KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Tuesday 10 July 2012

PERANCANGAN JAHAT PAKATAN KANTOI LAGI???


Menyirap darah MB bila mendapat khabar berita daripada sahabat MB yang berada berhampiran JPM petang tadi apabila sahabat MB memberitahu beliau balik ke pejabatnya berhampiran JPM setelah selesai mesyuarat dan lunch dikejutkan oleh amukan pasangan ala-ala ninja yang mana rupanya seorang blogger.

Agak lambat MB update cerita ini disebabkan MB berada di luar kawasan liputan internet hari ini. Apapun yang bermain di fikiran MB adakah ini satu lagi rancangan terancang yang di aturkan bagi menimbulkan kegelisahan di hati rakyat Malaysia tercinta ini???

Secara peribadi MB merasakan ia satu perancangan jahat yang cuba mengugut kakitangan awam supaya tidak menyokong kepimpinan PM sekarang setelah majoriti kakitangan awam sekarang telah mula kembali menyokong kepimpinan Dato Sri Najib. MB ingin mengajak rakan-rakan merenung dan berpikir, apa akan terjadi sekiranya BN kalah di dalam PRU 13 nanti??? Adakah negara akan aman atau sebaliknya??? Pikir-pikirlah....

Untuk mengetahui cerita ninja ini, anda boleh baca di sini , sini , dan di sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...