KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 13 February 2013

KEBENARAN SEBENAR FITNAH GM13 YANG PERLU DIKETAHUI


Hari ini dapat di dengari antara fitnah yang di bawa oleh kuda-kuda anak muda tungangan Bang Anwar Bin Ibrahim ini menyatakan mahasiswa di universiti hidup tersesak dengan kos sara hidup yang tinggi. Malah kesempitan wang yang kritikal menyebabkan mahasiswa terpaksa bekerja sambilan. Ini menyebabkan mahasiswa tidak cukup berehat dan hadir ke kuliah dengan suasana muram, mengantuk dan tidak mampu fokus di dalam pembelajaran di kuliah.

MB menyatakan ini semua bohong dan fitnah yang sengaja diadakan oleh puak-puak Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Lantas MB turun ke lapangan untuk mendengar sendiri masalah yang di hadapi oleh mahasiswa. Ini antara punca yang MB telah kenal pasti yang sangat ketara berlaku :


1) Membeli kereta dengan tujuan mudah untuk bergerak serta menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang ada.


2) Terlalu mengikut kemajuan zaman untuk membeli gadjet-gadjet terbaru walaupun harganya sangat mahal. Mengikut kajian beberapa pihak menunjukkan lebih daripada 50% mahasiswa menggunakan PTPTN untuk membeli telefon bimbit dan kamera apabila pinjaman di perolehi pada setiap semester. 


3) Mahasiswa terpengaruh untuk menjadi kaya secepat mungkin setelah melihat rakan-rakannya mengecapi kemewahan melalui perniagaan MLM yang ada di antaranya memerlukan modal beribu ringgit.

MB ingin bertanya kepada ibu bapa dan seluruh mahasiswa, adakah yang menyebabkan mahasiswa hari ini berada di dalam kesempitan adalah disebabkan oleh kerajaan? Adakah kerajaan memaksa mahasiswa hari ini membeli kereta, gadjet-gadjet dan menyertai MLM?

Percaya dan percayalah bahawa segala yang diceritakan oleh puak-puak GM13 ini adalah fitnah semata-mata!!! Mereka ini tidak langsung mewakili suara mahasiswa!!! Mereka ini dijadikan alat oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi mencapai cita-cita peribadinya.


*Revolusi Bunga Raya*

MB DEDAHKAN PERANCANGAN EKSAN DI PUKUL!!!

Ingatan MB tentang penipuan Edikoup yang telah MB kantoikan semasa Pilihanraya Kampus tahun lepas masih segar di dalam ingatan MB. Bagi mereka yang telah lupa tentang cerita tersebut, mari MB imbauan kembali cerita tersebut. Masa Pilihanraya Kampus yang lepas, MB mendapat berita bahawa terdapat perancangan jahat di mana Edikoup telah merancang mengarahkan beberapa orang memukul dirinya bagi mendapatkan simpati mahasiswa. Malangnya perancangan tersebut telah berjaya MB gagalkan setelah mendapat sumber dari pihak dalaman.


Pada 12hb Febuari 2013, sekali lagi perancangan firaun mereka ini dijalankan. Kali ini Ehsan Bukhari yang dijadikan mangsa. Kecoh satu negara mereka fitnah mengatakan ini perbuatan UMNO dan arahan Dato Seri Najib.  


Lihatlah wajah mangsa yang tidak mampu melakonkan watak kesakitan. Dengan wajah gembira menceritakan bahawa lakonan dan penipuan sedang berjalan. 


Mari MB ulaskan laporan yang telah di buat oleh mamat gay firaun ini. Jika dahulu lakonan Edikoup menyatakan tidak dapat mengenal pasti no pendaftaran yang digunakan. Pada masa itu Edikoup berseorangan. TETAPI dalam kes mamat gay firaun ini melihatkan 3orang yang terlibat. Tidak logik ketiga-tiga tidak lihat no pendaftaran kenderaan yang terlibat memukul mereka ini. Malah MB difahamkan GM13 dilengkapi dengan kamera-kamera canggih bagi merakamkan segala yang terjadi. Mana gambar-gambar kejadian yang berlaku???

Percaya dan percayalah wahai Mahasiswa dan rakyat sekalian!!! Ini adalah satu penipuan yang telah dirancang bagi mengaibkan kepimpinan Perdana Menteri. Selepas ini MB akan ulaskan pendedahan yang lebih menarik tentang maklumat dalaman yang sangat sulit yang berlaku di dalam GM13 ini.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Friday, 8 February 2013

IKLAN NAJIB INI MEMBUATKAN ANWAR TERDUDUK


MB sangat gembira melihat kelainan ucapan tahun baru cina daripada Perdana Menteri pada tahun ini.
Diharapkan para sahabat-sahabat dapat like video ini kerana ada gerakan daripada puak-puak Bang Anwar Bin Ibrahim yang nak terminate kan video ini daripada Youtube.

KARPAL DI TAMPAR HARUN DIN DALAM KHUTBAH




Bukan Islam di Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan kalimah Allah, demikian penegasan untuk kali kedua Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
 
"Saya selama-lamanya akan pertahankan kalimah Allah...tak akan reda sama sekali kalimah itu diletak (menggantikan 'God' dalam Bible versi bahasa Melayu).
 


"Boleh jatuh syirik dan (sesungguhnya) Allah tak ampunkan dosa orang yang lakukan syirik," katanya memetik laporan Berita Harian. 

Untuk rekod isu kalimah Allah dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas tahun lalu apabila beliau mendesak kerajaan pusat membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
 
Keputusan Guan Eng ini pada mulanya disokong oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat namun selepas bermesyuarat pada 14 Januari lalu, Majlis Syura Ulama PAS telah menolak keputusan tersebut.
 
Keadaan ini menambahkan kerumitan kepada DAP apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan kepimpinan tertinggi DAP tidak pernah bersetuju dan menerima keputusan Majlis Syura PAS berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
 
Malah pemimpin veteran DAP itu turut menyanggah Majlis Syura yang tidak sepatutnya berpegang kepada keputusan kalimah Allah hanya untuk orang Islam kerana ia bercanggah dengan hasil mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR.


sumber disini

Thursday, 7 February 2013

NIK AZIZ MENJANDAKAN ABBY ABADI


MB tertarik untuk mendengar jawapan daripada ABBY ABADI tentang kenyataan Nik Ajis ni.

Fikir-fikirlah.

HADI AWANG DI PECAT MAJLIS SYURA


Tertarik melihat tindakan tidak berperikemanusiaan yang di ambil ke atas Nasaruddin apabila digugurkan dari Majlis Syura Ulama PAS tanpa diberi surat tunjuk sebab atau peluang membela diri. MB berpendapata Majlis Syura Ulama PAS sangat wajib memberi surat tunjuk sebab kepada Presiden PAS iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas dakwaan melanggar disiplin parti. Ini sangat penting bagi memulihkan sokongan akar umbi yang telah bekerja keras memperjuangkan memartabatkan ISLAM.

Sangat jelas tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencerminkan penghinaan kepada Majlis Syura Ulama PAS kerana tindakannya mendahulukan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu penggunaan Khalimah ALLAH amat bertentangan dengan dasar serta polisi parti. Malah MB berpendapat mana-mana pemimpin PAS yang membenarkan Khalimah ALLAH digunakan oleh orang bukan Islam sebelum mengubah kembali keputusan berkenaan selepas fatwa Majlis Syura membuat keputusan juga harus dikenakan tindakan yang sama ataupun dipecat.



Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut masih bermain wayang bersama Nik Ajis apabila secara tidak langsung masih cuba mengatakan Khalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan ISLAM dengan pelbagai kenyataan yang berbelit-belit. MB menegaskan sudah sampai masanya Abdul Hadi Awang dan Nik Ajis mengundur diri daripada PAS memandangkan “rumah kata pergi,kubur kata mari”.
Fikir-fikirkan.


STRATEGIK JAHAT ANWAR DENGAN ABIM!!!



Syaiditina Khadijah adalah seorang isteri, ibu dan pejuang Islam malah merupakan wanita Islam yang sebenar iaitu bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran dan status tersendiri. Beliau merupakan contoh yang perlu diikuti oleh setiap kaum hawa.

Malangnya dapat di lihat hari ini kehebatan Syaiditina Khadijah telah dihancur dan dilancurkan apabila ada pihak yang memartabatkan seorang wanita yang munafik yang membela peliwat dan penzina. Malah wanita ini sanggup bersekongkol menggulingkan kerajaan bersama puak yahudi, berbohong kepada rakyat, berkata-kata kesat malah tunduk kepada sesiapa sahaja bagi memastikan kuasa berada di dalam gengaman keluarganya. Lebih malang lagi secara tidak langsung menjual agama Islam kepada yahudi dan tidak melarang anaknya membenarkan orang ISLAM murtad. Inikan wanita yang layak menerima anugerah Syaiditina Khadijah sedangkan keperibadiannya bagaikan langit dengan bumi?



Disaat masyarakat melihat ABIM telah menolak Bang Anwar Bin Ibrahim setelah bekas orang kuat ABIM yang sangat rapat dan akrab dengan Bang Anwar Bin Ibrahim telah menolaknya malah telah pergi ke pelbagai tempat berceramah mendedahkan kejahilan yang berlaku. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustaz Ismail Mina. Keyakinan ABIM bebas daripada pengaruh Bang Anwar Bin Ibrahim ternyata melayang.
Ini ternyata apabila ABIM tiba-tiba telah muncul sebagai organisasi yang kembali mengangkat darjat dan martabat Presiden PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah yang mana popularitinya telah hilang akibat perbuatan beliau yang terbukti sebagai pengkhianat kepada agama, bangsa dan tanahair. ABIM dilihat sebagai sebuah organisasi yang bakal menjadi tulang belakang Bang Anwar Bin Ibrahim ini selepas ini. Penganugerahan gelaran ini PASTI mempunyai agenda tertentu bagi memastikan agenda jahat Bang Anwar Bin Ibrahim tercapai.



Penjelasan ABIM sangat tidak masuk akal menyatakan pengiktirafan ini adalah kerana keberanian Azizah ‘menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’. Benarkah sifat dan sikap ini dimiliki Wan Azizah? Apa tindakan Wan Azizah bila Khalimah ALLAH dipermainkan? Pengedaran Kitab Bibble pada budak sekolah bertujuan menyesatkan anak-anak kecil tidak pernah dikeluarkan sebarang kenyataan oleh Wan Azizah. Tindakan mendesak anaknya menarik balik isu membenarkan orang Islam murtad pun tidak di ambil.



Penganugerahan ini sangat jelas bertujuan menarik balik SOKONGAN rakyat kepada Bang Anwar Bin Ibrahim. Awas semua. Jika perancangan ini berjaya, terdapat ramai orang-orang ABIM di dalam agensi kerajaan terutama JAKIM dan jabatan-jabatan penting di dalam kerajaan. Pasti akan ada pengkhianat yang sangat rapat dengan Perdana Menteri serta mampu mengawal pengaruh segala keputusan kerajaan.
Fikir-fikirkan.

ADAM ADLI BAKAL BERDEMO TIDAK LAMA LAGI!!!



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan.

Perdana Menteri berkata kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian.

“Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran skim tersebut di sini, Rabu.

SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.

Pelaksanaan SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar dan program luar negara.Perdana Menteri menjelaskan, melalui cara itu membolehkan ramai lagi pelajar berpeluang meneruskan pengajian dan mungkin kepada yang sebelum ini tidak mampu belajar di luar negara boleh berbuat demikian.

“Sebanyak dua buah bank akan menawarkan pinjaman iaitu Maybank dan RHB Bank dengan kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam adalah lebih rendah berbanding biasa,” katanya. Perdana Menteri berkata cara itu adalah sesuatu yang unik dan belum pernah dilakukan kerajaan sebelum ini dan beliau menaruh keyakinan skim tersebut dapat memberi faedah kepada rakyat dalam kalangan pertengahan. “Ia juga dapat menambahkan lagi bilangan pelajar menyambung pengajian di universiti terkemuka di luar negara,” katanya.

SPP1M yang dikendalikan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) menawarkan tempoh pinjaman selama 20 tahun (15 tahun pembayaran balik), faedah semasa tempoh pengajian dipermodalkan dan pembayaran balik bermula enam bulan selepas tamat pengajian atau akhir pengajian.

Sumber-Mstar Online




RASUAH TERBESAR BN KATA ANWAR

Sebanyak 420,000 keluarga di seluruh Malaysia telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 210juta sejak pembayaran itu diagihkan sabtu lalu hingga semalam. Menurut kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hamadzlah berkata, Jumlah penerima itu adalah sebahagian daripada tujuh juta borang permohonan yang telah diterima oleh pihaknya.



Pembayaran BR1M 2.0 ini dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga 28Febuari  2013 yang melibatkan perdaftaran sehingga 31 Disember 2012. Pendaftaran selepas tarikh tersebut akan diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Mengikut rekod pendaftaran BR1M 2.0 ini, seramai 1.8juta yang memohon adalah daripada golongan bujang manakala 4.8juta pula bagi isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah.

Terdengar daripada pihak pembangkang yang menyatakan BR1M ini telah membazirkan wang rakyat dan pakar ekonomi murahan mereka berkata supaya peruntukan BR1M ini sepatutnya digunakan untuk menurunkan harga minyak. MB ini jelaskan disini bahawa BR1M ini bertujuan untuk membantu golongan rakyat berpendapatan sederhana di bawah RM3000. Malah BR1M ini dapat mencairkan aliran wang di dalam negara. Wang yang diberikan tersebut akan kekal mengalir di dalam Malaysia malah ia dapat meningkatkan pendapatan ekonomi masyarakat setempat.



PASUKAN YANG DAP PALING TAKUT!!!


Inilah konstable Mohd Suhaimi Bin Razak yang terlibat di dalam penangkapan Bentong Rambo. Bentong Rambo merupakan perogol bersiri yang telah dikenakan hukum penjara 115 tahun semalam. 

Tidak ramai yang memahami jasa pasukan Polis Diraja Malaysia dalam mencegah jenayah yang berlaku di dalam negara. Jika di perhatikan sejak kebelakangan ini provokasi yang dilakukan oleh puak Bang Anwar Bin Ibrahim mencerminkan bahawa pasukan PDRM ini sangat jahil orangnya. Pelbagai kata-kata nista di keluarkan oleh puak-puak Bang Anwar Bin Ibrahim terutamanya DAP setiap masa. Semasa demontrasi yang dijalankan dapat dilihat provokasi yang di reka bagi menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pasukan PDRM. MB memberi amaran keras kepada puak-puak Bang Anwar Bin Ibrahim ini supaya jangan bangkitkan amarah pasukan PDRM di dalam demotransi yang di adakan kerana ia akan menyebabkan perpecahan di dalam masyarakat.

MB menyeru kepada seluruh rakyat menghormati dan menyakini Pasukan PDRM dalam membasmi jenayah dan mengekalkan ketenteraman awam di Malaysia tercinta ini. Pasukan PDRM ini sebenarnya mempunyai risiko yang sangat hebat di dalam melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan.Keberanian Konstabel Mohd Suhaimi Bin Razak ini serta Pasukan PDRM harus dipuji. Semoga Konstable Mohd Suhaimi Bin Razak cepat sembuh. Sama-sama kita doakan.

Untuk mengetahui cerita lanjut, sila lihat di sini.

Wednesday, 6 February 2013

AWAS!!! PENGKHIANAT TERSEMBUNYI


Anggota parti dinasihatkan agar tidak membenarkan mana-mana pihak yang tidak berkaitan masuk ke markas masing-masing.

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata markas yang dibuka perlu sentiasa diawasi dan segala maklumat yang ada tidak akan dibawa keluar.

"Kita harus sentiasa berwaspada kerana kita tidak mahu segala maklumat dan perancangan yang direncanakan diketahui oleh pembangkang," katanya ketika ditemui selepas melawat markas daerah mengundi Gadong dekat sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Ketua Umno Sipitang Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun dan Ketua Markas Daerah Mengundi BN Gadong Maaruf Juslim.

Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata amat membimbangkan jika maklumat itu diketahui oleh pembangkang kerana ianya akan diputar belit. Katanya apabila maklumat itu diputar belit sudah tentu ianya akan mengelirukan rakyat "dan akhirnya rakyat dikelirukan oleh pembangkang."

"Kita tidak mahu perkara itu berlaku kerana ketika ini pun pembangkang sudah memutar belit pelbagai fakta dan menabur pembohongan kepada rakyat," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa setiap anggota markas perlulah bersikap amanah dan tidak mengamalkan sikap `talam dua muka.'

Katanya dalam mendapatkan maklumat, pembangkang sudah tentu mempergunakan pelbagai cara termasuklah mendapatkan anggota parti yang bersikap `talam dua muka.'Menurutnya anggota inilah yang akan diperguna dan diperalat "dan anggota inilah yang harus kita awasi."

Dalam pada itu Sapawi melahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan markas parti yang telah dibentuk di pusat daerah mengundi dalam Parlimen Sipitang.Katanya markas tersebut telah merangka pelbagai program di mana fokus utama ialah mendekati dan mendengar denyutan nadi rakyat.

"Kita akan terus mendampingi rakyat, menyalurkan fakta yang sebenar dan berusaha memastikan rakyat tidak dikelirukan oleh pembangkang."Apa yang pasti semua markas telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya lagi.


dipetik di sini.

INI BUKAN CUBAAN!!!INI BETUL-BETUL BANG!!!


MB menyeru seluruh rakyat di Malaysia supaya menyokong Barisan Nasional untuk Pru-13 ini bagi memastikan agama, bangsa dan negara tidak tergadai serta dimusnahkan oleh puak-puak pengkhianat.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

PENDEDAHAN ANAK GUAN ENG RABA PEREMPUAN!!!


Lim Guan Eng mungkin telah  terlupa tentang kes anaknya di mana telah berpindah sekolah di sebabkan kes gangguan seksual. Dalam sibuk mempertahankan Bang Anwar Bin Ibrahim dalam kes liwatnya, Guan Eng mengabaikan untuk mempertahankan tindakan anaknya dalam kes gangguan seksual ini.


Awas amoi-amoi Peneng dengan anak Lim Guan Eng takut tergadai segala-galanya. Malah anak-anak gadis PAS patut berhati-hati jua.

Nak tahu cerita lanjut, sila lihat di sini.

BUKTI PAS TERLIBAT DALAM MAJLIS TARIAN SEPARUH BOGEL


MB tertarik isu ini kerana Bang Anwar Bin Ibrahim berubah wajah apabila ditanya tentang satu majlis Sambutan Tahun Baru yang di adakan di Kulim, Kedah yang mana majoriti penduduk di kawasan Kulim adalah masyarakat Melayu beragama ISLAM. Tindakan PKR menganjurkan Majlis ini seolah-olah mencabar kewibawaan kerajaan PAS. Di dalam Majlis ini terdapat tarian separuh bogel yang mana tidak sepatutnya terjadi di bawah pentadbiran Kerajaan PAS yang memperjuangkan ISLAM. 


MB perhatikan tidak ada tindakan atau amaran tegas yang dilakukan oleh PAS dalam menjawab isu Majlis ini. Adakah PAS benar-benar terlibat dalam membenarkan Majlis seperti ini berlaku???

Sedar atau tidak saban hari DAP dan PKR sengaja mewujudkan provokasi bagi melemahkan PAS yang mana tidak dinafikan bahawa PAS memiliki pengaruh yang besar. Tindakan mengadakan Majlis Tarian Separuh Bogel ini secara peribadi MB mengatakan bagi membuktikan kepada masyarakat cina dan India bahawa DAP mampu menunggang PAS walau apa pun terjadi termaksud isu agama. 

MB menyeru untuk anda fikirkan.

sumber di sini.

*REVOLUSI BUNGA RAYA*

PENJELASAN AHMAD MASLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...