KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday, 6 April 2012

Apa Kata Dato Seri Anwar Ibrahim pasal PTPTN?


Mari kita kaji apa yang Dato Seri Anwar dok citer sana sini tu....

MB ingin rakyat sedar tentang gula-gula madu yang anwar cuba suapkan kepada anda ini melalui beberapa pendedahan yang MB cuba kupaskan ini.

Betul ke PR akan beri pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN sekiranya PR memerintah?

Untuk pengetahuan rakyat jelata, PTPTN hanya Berjaya memungut RM2.74bilion daripada jumlah sebenar yang perlu dikutip iaitu RM6.2 bilion. Jumlah yang MB nyatakan itu adalah sehingga September 2011. Beban hutang yang terpaksa ditanggung ialah sebanyak RM3.46 bilion yang belum dilunaskan oleh peminjam. Jesteru atas budi bicara dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), PTPTN telah diberi pinjaman bagi membiayai PTPTN supaya mahasiswa-mahasiswa dapat dibantu. Jika dipikirkan secara logik, sekiranya PTPTN dibatalkan bermakna kerajaan terpaksa menanggung beban hutang dan belanja hangus RM6.2 bilion!!!

Sanggupkah PR membayar kembali hutang-hutang PTPTN yang berjaya dilangsaikan oleh para peminjam terdahulu dan sehingga kini jika mereka memerintah Malaysia nanti? MB ingin bertanya pulak, bagaimana ekonomi Negara nak berkembang sekiranya semua PR janji nak bagi free seperti tol,elektrik, air dan lain-lain?

Pesan MB, jangan kerana agenda peribadi seseorang,Negara tergadai. MB pikir kenapalah free thinkers PR boleh pikir perkara tak masuk akal ni…..???




Dulu masa Dato Sri Anwar menjadi TPM, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa. Sekarang Petronas untung RM90bilion tapi pelajar terpaksa berhutang. Boleh ke bagi pendidikan percuma???

Apa yang MB ingin nyatakan disini, semasa Dato Seri Anwar menjadi TPM, semasa itu penduduk Malaysia hanya 20-23juta orang dan IPTA hanya ada kurang 10 buah. Tetapi untuk maklumat seluruh rakyat Malaysia, sekarang ini jumlah penduduk Malaysia dah lebih 29 juta orang dan IPTA ada lebih 20 buah termasuk berpuluh-puluh IPTS antaranya KUIS, KUIN dan lain-lain. Ini bermaksud semakin ramai yang hendak belajar di IPT. Bagaimana nak roling duit keuntungan Petronas tersebut sekiranya asyik dibelanja hangus???



Sepengetahuan MB juga,  Sumber minyak negara semakin berkurangan dan Petronas terpaksa bersaing untuk dapatkan minyak dari luar. Minyak Malaysia pulak tidak sesuai dijadikan petrol. Sebaliknya hanya minyak dari Timur Tengah yang sesuai jadi petrol. Kerajaan terpaksa guna banyak duit Petronas untuk subsidi barang lain malah kerajaan juga banyak komitmen untuk pembangunan Negara bukan setakat bagi biasiswa dan dermasiswa sahaja.

Duit PTPTN yang dikutip setiap bulan digunakan sepenuhnya untuk kitar balik membayar gaji-gaji pekerja di universiti, bagi pinjaman membiayai mahasiswa-mahasiswa seterusnya dan maintenance cost  IPT-IPT seluruh negara.

Secara mudah MB ingin meminta rakyat berpikir sejenak. Macam mana bank-bank menjalankan operasinya? Melalui pinjaman yang diberikan. Sekiranya bank gagal mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan, bagaimana bank nak beroperasi? Silap-silap ramai staf akan dibuang kerja disebabkan bank-bank ini bankrap.

Selagi MB menegaskan supaya jangan kerana agenda sempit seseorang menyebabkan Negara binasa....


*Tunggu ulasan MB seterusnya* 

APA KATA PAS PASAL PTPTN?


MB disini ingin mengulas secara peribadi apa yang dikatakan oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas(PPP) iaitu Dr Zuhdi Marzuki didalam harakahdaily..  Secara keseluruhannya jelaslah bahawa dengan pemansuhan PTPTN ini, mahasiswa akan menanggung kos hidup seharian. Ini bermaksud segala perbelanjaan makan minum, buku-buku, minyak kereta dan sebagainya akan di tanggung oleh mahasiswa.  Hari ini jika dilihat pada awal semester sekiranya PTPTN memasukkan duit lewat, riuh satu Negara berbunyi terutamanya dari pihak PRO MAHASISWA yang selalu mengeluarkan kenyataan itu dan ini. Apabila duit PTPTN masuk,kamilah JUARA yang mendesak supaya PTPTN memasukkan duit cepat.

MB melihat fenomena ini dan pernah melaluinya satu ketika dulu. Ini berlaku kerana MB bukan orang kaya untuk mengharapkan ibubapa MB masukkan duit. Masa itu jujurnya PTPTN la harapan MB untuk menyara kehidupan seharian.

Dari kenyataan PPP mengatakan dalam cadangan beliau ialah mengurangkan pelajar belajar di luar Negara. Apa yang MB ingin bertanya kembali, kenapa pelajar-pelajar ini dihantar ke luar Negara? Sepanjang pengetahuan MB,mereka yang belajar di luar Negara ini adalah didalam bidang-bidang kritikal ataupun bidang professional yang diperlukan Negara sebagai contohnya bidang perubatan, kejuruteraan dan lain-lain. Bagi MB PPP perlu renung lebih mendalam pasal cadangan ini. Jangan kerana pikiran sempit untuk meraih undi merosakkan Negara.

MB juga ingin memaklumkan kepada PPP bahawa kebanyakkan pelajar yang belajar di luar Negara bukan ditaja oleh kerajaan tetapi di atas tajaan orang perseorangan dan syarikat-syarikat  besar seperti SHELL, Genting dan lain-lain. Setahu MB PTPTN tidak memberi pinjaman kepada pelajar yang belajar ke luar Negara. Disini MB nak bertanya, kenapa mereka ini dikaitkan dengan PTPTN??? Jangan kerana agenda sempit sesorang, rosak satu Negara….

Pelajar Malaysia di University of New South Wales, Australia 

MB melihat kenyataan PPP ini seperti pelajar-pelajar luar Negara ini tidak menyumbang kepada Negara. Adakah PPP tidak menghargai mereka??? Sepanjang pengetahuan MB, ramai pelajar-pelajar yang belajar di luar Negara ini balik ke Malaysia dan menyumbang kepakaran mereka kepada anak bangsa terutamanya di bidang perubatan. Dikesempatan ini, MB mengucapkan terima kasih yang amat sangat kepada mereka. Berbakti seikhlas hati anak bangsa ku…..

Kecuali Fahmi Reza….

*Tunggu cerita menarik berkenaan PTPTN ini di blog ini*

:)

Thursday, 5 April 2012

KENAPA PRO M ANTI PTPTN???

MARI KITA HAYATI VIDEO INI...


Pernahkah anda fikir sekiranya PTPTN dimansuhkan kelak nanti ramai orang terpaksa bergandai untuk menyambung pelajaran? PTPTN sebenarnya pada MB banyak membantu mahasiswa dalam menjalani kehidupan seharian. Sedarkah mahasiswa tentang itu???

Dari konsep ekonomi, masyarakat setempat mampu meraih sumber ekonomi hasil daripada perbelanjaan mahasiswa. Sebagai contoh di Perlis, rata-rata masyarakat setempat mendapat faedah daripada pembukaan UNIMAP. Mereka boleh menjana pelbagai pendapatan antaranya kereta sewa,rumah sewa dan lain-lain.

MB ingin anda semua pikir sejenak apa yang MB katakan tadi.

Wednesday, 4 April 2012

PTPTN BERGUNA???

Mari kita dengar apa kata mereka???


Wah... apa pendapat anda pulak pasal PTPTN ini? Sekiranya PTPTN dimansuhkan, adakah ibubapa kita terpaksa menanggung perbelanjaan harian kita? Bagi MB sendiri,MB tidak sanggup melihat ibubapa MB bekerja keras untuk menyara MB. Sekurang-kurangnya PTPTN ini dapat meringankan beban MB dan keluarga MB.

*Kredit kepada mereka yang menjayakan rakaman ini....

Anak Muda Kantoi di Hotel!!!




Pendedahan Dato Hassan Ali berhubung isu anak-anak bangsa sekarang, harus menjadi ingatan. MB rasa isu-isu yang didedahkan ini perlu diambil perhatian. Bukan sahaja di pihak KERAJAAN,malah dipihak PAKATAN. MB rasa sebak apabila isu-isu penting seperti ini langsung seperti tidak diperjuangkan....

Malah isu murtad turun di pandang remeh oleh DSAI. Anda boleh lihat di sini.

YES...AKHIRNYA PTPTN MANSUH!!! TAPI....




MB disini terasa panas jer telinga mendengar isu-isu pasal PTPTN ni. Sana sini ada jer kedengaran suara anasir-anasir negatif pasal MANSUHKAN PTPTN ini. Memang sedap didengar manis orang berbicara.

Sedarkah kamu bahawa melalui PTPTN ini hanya lebih kurang 0.25% sahaja yuran dipotong dan yang selebihnya membantu “MAHASISWA” dalam urusan seharian. Adakah betul PTPTN ini membebankan mahasiswa seperti yang digembar-gemburkan oleh anasir-anasir –ve ini? Memang ada anasir-anasir yang mengatakan ini DUIT RAKYAT dan HAK RAKYAT tetapi kalau dah ramai yang KERAJAAN bagi pinjaman tu, tidak berasa ia strategi yang mana adalah timba balik pemberian yang diberikan???



MB melihat mahasiswa sepatutnya fokus didalam pembelajaran untuk mencapai pointer 4.0 kerana secara automatik ia menjadi biasiswa. Kenapa mahasiswa tidak mengejar sasaran ini??? MB terkilan kerana fakta ini tidak diberitahu kepada seluruh masyarakat oleh anasir-anasir ini. Sekiranya PTPTN dimansuhkan, TIDAKKAH IA akan membebankan ibubapa untuk memberi anak-anak perbelanjaan harian mereka di UNIVERSITI?


Disini MB ingin menyatakan kenapa anasir-anasir ini sibuk menjanjikan janji-janji madu ini sedangkan mereka mampu untuk mansuhkan yuran pengajian di KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS).  MB dengar yuran di KUIS adalah antara paling mahal antara IPTS yang ada. Untuk maklumat anda semua, KUIS adalah sebuah IPTS di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang ura-uranya terlalu banyak duit dibawah PKR. Takkan untuk pendidikan percuma tak mampu nak bagi kut. Atau adakah ini hanya setakat janji-janji semasa PRU-13 hampir tiba jeeerrrr kutttt……


Tuesday, 3 April 2012

MAHASISWA TERKANTOI DAN "DIGASAK"

   
Mari kita lihat jaguh Mahasiswa sebutan ramai yang ingin menjadi JUARA.


MB suka melihat video ini. Akhirnya cita-cita atau hasrat kegeraman pada Mahasiswa ini terubat seketika.... Maaf MB katakan disini. Bagi MB, mahasiswa didalam video ini masih muda dan mentah. Kembalilah ke pangkal jalan. Jangan biarkan masa depan gelap. katanya memperjuangkan mahasiswa. Tapi disini bukan taraf mahasiswa dik untuk menjadi juara. Sedarlah dik....

LAGI JANJI GULA DITABURKAN....

Wahh....dah lama MB tak menulis artikel ni. Bukan MB taknak tulis. Cuma MB pegi pusing-pusing Malaysia jap. Hehehe.... Apa pun Jeruk Pak Ali di Peneng memang terbaik!!! :)

Baik... Dalam pusing-pusing MB ni, MB tertarik dengan satu isu yang MB nak komen skit la. MB selalu mendengar ada unsur-unsur negatif menyatakan  GOMEN bagi rasuah la dengan memberi bantuan RM500.... Mcm2 la pasal RM500 tu... Bagi MB memang bersyukur la... Besar RM500 tu...Macam-macam boleh buat. Tapi ada pemimpin tue cakap GOMEN bagi rasuah la dan macam2 la...

Dalam pusing-pusing di peneng tempoh hari, MB berkesempatan minum petang bersama beberapa orang pemimpin Pakatan... Ceq ni main nak minum2 ja kat kedai ni... Yang ampa dok citer apa yang ampa buat tu nak wat apa... Ampa dok habaq mai ampa dok bagi sumbangan RM100 kepada rakyat Pulau Pinang. Aduh... Adakah apa yang Pakatan buat ini buat rasuah juga ke???? anda boleh menjawabnya..... 

Bagaimana pulak dengan janji2 yang dimainkan oleh Pakatan sekarang ini. Pendidikan PERCUMA???? Mana diletakkan dalam buku Jingga pun.... Anda Pikirlah sendiri.

CERMIN MATA CEQ DAH KABUR....TAK PERASAN TANG MANA PENDIDIKAN PERCUMA TU......


NAK TAHU LEBIH LANJUT, BOLEH TENGOK DI SINI.

Thursday, 29 March 2012

PTPTN DIMANSUHKAN!!!






MB disini sangat tertarik dengan janji gula-gula bahawa sekiranya pakatan rakyat menang, PTPTN akan dimansuhkan. Jika dilihat memang sangat menarik minat seluruh mahasiswa khususnya yang telah menamatkan pengajian dan telah diblacklistkan oleh PTPTN. Apa pun disini MB ingin menyuarakan pendapat secara peribadi. Secara peribadi MB tidak setuju sekiranya dimansuhkan kerana ia akan menyebabkan para pelajar tidak akan rasa ada tekanan untuk belajar. Lumrah kehidupan bahawa untuk berjaya memerlukan kesedaran yang tinggi. Sekiranya tiada tekanan,  WOWWWWW.... Mahasiswa ini umpama bercuti di universiti la. Dapat duit, berjoli jer la.... Apa MB katakan ini adalah pengalaman yang MB lalui dan rasai.

Nasihat MB kepada mahasiswa, jangan terpedaya dengan janji-janji manis ini. Percaya cakap MB,apabila kamu telah melalui zaman pekerjaan nanti,kamu akan faham maksud MB. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan isu PTPTN ini, anda boleh lihat di sini dan sini serta sini.

Wednesday, 28 March 2012

Mahasiswa Terkantoi Lagi!!! Panas!!!!

Mahasiswa Terkantoi Lagi!!! Panas!!!!


MB ingin KANTOIKAN lagi berhubung dengan tuntutan daripada pihak SMM supaya membebaskan kampus universiti daripada campur tangan politik luar. Di coretan hari ini MB ini mencoret sedikit berkenaan isu mahasiswa KUIN.



Untuk rekod 5 OKT yang dituduh bersalah oleh pihak KUIN kerana 3 orang daripadanya menyertai demo menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari manakala 2 lagi hanya mengeluarkan kenyataan media agar Menteri Besar Kedah turun padang menyelesaikan masalah di KUIN , mereka digantung KUIN 1 hingga 2 semester. Setelah 5 OKT membuat rayuan, rayuan mereka ditolak mentah-mentah oleh KUIN tanpa pengurangan hukuman. Setelah Rektor KUIN dan Menteri Besar Kedah enggan menerima rayuan, maka 5 OKT memfailkan saman di Mahkamah Tinggi.

MB ingin menarik perhatian mahasiswa. Ketika perbicaraan kes ini, kehadiran tokoh terkenal dari PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Pusat, Mohd Sabu datang memberikan semangat dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Hebat sangat ke 5 OKT ini??? Memang terbaik!!! Macam mana dengan tuntutan SMM di sini ???




Yang lebih menarik perhatian MB ialah peguam yang mewakili pihak KUIN ialah peguam terkenal Karpal Singh. Manakala 5 OKT ini diwakili peguam junior je. Secara peribadi MB tertanya-tanya pada diri MB sendiri. Bukankah Karpal Singh ini selalu memperjuangkan hak kebebasan rakyat. Tetapi didalam kes ini pada pandangan MB adalah sebaliknya iaitu menyekat hak kebebasan bersuara mahasiswa KUIN selain bercanggah dengan Buku Jingga.

Dan secara peribadi juga MB rasa ada pergolakkan antara Menteri Besar dengan Pakatan Rakyat di Kedah jika dilihat kepada isu-isu kebelakangan ini. Apa pun MB menyokong penuh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak. Bagi MB mahasiswa-mahasiswa sejak kebelakangan ini banyak dipengaruhi anasir-anasir negatif. Mungkin sudah tiba masa tindakan lanjut diambil.

Keputusan kes mahasiswa KUIN ini akan diketahui pada 4 Mei nanti.

Tuesday, 27 March 2012

PANAS!!! PANAS!!! AYAHANDA KPT SUDAH BERSUARA!!!

PANAS!!! PANAS!!! AYAHANDA KPT SUDAH BERSUARA!!!


Tindakan mahasiswa Pro-M/Pro Pembangkang memberi batu nisan adalah suatu tindakan TIDAK MATANG!

Ayahanda kesayangan seluruh mahasiswa iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akhirnya telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan yang dibuat oleh pro-pembangkang tersebut sebagai TIDAK MATANG dan merupakan PUBLISITI MURAHAN.

Secara peribadi MB setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. MB begitu terkilan kerana orang yang cerdik pandai seperti mereka ini boleh bertindak dengan begitu sempit pemikiran mereka ini. LAYAKKAH MEREKA INI BERADA DI IPTA????

MB begitu berbangga memiliki seorang pemimpin seperti Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Mengapa MB berkata demikian??? Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membayangkan bahawa mahasiswa yang terlibat ini TIDAK AKAN di ambil tindakan setelah apa yang mereka lakukan. MB rasa patut maafkan mereka kerana mereka ini sebenarnya terpengaruh dengan anasir-anasir luar.

Apa yang MB maksudkan berkenaan anasir-anasir luar ini, anda boleh lihat di sini dan juga di sini.

WALAUAPAPUN MB RASA, KITA PATUT MAAFKAN MEREKA. MARI KITA NYANYIKAN LAGU INI BERSAMA.......




Cerita terbaru blogger kapak :

PRO-MAHASISWA : PENDEDAHAN PANAS!! PART 2

PRO-MAHASISWA : PENDEDAHAN PANAS!!!
PART 2….



Ini adalah sambungan daripada pendedaha sebelum ini. Sila baca di sini sebelum membaca pendedahan ini.

Pendedahan seterusnya MB akan bawakan bagaimana pelajar-pelajar baru ini didoktrinisasi dengan lebih mendalam. Pelajar-pelajar yang telah selesai mengikut Program Asas ini akan ditapis dan dinilai oleh otai-otai Pro-Mahasiswa ini samada boleh layak atau tidak untuk peringkat seterusnya. Bagi Pelajar-pelajar baru yang telah terpilih ini mereka akan menjalankan usrah yang mana Usrah ini adalah peringkat seterusnya iaitu Fasa ke 2 didalam modul pengkaderan Pro-Mahasiswa ini dan kebiasaannya ia dibahagikan kepada usrah untuk penyokong dan usrah untuk hardcore.

Didalam usrah dalam kumpulan penyokong baru ini kebiasaanya akan diketuai oleh seorang ABANG bagi kumpulan lelaki dan KAKAK bagi kumpulan wanita yang mana mereka ini lebih Senior. Fasa ke 2 ini dijalankan dengan penuh muslihat hingga ramai tidak menyedari ‘kemesraan’ dan ‘baik hati’ yang ditunjukkan oleh ‘ABANG dan KAKAK’ ini mempunyai niat dan tujuan lain. Dalam usrah yang dijalankan ini sebenarnya mereka secara halus menyemai unsur-unsur negatif supaya membenci kepada pentadbiran universiti dan Negara secara perlahan-lahan seterusnya melakukan pemberontakan. Ini terbukti dengan kewujudan demokrasi-demokrasi yang acap kali kedengaran dilakukan oleh mahasiswa Pro-Mahasiswa sejak kebelakangan ini.
Proses didalam modul Usrah ini terus berjalan dari semasa ke semasa sehingga pelajar-pelajar baru ini lengkap didoktrinkan dan skrip setiap IPTA adalah sama yang mana ia datang daripada GAMIS sebagai induk atau paying kepada PMI sebelum membentuk Jemaah baru. Penyokong-penyokong baru ini dikenalpasti dan seterusnya akan dibawa ke luar kampus bagi melaksanakan IDEOLOGI atau TUGASAN yang lebih MAHA BESAR.

DALAM EPISOD SAMBUNGAN SETERUSNYA…. MB AKAN MENDEDAHKAN BAGAIMANA PENDEDAHAN AHLI BARU INI KEPADA POLITIK LUAR KAMPUS…. WAH….KATANYA PRO-M NI TIDAK TERLIBAT DENGAN POLITIK LUAR KAMPUR KAN…. NANTI KITA SAKSIKAN K…..


Latest dari Blogger Kapak :

WAR ROOM PRO-M DIBONGKAR!!! Usrah Yang Terpesong!




PRO-MAHASISWA PENDEDAHAN TERBARU!!!

PRO-MAHASISWA : PENDEDAHAN PANAS!!!
PART 1….


Saban hari kita tertanya-tanya bagaimana Pro-Mahasiswa ini bergerak dan membentuk pengaruh. Dalam coretan hari ini MB akan mendedahkan bagaimana kaderisasi Pro Mahasiswa dibentuk. Apa yang MB dapat ulaskan gerakan ini begitu licin dan halus menyemai unsur-unsur negatif kepada mahasiswa. Kenapa MB berkata begitu??? Jom MB terangkan serba ringkas bagaimana ia berlaku.
Modul yang digunakan oleh Pro-Mahasiswa dalam membentuk gerakan ialah modul doktrinisasi dan pengkaderan yang mana penekanan disasarkan kepada kumpulan mahasiswa baru yang bersifat neutral dalam merekrut ahli baru. Otai-otai Pro-Mahasiswa yang telah dilatih akan berselindung di sebalik imej dan perwatakan yang baik bagi mendekati mahasiswa-mahasiswa baru di kampus. Dalam fasa pertama ini, Otai-otai Pro-Mahasiswa yang terlatih ini akan menumpu perhatian lokasi-lokasi atau aktiviti mahasiswa-mahasiswa baru didalam dunia universiti sebagai contoh ketika minggu pendaftaran pelajar baru. Pendekatan yang begitu halus digunakan iaitu mensasarkan kumpulan pelajar yang datang bersendirian atau bersama keluarga yang menggunakan pengangkutan awam. Otai-otai Pro-Mahasiswa ini akan menghulurkan segala bantuan yang diperlukan dan pada peringkat ini otai-otai Pro-Mahasiswa lebih kepada merapatkan perhubungan dengan pelajar-pelajar baru ini tapi pada masa yang sama mendapatkan no contact dan latar belakang pelajar-pelajar tersebut bagi memudahkan langkah-langkah seterusnya di ambil.
Pergerakan seterusnya otai-otai Pro-Mahasiswa ini ialah pengukuhan engagement melalui aktiviti kembara, interaksi, riadah dan pelbagai lagi. Program Asas dalam modul Kaderisasi ini bertujuan mewujudkan hubungan awal yang lebih kukuh dan kepercayaan dengan pelajar-pelajar baru ini. Kebiasaan Program Asas ini dilakukan diluar kampus bagi menarik minat pelajar-pelajar baru ini dan lokasi yang dipilih boleh dikatakan selalu menjadi lokasi pemimpin-pemimpin parti di luar kampus.

INI BARU PENDEDAHAN MB DI PERMULAAN…. KITA ADA SAMBUNGANNYA…. NANTIKAN SAMBUNGAN PENDEDAHAN INI DARI SEMASA KE SEMASA. PASTI HANGAT!!!

KEBENARAN SMM TERDEDAH!!!

KEBENARAN SMM TERDEDAH!!!


MB ingin mengulas satu perkara tentang tuntutan daripada SMM bagi mendapatkan kebenaran seluruh mahasiswa.Seperti yang mahasiswa ketahui pada 23 Mac 2012 lalu, seramai kira-kira 40 mahasiswa Pro Mahasiswa telah menyerahkan memorandum kepada KPT kira-kira pada jam 3.15petang. Terdapat 3 tuntutan yang diminta iaitu :

1.Menyegerakan Pilihan Raya Kampus 2012
2.Kembalikan demokrasi kampus
3.Bebaskan kampus dari campur tangan politik luar


Disini MB hanya ingin menyentuh tuntutan ke 3 iaitu Bebaskan kampus dari campur tangan politik luar. Disini MB ingin bertanya siapakah insan-insan didalam gambar ini dibawah ini:

Siapa insan yang MB bulatkan ini??? Tak tahu??? Boleh lihat di sini.


Ok... MB juga ingin mempersoalkan seorang insan ini. Secara jujurnya MB memang tidak mengenali beliau. Cuma MB tertarik sebab insan ini jika mahasiswa lihat didalam full video pasal demo ini,mahasiswa akan dapat perhatikan insan ini mengatur urus setiap pergerakan demokrasi ini. 




Sumber risikan MB yang tidak seberapa mendapati insan ini bukan calang-calang orangnya. Insan ini merupakan antara tenaga penggerak utama didalam demokrasi di Malaysia.... Dashyat.... Gerun MB mendengarnya. Apa pun MB berharap segala tuntutan yang dibuat biarlah selari dengan apa yang dilakukan.

MB disini tak kisah jika tuntutan itu baik dan memberi kebaikkan kepada mahasiswa-mahasiswa. MB pasti akan sokong. Cuma cara yang digunakan biarlah kena pada tempatnya. Jangan terpengaruh dengan anasir-anasir negatif dan mengikut telunjuk orang tertentu yang mengejar kepentingan diri sendiri. :)

Sunday, 25 March 2012

kembali memaafkan mereka demi Alif Ba Ta

kehkehkeh....dalam melayari youtube di malam hari...terjumpa video yang menarik di jiwa... nukilan daripada MB rasa yang sangat berjiwa patriotik dan cintakan keamanan..... Mari kita saksikan.....
Boleh ke kita Maafkan Mereka???
Kita hanya manusia biasa.... Marilah kita maafkan mereka dan berdoa mereka kembali ke pangkal jalan...
Kita sayangkan mereka......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...