tempat sesuai untuk tujuan perhimpunan. Pihak DBKL sendiri telah menawarkan 2 tempat alternatif iaitu Stadium Cheras dan Stadium Titiwangsa dan hari ini saya difahamkan, pihak Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka juga telah menawarkan stadium masing-masing kepada pihak penganjur.

MB pelik dan hairan kenapa pihak penganjur BERSIH tidak mahu menerima tawaran yang menarik ini??? Secara peribadi MB mengatakan bahawa mereka tidak terima kerana jika di adakan di tempat tertutup ini mereka tidak boleh membuat provokasi seperti yang di rancang. Anda renung-renungkanlah.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...