KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday, 9 July 2012

KEPINCANGAN SMM DIKANTOIKAN LAGI!!!


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang kini menjadi tempat maki hamun pelbagai pihak sebagai punca kerosakkan akhlak anak muda serta pergaulan bebas lelaki dan wanita bergolak lagi apabila terdapat kempimpinan gabungan yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan Majlis Kepimpinan baru yang diketuai oleh Safwan Anang.


Penglibatan aktif kepimpinan SMM ini secara aktif di dalam ranjang politik kepartian kebelakangan ini dilihat sebagai menjadi penyumbang utama lucutnya imej non partisan dari setiap individu yang bergelar mahasiswa. Malah dengan ini kejahilan dan penipuan SMM dalam mendapatkan sokongan anak muda telah terbongkar. Dahulunya SMM menjadi juara menyuarakan bantahan campur tangan politik di dalam kampus tapi kini bergiat aktif menarik ahli politik pembangkang masuk ke dalam kampus.Malah SMM sanggup melakukan perbuatan keji dengan mengkalungkan bunga kepada gambar pemimpin dan menyediakan batu nisan. 


Secara peribadi MB menyatakan sebenarnya mahasiswa-mahasiswa sentiasa menghormati hak setiap individu tersebut di dalam politik kepartian. Tetapi mahasiswa tidak dapat menerima apabila apa yang dikatakan tidak dikotakan iaitu TIADA CAMPUR TANGAN POLITIK seperti yang diperjuangkan. Apa yang paling terkilan apabila Kepimpinan SMM ini menjadi kuda yang ditunggani oleh Bang Anwar Bin Ibrahim demi kepentingan peribadinya.

Perpecahan didalam SMM semakin membarah!!! Ini terbukti apabila GAMIS yang merupakan barisan terbesar di dalam SMM telah berpikir untuk keluar daripada SMM akibat konflik yang berlaku selepas demontrasi Mansuhkan PTPTN tempoh hari yang mana kerosakkan akhlak sangat teruk berlaku hasil daripada didikan Fahmi Komunis. Malah turut berlaku pergaduhan merebut kekasih semasa perkhemahan GAGAL tersebut berlangsung. Kepincangan ini terbukti apabila Persatuan Mahasiswa Islam bertindak memulaukan kongress Gerakan Mahasiswa Nasional ke-4 baru-baru ini. Itu kebenarannya. Kepincangan ini seperti biasa cuba ditutupi oleh kepimpinan ahli politik pembangkang dan SMM sendiri dengan mewujudkan wave di twitter yang menyatakan kongress ini SANGAT BERJAYA. 

Bahkan kepimpinan SMM sendiri mempunyai EGO tersendiri malah sangat taksub dengan individu tertentu. Kepimpinan ini berlumba-lumba untuk menjadi calon di dalam PRU akan datang setelah ADAM TIANG telah di tolak sebagai calon disebabkan seluruh rakyat Malaysia mengkeji dengan tindakan biadapnya.

Sudah sampai masanya MB merasakan Persatuan Mahasiswa Islam membentukkan kembali akhlak dan akidah mahasiswa yang telah terpesong jauh akibat sandiwara yang dimainkan oleh SMM yang dipengaruhi oleh Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Sudah sampai masanya PMI duduk bersama Aspirasi dalam mencari pendekatan terbaik bagi menjaga keharmonian kampus dan negara. MB mengharapkan PMI dan Aspirasi mencari titik persefahaman bersama. Islam tidak mengajar umatnya untuk bermusuh. 

Bersatulah...






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...