Fahami ketiga-tiga gambar ini dari hati.
MB ingin mengajak anda semua mengimbau kembali kekecohan yang dilakukan oleh anasir-anasir BUSUK pada 29 Januari 2012 iaitu apabila Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Dato' Ibrahim Ali memberi angpow bersampul berwarna putih dalam satu majlis sambutan Tahun Baru di Kampung Baru yang terletak di Kuala Lumpur. Ketika itu masyarakat Cina bangkit mempertikaikan tindakan Presiden Perkasa itu dengan pelbagai tohmahan ketidakpuasan hati kerana menyerahkan angpow didalam sampul putih itu.
Untuk pengetahuan anda, masyarakat Cina kebiasaanya memberi angpow bersampul putih ketika upacara kematian atau pengkebumian dan bersampul merah ketika perayaan Tahun Baru. Peristiwa ini telah diperbesarkan oleh semua ahli Pakatan Pembangkang terutama dari pihak PAS dengan menghentam PERKASA dengan pelbagai tohmahan sedangkan ketika itu Presiden PERKASA sendiri telah memohon maaf kepada masyarakat Cina di atas kelemahan beliau memahami sensitiviti masyarakat Cina.
MB sendiri secara jujurnya tidak tahu bahawa sampul angpow bagi masyarakat Cina mempunyai maksud tertentu. MB pernah bertanya kepada rakan-rakan MB kaum Cina tentang perkara ini. Menurut mereka isu ini sangat kecil sahaja dan sepatutnya tidak perlu diperbesarkan kerana ia tidak melibatkan agama mereka. Itu yang MB perolehi dari rakan MB.
MB sangat terkilan kerana isu remeh itu diperbesarkan oleh pihak Pakatan Pembakang terutama daripada PAS yang menghentam dengan begitu hebat sekali ketika itu. Tetapi sehingga ke saat artikel ini ditulis, tidak ada sebarang kenyataan daripada Pemimpin PAS berhubung dengan tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa-mahasiswa didalam DEMO GAGAL pada 14 April 2012 tempoh hari walaupun ia melibatkan persoalan akidah.
MB ingin bertanya kepada SEMUA PEMIMPIN PAS, dimana perjuangan kamu di dalam ISLAM yang kamu laung-laungkan??? MB berharap Dato Dr Harun Din dapat mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan sesetengah pemimpin PAS yang melakukan tindakan biadap didalam DEMO GAGAL ini.
*Anda boleh mengikuti ulasan isu ini dengan lebih lanjut di sini.
No comments:
Post a Comment