KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday, 9 July 2012

PENIPUAN PKR TIDAK BERJAYA!!! FAKTA DIDEDAHKAN!!!


MB ingin berkongsi satu komen yang di tulis oleh sahabat MB iaitu Saudara QalamQabut yang dikomennya pada pos di sini. Pendedahan pembohongan PKR yang MB rasakan seperti kebudak-budakkan. Mari kita kaji dan lihat kebenaran apa yang sahabat MB katakan ini.

Bukan saja menjadi tanggungjawab Polis dan lain2 badan penjaga keamanan tetapi juga kita sendiri, samaada sebagai individu, rukun tetangga, persatuan2 NGO malah semua parti2 politik sendiri. Kita bukan saja perlu berganding tangan dan bekerja sama, tetapi juga berterima kasih, menyanjung dan mengenang jasa pihak2 yang bertongkos-lomos menjaga keamanan negara kita ini. Tetapi seperti selalu, semua kekurangan dan kelemahan diletak bulat2 kepada orang lain. Tiada sedikit pun tanggungjawab itu terbeban ke bahu diri sendiri ataupun parti sendiri.

Wan Azizah tidak sedar yang keamanan dan keselamatan negara kita sebenarnya diancam oleh rakyatnya sendiri. Dia tidak memberi gambaran yang tepat dan jelas sekadar menyenaraikan tiga empat kes jenayah semasa sedangkan secara keseluruhannya kes jenayah semakin menurun, walaupun tidak seperti yang kita harapkan. Keamanan dan ketenteraman Malaysia sebenarnya digugat oleh parti pembangkang sendiri. Sebab itulah sebahagian besar tenaga dan tugas penjaga keamanan kita ditumpukan ke situ.

Menurut GlobalPeace Index 2012 (http://www.visionofhumanity.org/gpi-data/), Malaysia di kedudukan ke20, jatuh 2 anaktangga dari tahun 2011. Sebab utamanya ialah skor ‘Violent demonstrations’ naik dari 2.0 (2007)ke 3.5 (2012) manakala indikator2 lain seperti ‘Political instability’, ’Political terror’, ’Terrorist acts’ dan lain2 semuanya turun. (Sengaja saya pilih GPI kerana ianya independent dan thorough, tidak dipengaruhi atau dimanipulasi oleh Kerajaan maupun pembangkang).

Pada saya, PKR/PR yang pelopori keganasan dalam demonstrasi jalanan. Hampir setiap perhimpunan yang disertai mereka akan mencetuskan pergaduhan. Pemimpinnya bukan mengutuk kejadian2 itu malah mengapi-apikan lagi, meletakkan kesalahan kepada pihak lain, malah sanggup menuduh pihak yang menjaga keamanan pula yang melakukan keganasan.

Tindak-tanduk parti pembangkang bukan saja sengaja ingin timbulkan keresahan dan kerisauan di hati rakyat, tetapi sanggup lakukan apa saja demi mencapai cita2 mereka merampas kuasa dan memerintah negara. Mereka bagaikan memperjuangkan hak mereka tanpa mempeduli atau menghormati hak rakyat yang lain. 

Jadi tidak hairanlah pihak berkuasa yang menjaga keamanan di negara ini (bukan setakat Unit Cawangan Khas saja) memberi tumpuan yang lebih kepada mereka.





TQ SAHABAT!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...