Apa nak jadi pada anak muda Malaysia sekarang? Adakah semua mahasiswa mempunyai pendirian begini?
Persoalan MB disini, siapakah yang harus dipersalahkan dalam nilai anak muda ini? Pembinaan modal insan mahasiswa yang memiliki semangat cintakan negara telah makin menipis. Dimanakah agensi-agensi yang terlibat dan bertanggungjawab dalam memastikan semangat jati diri cintakan tanah air ini?
Jika zaman MB dahulu, sangat sensitif sekiranya maruah negara ini cuba di usik ataupun disentuh. Kini MB dapat rasakan mahasiswa sekarang walaupun bijak pandai tetapi kosong. Jiwa cintakan tanahair tercintakan tanah air hampir tiada.
MB menyeru agensi mahupun jabatan yang terlibat untuk memikirkan perkara ini dengan serius. Jangan biarkan negara ini hancur begitu sahaja. Jangan manjakan mahasiswa sekarang. Jangan jebakkan mahasiswa sekarang dengan politik murahan anda semua.
Ayuh kembalikan harga diri negara tercinta ini. Bersatulah wahai bangsa ku.
No comments:
Post a Comment