KENYATAAN MEDIA AMK MALAYSIA 6 JUN 2012
SEKATAN PENDANAAN PENGAJIAN TINGGI DI UNISEL SEBAGAI BUKTI KERAJAAN UMNO-BN MENGHUKUM MAHASISWA KERANA MENYOKONG DASAR PENDIDIKAN PERCUMA PAKATAN RAKYAT
Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia berasa kesal dengan tindakan PTPTN dan pentadbiran kerajaan BN yang menyekat pinjaman pengajian mahasiswa baru UNISEL seperti yang dilaporkan. Tindakan ini jelas menunjukan sikap zalim dan tidak profesional UMNO Barisan Nasional di dalam memberikan khidmat kepada mahasiswa dan anak muda.
Tindakan ini persis menghukum mahasiswa dan anak muda kerana menyokong dasar baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan pendidikan percuma dari pendidikan rendah hingga pengajian tinggi.
Jika benar slogan Dato Seri Najib Razak, ‘Rakyat Didahulukan’ seharusnya regim UMNO Barisan Nasional memikirkan langkah untuk mengukuhkan sistem pendanaan pengajian tinggi mahasiswa.
Namun malang rakyat Malaysia kerana berlaku sebaliknya. BN dengan rakus menghukum sokongan mahasiswa ini dan menuding tanggugjawap pendidikan ini kepada kerajaan negeri.
Biro Mahasiswa ingin menegaskan bahawa, Malaysia adalah Negara yang menjunjung perlembagaan. Di dalam Jadual 9, senarai I perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa pendidikan merupakan salah satu daripada tanggungjawap Kerajaan Persekutuan. Justeru adalah tidak adil untuk pihak BN selaku kerajaan persekutuan melapaskan tanggungjawap ini sewenang-wenangnya kepada kerajaan negeri.
Pihak kerajaan negari juga terpaksa menanggung beban dengan perlu membayar lebih RM 24 juta hasil perjanjian konsesi berat sebelah kerajaan negeri dan syarikat kroni sewaktu UMNO memegang pentadbiran Selangor.
Pihak Biro Mahasiswa ingin menegaskan bahawa tindakan zalim ini akan mengundang padah yang lebih besar dan meniup lagi kebangkitan Mahasiswa. Saya ingin menyeru dan mendesak pihak yang bertanggungjawap agar menimbang semula langkah dangkal yang dicadangkan untuk diambil dengan menyekat pinjaman kepada Mahasiswa atas alasan kerajaan BN tidak mampu menawarkan dasar pendidikan percuma yang memihak kepada rakyat.
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Pengarah Biro Mahasiswa AMK Malaysia
0133005461
MB sangat geli hati apabila kenyataan media ini. Bukankah DAP dan sekutu kuatnya Bang Anwar Bin Ibrahim beria-ia untuk memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma. Kenapa sekarang ini AMK melenting pula apabila PTPTN Unisel disekat? Berilah pendidikan percuma kepada para pelajar unisel. Untuk maklumat para rakyat Malaysia yang tercinta, Unisel adalah berada dibawah kelolaan kerajaan Selangor iaitu kerajaan Pakatan Rakyat.
MB disini mencabar DAP dan Bang Anwar Bin Ibrahim mengotakan janji-janjinya. Malah MB mendapat maklumat bahawa SMM sendiri telah melancarkan roadshow pendidikan percuma yang mana ia dihadiri oleh Khalid Syiah, Adam Tiang, Haziq dan beberapa pemimpin pelajar Unisel dan pelajar Uitm. Malah ia dihadiri oleh Pengarah Strategik PKR yang menaburkan pelbagai janji-janji madu kepada pelajar yang tak masuk dek akal.
MB ingin menyeru seluruh ahli Persatuan Mahasiswa Islam menolak SMM dan DAP serta sekutu kuatnya Bang Anwar Bin Ibrahim ini daripada memecah belahkan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia.Mari bersama MB menyampaikan kebenaran-kebenaran yang dimanipulasi dan diperbodohkan oleh mereka ini.
1 comment:
weh bodoh. PR tu yang janji boleh bagi pendidikan percuma. so? apa lagi? bagila free. xpyh nak slhkan org lain. PR terlalu takbur. PADAN MUKA BAJINGAN NI SEMUA
Post a Comment