MB sedih apabila seseorang itu terlalu taksub dengan partinya hingga lupa pada agama. Penjelasan oleh Dato Hassan Ali sejak kebelakangan ini di lihat menjadi ketakutan oleh pemimpin-pemimpin DAP dan seterunya. Malah pemimpin PAS sendiri sudah tidak senang duduk apabila dikantoikan oleh Dato Hassan Ali ini hinggakan sanggup mengeluarkan kata-kata seperti di dalam video di atas. Fikir-fikirkanlah...
1 comment:
Bagi diri aku, apa yang dapat aku fahamkan ialah seminggu dua lagi, Hasan Ali akan hilang taringnya sebagai seorang ahli politik. Aku andaikan Abu Bakar Husin ini menjangka PRU13 akan dijalankan tidak lama lagi. Abu Bakar berpendapat Hasan Ali tidak akan menyertai UMNO/BN dan harapannya untuk menang sebagai calon bebas tipis sekali. Atas pendirian itulah Abu Bakar tidak mahu menjawab persoalan2 yang ditimbulkan Hasan Ali. Dia sudah tidak relevan lagi, biarlah luncai terjun dengan labu2nya.
Aku buat andaian mudah ini kerana Abu Bakar boleh nafikan tuduhan yang mengatakan dia mendoakan Hasan Ali biar mati cepat(?) dengan cukup mudah sekali. Adakah kelihatan dia berdoa? Adakah dia sambung kata2nya sambil mengajak hadirin menziarahi jenazah atau cerita2 lain yang berkaitan dengan kematian? Dimanakah kata2 atau perbuatannya yang ditafsirkan sebagai mendoakan sesuatu yang buruk…
Memang kita boleh berhujah panjang, mengeluarkan berbagai teori, mencungkil sejarah antara mereka berdua ataupun perangai ulamak PAS yang bercakap tanpa berlapik. Tetapi jika orang yang mengucapkan kata2 itu menafikannya dengan alasan mudah yang aku beri di atas, tiada siapa yang boleh pertikai. Hanya dia yang tahu maksud sebenar kata2nya itu. Perlu diingat juga ulasan aku ini berdasarkan video klip yang berdurasi 1 minit itu.
Oleh itu aku rasa tidak adil untuk kita buat satu tuduhan yang melulu, menterjemah kata2nya mengikut fahaman kita sendiri. ‘Riwayat’ bukan sekadar bermaksud usia sahaja.
Post a Comment