KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Tuesday 25 September 2012

SIRI PENDEDAHAN KONSPIRASI PRO-M


Seperti yang maklumat yang MB perolehi, ternyata ia benar. Sedara Edikoup telah membuat laporan polis pagi tadi. Tapi sayangnya laporan tersebut telah terbukti lebih mendedahkan penipuan yang sedang dirancangkan.


Menurut laporan yang dibuat mengatakan pada jam 12malam, sedara Edikoup telah diekori dan ditahan serta telah di beri amaran. Paling menarik sedara Edikoup berkata tidak memahami apa yang mereka katakan. Beberapa soalan MB ingin bertanya kepada saudara Edikoup :

1) Bahasa apa yang digunakan sehingga sepatah pun sedara tidak fahami maksudnya?
2) Gangster tersebut bangsa apa?
3) Apa tindakan saudara selepas kejadian pertama berlaku?

Jika anda perhatikan pergerakan Pro-Mahasiswa ini, mereka sentiasa update segera setiap apa yang berlaku di semua media maya yang mereka miliki. Hasil pemerhatian MB selepas kejadian pertama tidak ada walau sepatah pun yang bermain di media maya Pro-Mahasiswa tentang kejadian itu. 

Jika anda mengikuti pergerakan Pro-Mahasiswa ini, disaat genting ini kenapakah keselamatan saudara Edikoup ini tidak dititik beratkan? Renung-renungkan.

Ada juga sumber cerita MB mengatakan yang memukul saudara Edikoup ini adalah rakan-rakan di dalam Persatuan Mahasiswa Islam(PMI) disebabkan PMI dan Pro-Mahasiswa ini berlaku pergolakkan dalaman yang semakin meruncing. Cerita ini berkata budak PMI telah membelasah Pro-Mahasiswa disebabkan kebiadapan Pro-Mahasiswa yang keterlaluan. Selepas kejadian itu mereka telah mencipta cerita ini agar ia dapat menutup isu dalaman mereka.



Cerita kepincangan dalaman ini dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh SU AGUNG yang mengatakan PMI tidak sama dengan Pro-Mahasiswa ini.  Adakah kenyataan SU AGUNG ini menuang minyak di atas api yang membara???


Persoalan-persoalan MB ini ditujukan kepada semua untuk berpikir sendiri kebenaran apa yang terjadi. MB yakin pihak Pro-Mahasiswa tidak berani menjawab persoalan ini!!!



"KONSPIRASI BERSIH KAMPUS KANTOI"

1 comment:

Anonymous said...

ceh kau tny mcm IO pulak kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...