KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 28 March 2012

Mahasiswa Terkantoi Lagi!!! Panas!!!!

Mahasiswa Terkantoi Lagi!!! Panas!!!!


MB ingin KANTOIKAN lagi berhubung dengan tuntutan daripada pihak SMM supaya membebaskan kampus universiti daripada campur tangan politik luar. Di coretan hari ini MB ini mencoret sedikit berkenaan isu mahasiswa KUIN.



Untuk rekod 5 OKT yang dituduh bersalah oleh pihak KUIN kerana 3 orang daripadanya menyertai demo menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari manakala 2 lagi hanya mengeluarkan kenyataan media agar Menteri Besar Kedah turun padang menyelesaikan masalah di KUIN , mereka digantung KUIN 1 hingga 2 semester. Setelah 5 OKT membuat rayuan, rayuan mereka ditolak mentah-mentah oleh KUIN tanpa pengurangan hukuman. Setelah Rektor KUIN dan Menteri Besar Kedah enggan menerima rayuan, maka 5 OKT memfailkan saman di Mahkamah Tinggi.

MB ingin menarik perhatian mahasiswa. Ketika perbicaraan kes ini, kehadiran tokoh terkenal dari PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Pusat, Mohd Sabu datang memberikan semangat dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Hebat sangat ke 5 OKT ini??? Memang terbaik!!! Macam mana dengan tuntutan SMM di sini ???




Yang lebih menarik perhatian MB ialah peguam yang mewakili pihak KUIN ialah peguam terkenal Karpal Singh. Manakala 5 OKT ini diwakili peguam junior je. Secara peribadi MB tertanya-tanya pada diri MB sendiri. Bukankah Karpal Singh ini selalu memperjuangkan hak kebebasan rakyat. Tetapi didalam kes ini pada pandangan MB adalah sebaliknya iaitu menyekat hak kebebasan bersuara mahasiswa KUIN selain bercanggah dengan Buku Jingga.

Dan secara peribadi juga MB rasa ada pergolakkan antara Menteri Besar dengan Pakatan Rakyat di Kedah jika dilihat kepada isu-isu kebelakangan ini. Apa pun MB menyokong penuh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul RazakBagi MB mahasiswa-mahasiswa sejak kebelakangan ini banyak dipengaruhi anasir-anasir negatif. Mungkin sudah tiba masa tindakan lanjut diambil.

Keputusan kes mahasiswa KUIN ini akan diketahui pada 4 Mei nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...