KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday, 20 April 2012

PROVOKASI PMI DAN DALANG-DALANG KEMBALI LAGI!!!


MB ingin mengulas berhubung isu serangan yang berlaku kepada perkhemahan DEMO GAGAL yang sedang kecoh digembar-gemburkan. Dari info yang MB dapat secara tidak langsung, serangan ini dilakukan oleh geng-geng mat rempit setelah acap kali mereka ini dihina oleh Safwan WELCHA, Penari Tiang dan rakan-rakan mereka ini secara tidak langsung yang bermaksud perjuangan mereka ini lebih bagus daripada mat rempit. Kesahihan info yang MB dapat ini tidak dapat dipastikan. Apapun kita tunggu siasatan pihak polis.

MB lihat apabila berlaku perkara yang tidak diingini ini, timbul pelbagai suara-suara atau kenyataan yang tidak enak didengar. Mengapakah apabila berlaku perkara ini, anda perlu menundung jari ke UMNO dan angkatan-angkatannya? Tidak sedarkah kamu yang terlibat dalam DEMO GAGAL ini sebenarnya kamu yang mencari "penyakit" sendiri? Kamu tidak ada kebenaran dari pihak berkenaan dan boleh MB katakan disini bahawa kamu mengadakan perhimpunan haram. 

Pelbagai pihak menudung jari mengatakan PDRM tidak membantu dan tidak mengambil tindakan. MB tegaskan disini semuanya DUSTA. Ini kenyataan media yang dikeluarkan oleh PDRM :

PADA 19 APRIL 2012 KIRA-KIRA JAM 2.40 PAGI BERTEMPAT DI DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR, TELAH BERLAKU SEKUMPULAN ORANG DISYAKI LELAKI BERPAKAIAN HITAM TELAH MENYERANG ATAU MENGGANGU KUMPULAN YANG SEDANG BERADA DI DATARAN. KETIKA KEJADIAN BERLAKU TERDAPAT ( 2 ) ANGGOTA DEKTEKTIF MEMANTAU DI LOKASI KEJADIAN. ANGGOTA DEKTEKTIF TERSEBUT BERUSAHA MELERAIKAN PERGADUHAN DAN MENGALAMI SEDIKIT KECEDERAAN DI BELAKANG BADAN AKIBAT DIPUKUL OLEH PIHAK TERTENTU. ANGGOTA BANTUAN TIBA LIMA MINIT KEMUDIAN YANG TERDIRI DARIPADA ( 6 ) BUAH MPV DAN ( 10 ) ANGGOTA TUGAS AM DARI IBU PEJABAT POLIS DAERAH DANG WANGI.

SETAKAT INI SEORANG MANGSA KEJADIAN IAITU SEORANG LELAKI MELAYU TELAH MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL AKIBAT KECEDERAAN DI BAHAGIAN MATA. PIHAK POLIS TELAH MEMBUAT TANGKAPAN SEORANG LELAKI BERUMUR LEWAT 20’AN DAN TELAH DIBERI REMAN OLEH MAHKAMAH SEHINGGA 24 APRIL 2012 BAGI MEMBANTU SIASATAN.

KETUA POLIS KUALA LUMPUR MENAFIKAN TOMAHAN BAHAWA PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG BERADA DI TEMPAT KEJADIAN TIDAK MENGHIRAUKAN KEJADIAN YANG BERLAKU. SEKIRANYA PIHAK POLIS TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA MAKA AKAN BERLAKU KEJADIAN YANG LEBIH BURUK ATAU LEBIH RAMAI YANG CEDERA. TINDAKAN YANG PIHAK POLIS LAKUKAN TEPAT DAN BERJAYA MEREDAKAN KEADAAN. BERIKUTAN KEJADIAN PIHAK POLIS TELAH MENERIMA ( 6 ) LAPORAN POLIS DARIPADA PEGAWAI POLIS, PEGAWAI DEWAN BANDARAYA DAN PESERTA PERKHEMAHAN TERSEBUT. PIHAK POLIS AKAN MENJALANKAN SIASATAN TERPERINCI BERHUBUNG KEJADIAN TERSEBUT.




Kenapa pihak Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) berbohong lagi? Adakah ini hasil tunjuk ajar dari SMM dan Fahmi Komunis? Dimana nilai sebenar Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ini?

Dari pemerhatian peribadi MB sendiri ada kemungkinan besar kejadian ini telah dirancang sendiri oleh perancang utama DEMO GAGAL. Sepanjang pemerhatian MB setiap hari tidak kurang dari 200orang yang kebanyakkannya daripada AMK dan unit Amal Pas berada di dataran itu walaupun pada jam 4 pagi. Kalau MB sendiri tidak akan cari pasal kalau setakat 40orang-60orang saja kekuatan yang MB ada untuk menyerang mereka ini.

Antara persoalan yang bermain di fikiran MB, sehari sebelum itu telah kecoh provokasi yang dilakukan oleh anasir-anasir BUSUK ini mengatakan Polis akan datang meruntuhkan khemah mereka. Penuh ahli-ahli politik PAKATAN turun bagi menghalang kejadian itu. Tetapi tiada apa pun yang berlaku. Begitu juga dengan hari kejadian, ramai yang telah menanti bagi mempertahankan dataran ini. Kenapa tidak mampu tangkap 3,4orang???

Sepanjang pengetahuan MB juga, terlalu banyak kamera-kamera dan video-video yang dimiliki oleh anasir-anasir BUSUK ini yang sentiasa berada di tangan pada setiap masa bagi tujuan membesarkan provokasi yang berlaku. Ini yang Fahmi Komunis ajarkan kepada pendemo-pendemo ini. TETAPI semasa kejadian berlaku, tidak pula ada banyak video atau gambar yang di uploadkan. Mengapa??? alasan video-video dan kamera-kamera dimusnahkan bagi MB tidak logik.

Renung-renungkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...