KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 6 June 2012

KERAJAAN BANTU SIARKAN MANIFESTO DAP??? TERBAIK!!!



Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini dilaporkan berkata bahawa susulan daripada kelulusan kertas kabinet yang dibentangkan bagi menjamin kesamarataan kepada parti-parti yang bertanding, kerajaan akan membenarkan parti-parti politik menyiarkan manifesto masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang kempen PRU 13 nanti.


Walaubagaimanapun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini menegaskan bahawa kebebasan ini adalah bersyarat dan berharap jangan ada yang salah faham tentang perkara ini. Pihak RTM hanya akan buka untuk iklan manifesto sahaja supaya rakyat dapat menilai janji-janji yang ditaburkan oleh mana-mana parti yang bertanding.


MB merasakan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan hari ini adalah sangat telus dan mengharapkan rakyat dapat menilai sendiri kebenaran yang dibohongi oleh Pakatan Rakyat selama ini. MB memuji langkah terbaru yang dibuat oleh kerajaan hari ini. Dan MB mengharapkan DAP dan sekutunya tidak memainkan isu ini kerana ini adalah sesuatu yang sangat baik keterbukaan daripada pihak kerajaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...