KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Tuesday, 27 March 2012

PRO-MAHASISWA : PENDEDAHAN PANAS!! PART 2

PRO-MAHASISWA : PENDEDAHAN PANAS!!!
PART 2….



Ini adalah sambungan daripada pendedaha sebelum ini. Sila baca di sini sebelum membaca pendedahan ini.

Pendedahan seterusnya MB akan bawakan bagaimana pelajar-pelajar baru ini didoktrinisasi dengan lebih mendalam. Pelajar-pelajar yang telah selesai mengikut Program Asas ini akan ditapis dan dinilai oleh otai-otai Pro-Mahasiswa ini samada boleh layak atau tidak untuk peringkat seterusnya. Bagi Pelajar-pelajar baru yang telah terpilih ini mereka akan menjalankan usrah yang mana Usrah ini adalah peringkat seterusnya iaitu Fasa ke 2 didalam modul pengkaderan Pro-Mahasiswa ini dan kebiasaannya ia dibahagikan kepada usrah untuk penyokong dan usrah untuk hardcore.

Didalam usrah dalam kumpulan penyokong baru ini kebiasaanya akan diketuai oleh seorang ABANG bagi kumpulan lelaki dan KAKAK bagi kumpulan wanita yang mana mereka ini lebih Senior. Fasa ke 2 ini dijalankan dengan penuh muslihat hingga ramai tidak menyedari ‘kemesraan’ dan ‘baik hati’ yang ditunjukkan oleh ‘ABANG dan KAKAK’ ini mempunyai niat dan tujuan lain. Dalam usrah yang dijalankan ini sebenarnya mereka secara halus menyemai unsur-unsur negatif supaya membenci kepada pentadbiran universiti dan Negara secara perlahan-lahan seterusnya melakukan pemberontakan. Ini terbukti dengan kewujudan demokrasi-demokrasi yang acap kali kedengaran dilakukan oleh mahasiswa Pro-Mahasiswa sejak kebelakangan ini.
Proses didalam modul Usrah ini terus berjalan dari semasa ke semasa sehingga pelajar-pelajar baru ini lengkap didoktrinkan dan skrip setiap IPTA adalah sama yang mana ia datang daripada GAMIS sebagai induk atau paying kepada PMI sebelum membentuk Jemaah baru. Penyokong-penyokong baru ini dikenalpasti dan seterusnya akan dibawa ke luar kampus bagi melaksanakan IDEOLOGI atau TUGASAN yang lebih MAHA BESAR.

DALAM EPISOD SAMBUNGAN SETERUSNYA…. MB AKAN MENDEDAHKAN BAGAIMANA PENDEDAHAN AHLI BARU INI KEPADA POLITIK LUAR KAMPUS…. WAH….KATANYA PRO-M NI TIDAK TERLIBAT DENGAN POLITIK LUAR KAMPUR KAN…. NANTI KITA SAKSIKAN K…..


Latest dari Blogger Kapak :

WAR ROOM PRO-M DIBONGKAR!!! Usrah Yang Terpesong!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...