KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday, 10 December 2012

DAP NAIK KEPALA DENGAN PAS

DAP Bagi Amaran Pada PAS Kerana Tangkap Bukan Islam Berkelakuan Tidak Senonoh Di Kelantan!

DAP yang begitu berlagak kononnya mereka lebih memahami Islam berbanding UMNO, melenting dan berang dengan tindakan pihak PAS Kelantan.

Setiausaha 

Agung DAP, Lim Guan Eng yang turut pernah diangkat oleh PAS sebagai jelmaan Khalifah Umar Abdul Aziz, membayangkan kontroversi terbaru ini sebagai mengancam kerjasama antara DAP dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, DAP telah berjaya memaksa PAS Kelantan melutut dan meminta maaf berhubung penguatkuasaan undang-undang larangan tukang gunting rambut wanita 'melayan kepala' pelanggan lelaki meskipun bukan beragama Islam.

Seharusnya, DAP menyokong tindakan MPKB-BRI tersebut memandangkan tindakan itu dapat mengurangkan perlakuan tidak senonoh dan gejala memalukan yang kerap dipamerkan oleh golongan remaja tanpa mengira kaum mahupun agama.

Bagaimanapun, DAP yang sebelum ini kerap menempelak UMNO kerana kononnya mereka tidak anti Islam, nampaknya lebih sudu dari kuah. Walaupun ketika bersama-sama para penyokong PAS, para pemimpin DAP berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafal ayat-ayat al Quran untuk diceramahkan dan ditafsirkan sesuka hati agar kelihatan mereka sangat dekat dengan Islam, penguatkuasaan undang-undang yang sekecil itu pun, sudah cukup untuk membuka belang dan temberang DAP.

Tu baru tangkap khalwat, bukannya ditangkap, diadili dan kemudian didapati bersalah sebelum disebat atau direjam. Baru tangkap khalwat dan didenda...

Macam tu, para penyokong PAS yang buta mata, sanggup membutakan akal mereka untuk menyokong DAP?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...