KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday, 4 April 2013

PENDEDAHAN DEMI RAKYAT!!!




Banyak analisa dibuat oleh pelbagai pihak termasuk di luar negara merumuskan Barisan Nasional akan menang dalam PRU kali ini. Pihak pelabur juga menaruh keyakinan tinggi terhadap Barisan Nasional. Buktinya, pasaran saham tidak terjejas walau sedikit pun apabila Dato' Seri Najib Tun Abd Razak umumkan pembubaran Parlimen pada pagi tadi. Kebiasaannya, di mana-mana negara pun, jika pembubaran dibuat ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi pasaran saham. Para pelabur juga cenderung mengambil langkah berhati-hati. Tp hal ini tak berlaku di Malaysia sekaligus membuktikan keyakinan tahap tinggi pelbagai pihak terutamanya para pelabur asing terhadap demokrasi cara Malaysia yg kita amalkan di sini.

Namun begitu, jika kita telitikan corak permainan pembangkang, strategi perang psikologi mereka begitu berimpak. Sejak dari awal lagi mereka menyebarkan propaganda bahawa Pakatan Rakyat akan menang besar dan Putrajaya akan jatuh. Barisan Nasional kononnya akan kalah teruk. Terbaru, kenyataan oleh Tuan Guru Nik Aziz kononnya UMNO berada dalam keadaan yg amat tenat. Permainan-permainan sebegini pastinya akan memujuk psikologi rakyat yg kurang berfikir dan mengkaji sehingga menjadi persepsi kekal bahawa Pakatan Rakyat akan menang. Lebih dahsyat dari itu, mereka sudah pun berasakan Pakatan Rakyat sudah menang sebelum PRU 13 berlangsung lagi. Inilah salah satu bentuk perang psikologi ampuh yg dilancarkan oleh pembangkang ke atas rakyat Malaysia. Tanpa sebarang ukuran yg absah, mereka menanam persepsi tersebut hingga akhirnya menjadi satu kepercayaan dan keyakinan.





Permainan ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Dlm satu kenyataan oleh YB Nurul Izzah yg perlu kita berikan perhatian, beliau menyatakan sama ada Pakatan Rakyat menang atau kalah, revolusi tetap akan berlaku. Kenyataan ini diterbitkan ketika negara sedang kalut dgn cubaan melancarkan BERSIH 3.0 dahulu. Apakah ertinya? Kita juga perlu ambil berat dgn kenyataan Anwar Ibrahim yg sering menyeru dalam siri ceramahnya supaya rakyat berhimpun di Kuala Lumpur selepas menunaikan tanggungjawab mengundi masing-masing. Kononnya, beliau mendakwa, SPR akan mengumumkan kemenangan Pakatan Rakyat menjelang jam 7 malam pada hari 
pengundian dan seluruh penyokong diminta berhimpun di Kuala Lumpur utk meraikan kemenangan tersebut.



Apakah muslihatnya?

Pada malam sebelum tanggal 9 Januari 2012, Anwar pernah mengumpulkan sejumlah anak muda di rumahnya. Dlm pertemuan itu, Anwar telah meniupkan semangat revolusi sempena gerakan kebangkitan rakyat yg berlaku di Timur Tengah. Anwar turut membacakan puisi khususan membangkitkan semangat juang anak-anak muda di hadapannya. Malam itu diibaratkan sebagai malam keramat yg amat penting kpd Anwar sendiri. Kenapa? Ini kerana, keesokan harinya, iaitu pd 9 Januari 2012, Anwar akan hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan kes Liwat 2 membabitkan bekas pembantunya, Saudara Saiful Bukhari Azlan. Pd malam tersebut, perancangan sudah diatur dgn anggapan Anwar akan didapati bersalah dan akan dihantar ke penjara sekali lagi. Justeru, bg memastikan perkara tersebut gagal, satu gerakan revolusi akan dilancarkan dgn nama Revolusi Bunga Raya atau Revolusi 901 yg bertujuan membebaskan Anwar secara revolusi.

Dgn kuasa Allah, segala perancangan jahat tersebut akhirnya gagal dan Anwar tidak berjaya menggunakan jalan pintasnya untuk berkuasa.

Hal ini mendedahkan kpd kita akan muslihat Anwar pada hari pengundian kelak. Tujuan utama Anwar menyeru rakyat berhimpun di Kuala Lumpur sebenarnya bukanlah untuk meraikan kemenangan. Anwar tahu Pakatan Rakyat tidak mungkin akan menang dlm PRU kali ini. Justeru bg memastikan Barisan Nasional tidak kembali ke Putrajaya, satu operasi huru-hara akan dijalankan. Rakyat yg telah dihasut mempercayai bahawa Pakatan Rakyat akan menang pasti dgn mudah juga boleh dihasut utk memberontak sekiranya keputusan yg diumumkan oleh SPR kelak tidak memihak kpd mereka. Inilah strateginya.





Pertama, kita kena lihat secara logik. Adakah SPR mampu menyelesaikan pengiraan undi dgn begitu cepat bg membolehkan keputusan diumumkan seawal jam 7 petang? Tidak pernah berlaku sedemikian hal dalam sejarah negara kita. Kedua, kenapa mesti berkumpul di Kuala Lumpur, tetapi bukan Putrajaya? Jawapannya, kerana Kuala Lumpur ialah pusat tumpuan baik dlm kalangan rakyat Malaysia mahupun dunia. Jika demonstrasi, rusuhan atau revolusi dijalankan, seluruh dunia akan melihat kpd Malaysia dan ini akan membantutkan usaha Barisan Nasional utk kembali berkuasa.

Adakah kita masih boleh percaya dgn setiap kata yg terbit dari mulut Anwar Ibrahim!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...