Syukur Alhamdulillah MB di beri peluang oleh Maha Pencipta untuk datang melihat dan mendengar suatu ceramah ataupun pendedahan terkini yang dianjurkan TIBAI. Memang menarik ceramah ini kerana pendedahan yang diberikan boleh dipikirkan dengan logik akal hinggakan orang yang tidak bijak pandai pun mampu untuk memahaminya. Tahniah kepada TIBAI. Bawa ini ada beberapa keping gambar yang mana MB nak gambarkan betapa ramainya rakyat yang mula sedar pendustaan pengkhianat negara iaitu Bang Anwar Bin Ibrahim. Paling menarik kawasan ini adalah kawasan "anak papa" yang orang kata kubu kuat Bang Anwar Ibrahim.
MB datang boleh dikatakan awal juga untuk mendengar ceramah ini. Cabaran yang MB hadapi ialah kesesakkan mencari tempat kereta. MB berpikir pada peringkat awal bahawa ceramah ini tidak mendapat sambutan. Rupanya sangkaan MB meleset. Jauh MB berjalan disebabkan tempat kereta sesak dengan mereka yang datang untuk mendengar ceramah ini.
Penuh tempat duduk di dalam khemah dan luar khemah. Hadirin yang hadir MB dapat rasakan mereka puas mendengar sendiri penipuan-penipuan yang dilakukan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim ini.
Barisan Majlis Syura Tibai dapat MB rasakan begitu bersemangat malam ini disebabkan sambutan luar jangkaan masyarakat setempat. Tahniah diucapkan.
Sesi klimaks yang di dedahkan oleh Mursyidul Tibai sangat hebat hinggakan hadirin tidak berganjak dari tempat masing-masing.
Inilah Penasihat Tibai yang mana kalau tidak melihat muka dan hanya mendengar suara, orang akan pikir Bang Anwar Bin Ibrahim yang berucap. Tahniah Ezam kerana berani bersama-sama Tibai untuk melawan pengkhianat negara ini.
Kehebatan dan Semangat Juang mereka ini demi agama, bangsa dan tanah air harus di puji.
Ikuti pendedahan selanjut berkaitan ceramah ini dalam post seterusnya nanti.
No comments:
Post a Comment