MB tujukan penerangan tentang ISLAM itu bukan PAS kepada Fahmi Komunis dan rakan-rakannya yang terlampau taksub dipergunakan oleh puak-puak yang ingin menjatuhkan negara. Renung-renungkan. :)
Demi Alif Ba Ta... Perjuangan Tanpa Noktah...
Tatkala ahli-ahli politik sedang hangat
berbahas di parlimen dan rancak menjawab pelbagai isu di luar dewan rakyat,
mencari modal politik menjelang PRU13, secara diam-diam PAS telah melebarkan
pengaruhnya di bumi mesir dengan berjumpa pelajar-pelajar malaysia di sana. Apa
yg menariknya ialah kehadiran Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Pas Pahang dan
Nasarudin Hassan, ketua DPP kali ini ditemani oleh Nuridah Mohd Salleh, Ketua
Dewan Muslimah PAS Wilayah Persekutuan serta N. Subramaniam, ketua dewan
himpunan penyokong PAS yang mana didapati program ini diatur oleh SUARA.
Perjumpaan diadakan pada 30 Oktober 2012,
bermula jam 9malam hingga lewat malam di dataran Hayyu Asyir, kompleks asrama
malaysia, Nasr City, Cairo. Pelajar-pelajar malaysia diseru supaya sanggup
berkorban masa dan wang berkempen untuk PAS termasuk menggunakan media baru.
PAS juga menyediakan kerusi untuk calon dari dewan himpunan penyokong PAS bagi
PRU kali ini. Kutipan derma dilancarkan dan tidak cukup dengan itu penganjur
mengadakan bidaan ke atas baju peribadi Tuan Ibrahim serta Nasarudin Hassan dan
hasilnya hampir 2K Egypt pound dikaut untuk tabung PRU PAS tetapi jumlah ini tidak
diumumkan.
Beberapa strategi telah diaturkan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi
menimbulkan provokasi dalam meraih kemenangan itu antaranya sistem e-undi telah
diprogram supaya mengalami masalah dengan cara memuat naik nama pengundi atau
pelajar secara serentak sekali gus sehingga kapasiti sistem tidak dapat
menampung pertambahan yang mendadak. Apabila tiba di hari pengundian, sistem
ini akan terganggu kerana ia tidak berada dalam keadaan stabil dari awal lagi. Tujuan rancangan ini dibuat adalah untuk mencetuskan
persepsi bahawa sistem e-voting sememangnya ada kelemahan dan boleh
dimanipulasi. Sebaliknya, dalam sistem manual, pihak pengurusan Pilihanraya
Kampus mempunyai peluang untuk memanipulasi kertas undi tanpa diketahui oleh
sesiapa termasuk dengan memalsukan jumlah pengundi sebenar. Melalui pihak-pihak
tertentu berkenaan, proses manipulasi undi manual dilakukan lebih awal dan
terancang. Terdapat perbezaan undi yang ketara oleh calon Pro-Mahasiswa yang
sebenarnya tidak logik. Ini bertujuan menimpulkan persepsi Pro-Mahasiswa
mendapat sokongan padu.