KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Tuesday, 11 December 2012

VIDEO KHAS UTK ANWAR DAN PENGKHIANAT BANGSA


MB menayangkan video ini adalah untuk memberi kesedaran kepada Bang Anwar Bin Ibrahim dan pencacai-pencacainya betapa sukarnya untuk mencapai kemerdekaan dan mengecapi kehidupan yang aman dan damai. Jesteru MB menegaskan di sini jangan merosakkan kemerdekaan yang tercapai malah JANGAN MENJADI PENGKHIANAT KEPADA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.




Konsep 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia berteraskan
beberapa nilai-nilai penting serta di dokong oleh perlembagaan. MB mengharapkan rakyat Malaysia sedar betapa pentingnya konsep ini bagi menjamin keamanan dan kemerdekaan negara tercinta ini.



Monday, 10 December 2012

KEBODOHAN ABBY ABADI TERNYATA AMAT BANGGANG!!!


Mari kita lihat maklum balas yang harus seluruh rakyat sedar betapa bodohnya Abby Abadi ini.

Oklah Abby dan Ustaz Dr Khairuddin . Tanggungjawab pemimpin selama 22 Tahun tak ada Islam ?
Secara lahiriah, pembanggunan yang pesat harus diselarikan dengan Islam. Menara KLCC itu dibina mengikut ukiran dan ciri Islam. Masjid As-Syakirin dibina bersama dengan banggunan itu .
Nak menunjukkan, tinggi mana pun kita, harus kembali kepada pencipta - itulah Mahathir buat.
Di Putrajaya, perkara pertama 
yang siap, masjid Putra. sama macam hijrah Rasullulah ke Madinah, perkara pertama yang dibina ialah Masjid. itu belum lagi yang lain-lain dalam Putrajaya yang saya pernah cerita sebelum ni.
Itu belum dicreritakan kelas-kelas agama, masjid, sekolah agama, kelas fardhu ain yang beliau buat sejak jadi Menteri Pelajaran.
Saya tak nak cerita tu semua. Dalam pentadbiran pun, beliau tekankan ciri-ciri Islam seperti jujur, amanah, kepimpinan melalui teladan, bersih, cekap, tidak menerima sogokan, tidak mengguna agama untuk kepentingan diri, itu semua dalam Al-Quran.
Malah, segala dasar luarnya ? Mengerunkan pihak musuh Islam dan Yahudi.
Itu belum lagi sumbangan dan pengorbanan beliau di negara-negara Islam dan membantu umat Islam lagi .
Hudud? Rasanya surat kepada Nik Aziz pun dah tersebar. Ustaz Kazim dan beberapa ulama' lain pun dah terangkan maksud sebenar Mahathir.

Oklah. Soalan saya (Harap ada sampaikan kepada dua manusia ini) : NYATAKAN SUMBANGAN PAS DAN NIK AZIZ KEPADA DUNIA ISLAM DAN ISLAM DI MALAYSIA. NYATAKAN 5 PUN DAH CUKUP. BUKAN YANG AKAN... TAPI YANG TELAH.... RASANYA NIK AZIZ LAGI LAMA JADI MB DAN MURSYIDUL PAS.


Maklum balas ini MB copy dari sini.


HILANGNYA MALAYSIA BANGKIT PENGKHIANAT!!!


Ke mana hilangnya Sekretariat Malaysia Bangkit yang mana suku tahun lalu selalu membuat onar di Bandaraya Kuala Lumpur? Sekretariat Malaysia Bangkit yang kononnya memperjuangkan mahasiswa akhirnya ternyata hanya sengaja di wujudkan bagi mengucar kacirkan negara. 

Masih ingatkah pada saudara Syahid Zaini yang merupakan Pengerusi Malaysia Bangkit yang selalu mengusung batu nisan? Ke mana hilangnya dia kini. Dulu dengan lantangnya mengkritik kerajaan kononnya menindas mahasiswa. Seperti MB katakan dulu bahawa mereka ini hanya anjing suruhan Bang Anwar Bin Ibrahim bagi mengucar kacirkan negara. Bila tidak dibayar, sepi 1001 kata.

Sebelum ini mereka berkata akan menjelajah seluruh Malaysia bagi memperjuangkan tuntutan Sekretariat Malaysia Bangkit. Mana jelajahnya? Menurut sumber risikan dalaman yang MB terima mengatakan peruntukan yang diberikan untuk menjelajah tersebut telah digunakan untuk Majlis Perkahwinan sekutu mereka. 

Mari kita pikir secara logik. Dari mana mereka-mereka ini memperolehi duit untuk berkahwin? Masing-masing belajar lagi. Bahkan pernah ayah khalith Syiah keluarkan kenyataan dia orang miskin nak tanggung anak masuk universiti susah. Jadi ayahnya memperjuangkan pendidikan percuma. itu kata-kata ayah Khalith Syiah semasa demo GAGAL PTPTN. Dari mana Khalith Syiah dapat duit untuk berkahwin? Malah rakan-rakan 



Baguskan bila mengucar kacirkan negara tercinta ini, dapat duit boleh kahwin. Sedarlah wahai mahasiswa dan rakyat seluruh Malaysia ini bertapa teruknya mereka ini!!!! 



Sumber risikan dalaman MB menyatakan Syahid sangat ketakutan sekarang. Malah rakan-rakannya yang lain sangat mengharapkan Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi PM. Ini kerana masa depan mereka telah gelap.Nak bekerja dengan kerajaan dah tak dapat. Kerja dengan majikan swasta pun sudah tidak ada yang mahu ambil berikutan mereka ada rekod hitam dengan polis. Apa yang MB boleh katakan sebelum melakukan apa-apa,pikir panjang dulu ye.


Nampak gayanya Sekretariat Malaysia Bangkit ini sememangnya Sampah Masyarakat dan anjing penjilat Bang Anwar Bin Ibrahim. Ingatan pada mereka ini supaya jangan sesekali hancurkan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini.

MB akan dedahkan lebih lanjut ke mana mereka ini nanti. MB akan sentiasa merisik mereka ini dan mendedahkan mereka ini. Tujuan MB kerana tidak mahu pengkhianat negara ini bermaharajalela sesuka hati mereka sahaja. Biar masyarakat dan mahasiswa sedar siapa mereka ini.

"PERJUANGAN TANPA NOKHTAH"


DAP NAIK KEPALA DENGAN PAS

DAP Bagi Amaran Pada PAS Kerana Tangkap Bukan Islam Berkelakuan Tidak Senonoh Di Kelantan!

DAP yang begitu berlagak kononnya mereka lebih memahami Islam berbanding UMNO, melenting dan berang dengan tindakan pihak PAS Kelantan.

Setiausaha 

Agung DAP, Lim Guan Eng yang turut pernah diangkat oleh PAS sebagai jelmaan Khalifah Umar Abdul Aziz, membayangkan kontroversi terbaru ini sebagai mengancam kerjasama antara DAP dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, DAP telah berjaya memaksa PAS Kelantan melutut dan meminta maaf berhubung penguatkuasaan undang-undang larangan tukang gunting rambut wanita 'melayan kepala' pelanggan lelaki meskipun bukan beragama Islam.

Seharusnya, DAP menyokong tindakan MPKB-BRI tersebut memandangkan tindakan itu dapat mengurangkan perlakuan tidak senonoh dan gejala memalukan yang kerap dipamerkan oleh golongan remaja tanpa mengira kaum mahupun agama.

Bagaimanapun, DAP yang sebelum ini kerap menempelak UMNO kerana kononnya mereka tidak anti Islam, nampaknya lebih sudu dari kuah. Walaupun ketika bersama-sama para penyokong PAS, para pemimpin DAP berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafal ayat-ayat al Quran untuk diceramahkan dan ditafsirkan sesuka hati agar kelihatan mereka sangat dekat dengan Islam, penguatkuasaan undang-undang yang sekecil itu pun, sudah cukup untuk membuka belang dan temberang DAP.

Tu baru tangkap khalwat, bukannya ditangkap, diadili dan kemudian didapati bersalah sebelum disebat atau direjam. Baru tangkap khalwat dan didenda...

Macam tu, para penyokong PAS yang buta mata, sanggup membutakan akal mereka untuk menyokong DAP?



Sunday, 9 December 2012

BAHAYANYA SYIAH DI MALAYSIA!!! KHALID SYIAH???



Video di bawah ini mengambil masa yang lama untuk ditontonkan. Apapun MB berharap anda dapat menontonnya hingga habis bagi memahami bahayanya Syiah.


Kepada mahasiswa-mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia, sedarkah kamu bahawa Khalid Syiah ini telah banyak mempromosikan buku-buku Syiah dan secara terangan mengaku dia Syiah? 

Berhati-hati dengan Ajaran Syiah yang semakin menular di Malaysia.


Khalid Syiah ini telah berkahwin. Paling menarik MB nak kongsikan bahawa didalam ajaran Syiah ini ada menyatakan hubungan suami isteri melalui dubur hukumnya HARUS. Dalam Islam ia adalah haram. Semoga penyebaran SYIAH di Malaysia dapat di sekat dan dihapuskan.


MB juga ingin berkongsi bahayanya SYIAH ini kerana adalah Nikah Mut'ah. Nikah Mut'ah ini adalah nikah yang tidak memerlukan wali dan saksi yang difahamkan kepada MB. Dan nikah ini adalah nikah kontrak yang mana seseorang itu boleh nikah selama beberapa jam sahaja. Bahasa mudah untuk difahami ialah selepas bersetubuh boleh terus cerai.

Bahayanya ajaran Syiah ini boleh menyebabkan rumah-rumah pelacuran akan berleluasa, Sebagai contoh di dalam gambar di bawah.


Sama-sama kita membasmi penyebaran ajaran Syiah di Malaysia ini. Kepada Khalid Syiah semoga dia insaf dan tidak melakukan seperti yang MB ceritakan tadi.

BAHAYA SYIAH!!!MAT SABU???

VIDEO JELAS MAT SABU SOKONG SYIAH DI SYRIA ! 

Video berdurasi 3 minit 02 saat itu melaporkan kehadiran dan lawatan rasmi mat sabu selaku timbalan presiden pas terhadap menteri wakaf ( menteri agama) syria.

Mengikut laporan berita itu, katanya mendakwa mat sabu MAHU TAHU situasi sebenar apa yang berlaku di syria.

PERSOALAN UTAMA ??

1) Mat sabu jumpa menteri agama syria yang berfahaman syiah. sudah pasti berita yang disampaikan kepada mat sabu oleh menteri syiah itu akan le
bih positif dalam menggambarkan situasi sebenar yang akan pro kepada syiah .

2) Apa bodohnya mat sabu perlu berjumpa dengan menteri syiah syria untuk mendapatkan penjelasan, sedangkan di dalam internet terdapat puluhan youtube pembunuhan kejam tentera syria pimpinan syiah membunuh tanpa belas ikhsan umat islam sunah.

3) Apakah mat sabu tak baca laporan human right watch mengenai pembunuhan skala besar-besaran yang dilakukan oleh tentera syria terhadap penduduk sunah ?

4) Kedatangan mat sabu SECARA RASMI MENGADAP PEMIMPIN SYIAH DI SYRIA semakin melambangkan yang beliau ini memang penganut sesat syiah...

Pertama mengapa di kala berlakukanya pergolakan di mesir di mana pemberontaknya adalah syiah, mat sabu tak buat kunjungan hormat kepada pemimpin mesir sebaliknya menyokong gerakan kebangkitan syiah di mesir ?

Kedua mengapa mat sabu TAK PERGI MENGADAP PEMIMPIN SUNAH DI BAHRAIN sedangkan pada waktu itu penganut syiah sedang galak membuat huru hara menumbangkan kerajaan bahrain yang SAH ?

APA SUDAH JADI KEPADA PAS ??

KENAPA HARON TAIB YANG PERNAH BELASAH SYIAH DALAM KULIAHNYA SENYAP MEMBISU ??

Aku dah kemukakan bukti video. Tak tahulah kalau ada yang akan bagi alasan VIDEO HANYA BESI.

PAS dan PKR berdrama di pentas ceramah bahawa mereka menyokong rakyat Gaza dan Syria tetapi dalam masa yang sama permimpin tertinggi mereka sendiri yang menyatakan sokongan kepada pembunuh umat Islam. Fikir-fikirkan..1Malaysia Tolak Fitnah!!! -Tok Guru

Sumber di petik di sini.


Ingin MB nyatakan disini bahawa tindakan Mat Sabu telah mencemarkan nama Malaysia kerana kenyataan yang dikeluarkan adalah bersifat peribadi malah ia boleh menyebabkan Malaysia berselisih faham dengan negara-negara lain. Boleh di katakan juga kemungkinan kuota menunaikan haji boleh berubah sekiranya kerajaan Arab Saudi tidak bersetuju dengan tindakan Mat Sabu ini.

Tahukah kamu antara yang dinyatakan di dalam ajaran Syiah ialah perlakuan Suami bersetubuh dengan Isteri melalui dubur hukumnya Harus??? MB terpikir adakah Khalith Syiah mengikut hukum ini ye. :)

Awas dengan ajaran Syiah!!! 

USTAZ OCCUPY TAZKIRAH TENTANG ISLAM???


MB tujukan penerangan tentang ISLAM itu bukan PAS kepada Fahmi Komunis dan rakan-rakannya yang terlampau taksub dipergunakan oleh puak-puak yang ingin menjatuhkan negara. Renung-renungkan. :)



Demi Alif Ba Ta... Perjuangan Tanpa Noktah...

Ustaz Occupy berceramah tentang Doa K.O Muktamar PAS

BAHAYA PENYEBARAN SYIAH DALAM PENULISAN

Friday, 30 November 2012

KETAKUTAN DAP PADA TANDA PUTERA

MB terdengar dari rakan-rakan di kampung tentang kontroversi filem tanda putera. Rata-rata masyarakat setempat inginkan filem ini dipertontonkan segera di seluruh negara. Katanya ia sangat di takuti oleh Bang Anwar Bin Ibrahim dan rakan-rakan DAP kerana ia adalah pendedahan mendalam tentang konflik yang melanda negara apabila BN atau lebih spesifiknya Melayu menang tipis. Pergolakkan dan kekacauan yang dilakukan oleh DAP membuatkan orang Melayu terasa terhina. Keamanan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. 

MB mengkaji filem ini dan mendapati sekiranya dipertontonkan ke seluruh negara, MB yakin ia mampu menyedarkan seluruh masyarakat bertapa pentingnya kita bersatu. Malah MELAYU PAS harus sedar betapa buruknya kelakuan yang mereka lakukan pada hari ini yang mana menimbulkan perpecahan di kalangan Melayu yang beragama ISLAM.

 Ternyata Filem ini bakal menjadi mimpi ngeri kepada DAP sekiranya di benarkan ditayangkan di seluruh Malaysia. Ini terbukti apabila DAP mula menyalak untuk menyaman penerbit Filem ini. Rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa Filem ini sangat bernilai dari semangat CINTAKAN TANAHAIR.

MB tegaskan disini setiap rakyat harus melihat dan memahami sendiri filem ini. Jangan hanya memandang di dalam pemikiran yang sempit. Ayuh bangkitlah wahai anak bangsa ku. Kita pertahankan negara ini dari anasir-anasir yang ingin memusnahkan Malaysia Tercinta!!!

Kata-kata Tun Dr Mahathir yang harus sentiasa di ingati. 


 "UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC yang dah dikenali lama. PAS bekerjasama dengan DAP, anak kandung PAP Singapura, yang tidak dikenali oleh PAS, dan yang menolak perjuangan Islam PAS. Lagipun, PAP dulu cuba menimbulkan kebencian orang Cina terhadap UMNO dan Perikatan, sehingga Singapura terpaksa dikeluarkan daripada Malaysia. Lihat sajalah nasib orang Melayu di Singapura.

Dan lihat juga bagaim
ana Menteri Besar Perak daripada PAS (Nizar) terpaksa tunduk kepada DAP sehingga memberi tanah kepada penyokong DAP buat selamanya walaupun dasar negara ialah geran tanah hanya boleh diberi setakat 99 tahun sahaja.

Sesungguhnya rakan PAS lebih dekat dengan "devil" yang tetap akan menguasai PAS jika PAS menjadi kerajaan - Nauzubilla"

Tun Dr Mahathir Mohamad






JANGAN GILER JAWATAN WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN OOIII!!!!



Ayahanda Tun Mahathir kata UMNO - BN boleh dapat kembali Penang, Selangor, Kedah tapi bergantung kepada parti. Najib OK tapi yang lain? Tak kan nk tunggu umum calon baru nak buat kerja di peringkat bahagian. Masing-masing sibuk kejar jawatan, susahlah. Kelantan pun kita boleh dapat balik, dulu mana ada orang berani tegur Nik Aziz, sekarang, orang dia sendiri suruh dia berehat. Dulu dia jugak kata saya berhenti je, esok dia nak letak jawatan. Sampai la ni, tak pun.

MB rasa dah sampai masanya Nik Aziz letak jawatan. Bukan boleh bawa ke kubur pun kan jawatan tu. Dah sakit-sakit, fikiran bercelaru. Mana boleh buat keputusan untuk negara secara logik. Molek la letak jawatan daripada jadi kuda tunganggan Bang Anwar Bin Ibrahim.


JANGAN LIHAT JIKA ANDA PENGECUT!!!





JIKA HARI INI KITA SUDAH BIMBANG UNTUK KELUAR DARI RUMAH DISEBABKAN KERISAUAN DENGAN DEMOTRASI DAN KACAU BILAU YANG DILAKUKAN PEMBANGKANG, BAGAIMANA SEKIRANYA MEREKA MEMERINTAH KELAK.

FIKIRKANLAH.... JANGAN PERJUDIKAN MASA DEPAN NEGARA DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA YANG TERCINTA.

Friday, 2 November 2012

KONSPIRASI PAS MENJELANG PRU TERBONGKAR!!!



Gempar dan mengemparkan sumber risikan yang MB terima kali ini. Apabila kegagalan pihak pembangkang di dalam Konspirasi Bersih Kampus yang menyebabkan kekalahan teruk Pro-Mahasiswa di 18ipta setelah kegagalan Pengerusi Pro-Mahasiswa, Edikoup gagal melakonkan adengan di pukul bagi meraih simpati, kini pihak pembangkang memulakan Konspirasi baru bagi mendapatkan undi anak muda diambang PRU13 yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang. Sumber risikan MB ini sangat boleh dipercayai malah agenda mereka lebih dashyat lagi dalam merosakkan pemikiran anak muda. Kini Konspirasi yang dirancang mereka telah melangkah lebih jauh iaitu luar dari Malaysia.



Tatkala ahli-ahli politik sedang hangat berbahas di parlimen dan rancak menjawab pelbagai isu di luar dewan rakyat, mencari modal politik menjelang PRU13, secara diam-diam PAS telah melebarkan pengaruhnya di bumi mesir dengan berjumpa pelajar-pelajar malaysia di sana. Apa yg menariknya ialah kehadiran Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Pas Pahang dan Nasarudin Hassan, ketua DPP kali ini ditemani oleh Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimah PAS Wilayah Persekutuan serta N. Subramaniam, ketua dewan himpunan penyokong PAS yang mana didapati  program ini diatur oleh SUARA.


 Perjumpaan diadakan pada 30 Oktober 2012, bermula jam 9malam hingga lewat malam di dataran Hayyu Asyir, kompleks asrama malaysia, Nasr City, Cairo. Pelajar-pelajar malaysia diseru supaya sanggup berkorban masa dan wang berkempen untuk PAS termasuk menggunakan media baru. PAS juga menyediakan kerusi untuk calon dari dewan himpunan penyokong PAS bagi PRU kali ini. Kutipan derma dilancarkan dan tidak cukup dengan itu penganjur mengadakan bidaan ke atas baju peribadi Tuan Ibrahim serta Nasarudin Hassan dan hasilnya hampir 2K Egypt pound dikaut untuk tabung PRU PAS tetapi jumlah ini tidak diumumkan.

MB ingin anda berfikir beberapa disini :
1)    Adakah PAS akan mengubah dasar partinya selepas ini setelah menyediakan kerusi untuk calon dari dewan himpunan penyokong PAS yang sedia maklum bukannya beragama ISLAM?
2)    Dari mana dana yang diperolehi PAS hingga mampu berkempen luar dari Malaysia?
3)    Adakah anda tidak sedar dengan tindakan PAS ini akan menyebabkan pelajar-pelajar di sana akan merosakkan tujuan mereka pergi ke sana untuk belajar?

SUARA telah melanggar arahan Duta yang melarang ceramah politik diadakan di dataran tersebut.

Tuesday, 30 October 2012

SAFWAN ANANG YANG BODOH SOMBONG KANTOI!!!



MB sangat tertarik dengan kenyataan terbaru pelakon handalan yang tidak asing lagi daripada Pro-Mahasiswa ini. Setelah tipu helah jahat yang cuba dilakukan oleh Edikoup semasa PRK lepas digagalkan oleh MB dan rakan-rakan. Kini Pelakon Pro-Mahasiswa ini cuba menegakkan benang yang basah. Ikuti pendedahan yang MB ingin sampaikan ini :

1. Perjuangan SMM bukanlah didasarkan kepada kebijaksanaan. Buktinya, Saudara Safwan Anang yang juga salah seorang penggerak utama kumpulan mahasiswa Pro-Anwar ini, mengeluarkan kenyataan kononnya perlaksanaan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia sebagai salah satu usaha mengayakan kroni kerajaan atau lebih tepat, kroni UMNO dan Barisan Nasional.



2. Dalam kenyataannya itu semalam, Safwan Anang ternyata telah memperlekehkan usaha membela kebajikan golongan mahasiswa yang dilakukan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) selama ini sehingga tercetusnya idea memperkenalkan insentif Kad Diskaun Siswa yang bertujuan mengurangkan perbelanjaan sara hidup para pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia.

3. Adakah Safwan terlupa atau terlepas pandang bahawa kemudahan kad diskaun itu kini meliputi lebih 250 buah premis perniagaan membabitkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan? Sekiranya tuduhan beliau itu benar, maka sudah tentulah peniaga-peniaga ini datang daripada syarikat atau pengusaha yang sama. Persoalannya adakah ia masuk akal?

4. Sekali imbas, kenyataan beliau itu tak lebih sekadar mengampu abang-abang besarnya dalam Pakatan Rakyat kerana sudah menjadi lumrah dalam kalangan pemimpin pembangkang untuk mengaitkan amalan kronisme dengan sebarang usaha membantu rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional.

5. Permainan persepsi sudah menjadi darah daging mereka. Justeru tidak salah juga jika kita melabel Safwan Anang dan SMM sebagai kumpulan mahasiswa kufur yang sombong untuk bersyukur dan berterima kasih.

6. Paling tertarik MB ingin tegaskan di sini ialah Safwang Chair ini sudah mencabar mpp GM-UKM sebenarnya. Sudah lupakah Safwan Chair ini bahawa GM-UKM sudah menyokong kad Diskaun Siswa ini? Ini telah terbukti bahawa Pro-Mahasiswa sudah berpecah menanti belah. Tunggu kenyataan dari GM-UKM terhadap kenyataan biadap Safwan Chair ini!!!


ikuti cerita ini di sini.

Cerita Penipuan Pro-Mahasiswa ada di blog ini.

Monday, 8 October 2012

GEMPAR!!!GM-UKM KELUAR PRO-MAHASISWA!!!


Tahniah GM-UKM kerana akhirnya anda sudi bersama-sama Aspirasi Mahasiswa. Sedar atau tidak sedar sekarang ini Pro-Mahasiswa bakal kehilangan sokongan mahasiswa daripada UKM. Terbukti GM-UKM dengan rasa rendah diri telah bersama Aspirasi UKM dalam perjuangan di jalan yang benar seperti yang selalu Aspirasi Mahasiswa laungkan. Sumber dalaman MB seperti sebelum ini MB dedahkan mengatakan GM-UKM cukup takut dikaitkan dengan Pro-Mahasiswa. GM-UKM dalam mesyuarat rahsianya mengatakan mereka menentang kejahilan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa. Malah mereka tidak sanggup menjadi kuda tunggangan Bang Anwar Bin Ibrahim seperti yang berlaku kepada Pro-Mahasiswa dalam memecahbelahkan mahasiswa di dalam kampus melalui Konspirasi Bersih Kampus.


Sebagai langkah awal menunjukkan bahawa GM-UKM telah menolak Pro-Mahasiswa dan bersama Aspirasi Mahasiswa, mereka dengan rasa rendah diri telah membantu Aspirasi Mahasiswa UKM dalam mempromosikan Kad Diskaun 1Malaysia yang selama ini diperjuangkan oleh Aspirasi Mahasiswa. Tahniah GM-UKM kerana telah sudi bersama Aspirasi Mahasiswa. 

Ayuh kita lihat apa lagi kejayaan Aspirasi Mahasiswa perjuangankan selama ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...